March 30, 2010

MASAK TIME..

Telur dadar yg aku buat ni memang special resepinya..memang takde dibuatnya oleh org lain aku punya ramuan tau..hurmmmmmm

ikan selar kuning....hurmmmm bestnya..

ini di antara bahan2 utk buat ikan singgang....1st time aku buat ..hehhehhehe..sebelum nak buat tu aku call mak aku dulu la.hhehehheee

nak mulakan masakan utk hari ni.....nak buat ikan selar kuning masak singgang..

Aku masukkan sedikit budu dalam masakan aku kali ni.

Hurmmmmmm bestnya telur dadar yg aku buat...memang HB aku menjilat jarilah setiap kali makan telur dadar yg aku buat..hehhehheee....HB aku siap tanya aku hari ni..ni je ke lauk yg u masak...hehhehhhe...aku jawab..ah a yelah ni jelah lauk kita hari ni..lauk budget namanya..hahhahahhahha...dan alhamdulillah bersyukur sangat coz aku dapat HB yg tak cerewet dalam bab2 makan ni..













Aku tak kemana-mana pun..hanya dok kat umah je.Dik Ya nampaknya memang tak pernah nak bersungut kat aku nak keluar ke apa ke.dan bila aku dah sampai kat umah KL ni..mcm biasala tugas aku.sampai je semalam aku takdelah nak kemas2 pun..hari ni kebetulan HB aku pun tak kerja..so kami banyak habiskan masa bersama kat rumah je.kalau HB aku ada kat rumah tugas memasak aku serahkan kat dia lah, hehhehhehe..ringanlah sikit tugas aku nampaknya.walaupun ringan tapi penat hanya Tuhan je yg tahu.lepas je layan citer tamil kat TV2 ..best jugak citer tamil nih..tak pernah2 aku tgk citer tamil ..tapi hari ni aku layan sampai habis.jam 4 petang aku baru mula kemas rumah dan siap semua skali dalam jam 10 malam.mana taknya aku mendobi satu rumahlah.semuanya aku cuci.memang dah tugas aku..aku ada kat rumah ni..rumah nampak berkilat ..harum dan bersih je..ni aku balik KB tak tahulah mcm mana plak rupanya .


hari ni aku terfikir la plak..apa la yg aku nak masak utk makan malam nanti.hurmmm nak masak apa ye....hurmmmmm nak masak ikan selar kuning singgang lah dengan telur masin..tapi bila aku check kat dapur tadi telur masin dah habis rupanya.yg ada cuma telur itik yg biasa je..kalau buat gulai telur itik pun best jugak nih.tapi dah buat ikan singgang so layan jelah lauk yg ada...


jom makan...

KE KL DGN DIK YA.

Dik Ya nak suruh aku make up kan dia ..aku juz letak 'celok kening' dan pakai blusher jelah .

Dik Ya ni suka sangat bergaya..lepas kena make up barulah dengan senang hati nak temankan aku ke KL..huhuhuhu...adeii

Macam2 ragamlah dia dalam kereta.sepanjang perjalanan aku ke KL kali ni dia lah yg banyak cakap..nak tidur takut nanti make up rosak..hurmmm

Nasib baikla ada HP yg aku tak pakai...aku bagi je kat Dik Ya..takdelah boring sangat..dia asyik dok layan games jelah kat dalam hp tu..

Riben ni aku ikat lagi kat stereng kereta ni weh...kalau HB aku bawak kete ni sure dia akan bukak riben tu..huhuhuhu...Dik Ya bagitau aku..kereta Princess kena ada riben..dia panggil aku Princess..hahhahhahhaa....adeiiii..sabor jelah

wajah kesayangan permata hati , jantung hati mummy.........Muahhhhhhh..











Nak pegi dengan tak nak pegi KL 50-50.hati aku memang berbelah bagi yg amat sangat kali ni.tak tahu plak kenapa.aku memang nak pegi..bila pikir balik...rasa cam malas la plak.adeiiii semalaman aku dok pikir sama ada nak pegi ke tak nak.apa yg merisaukan aku adalah kalau aku ke mana-mana, kesian kat anak2 la plak.yelah tak kanla nak cuti sekolah plak.tu yg buat aku pening kepala di buatnya.mcm mana aku nak buat ni ye.aku cuba call adik lelaki aku yg yg dok kat Pasir Mas tu ambik anak2 sekolah, manakala belah paginya plak jiran aku yg tolong hantarkan.memang 2 org tu jelah yg aku harap sangat utk hantar dan ambik anak2 sekolah time aku takde.tapi bila dia org semua bz dan tak bleh ambik.maka aku akan cancel semua perancangan aku lah nampaknya.aku memang tak akan biarkan anak2 tak pegi sekolah sesuka hati kecualinya anak2 demam.


Aku masih lagi dok pikir sama ada nak pegi atau tak nak.dan pagi ni aku masih lagi terfikir mcm manala aku nak bagitau kat mak aku yg aku ni nak pegi Kl , adeiiii...tapi kan kadang2 tu aku pelik jugak..aku rasa aku ni mcm budak2 pun ada jugak..yelah nak kemana-mana risau nak baitau mak aku..kot2 mak aku marah atau tak bagi..huhuhuhu..padahal aku nak ke KL jumpa HB aku jugak.huhuu..tapi dah itu cara aku..dan aku pun dah terbiasa mcm ni dari dulu lagi..bila je mak aku tak bagi aku kemana-mana memang aku tak pegi lah.adeii..tapi itulah hakikatnya.pada mulanya mak aku tak benarkan aku pegi coz yelah anak2 kan..tapi aku dah yakinkan mak aku yg anak2 dah ada org yg hantar dan ambik dr sekolah.tapi hati aku berbelah bagi nak pegi ke tak..jam dah menunjukkan dekat nak pukul 4 petang..aku masih lagi diatas katil..dok pikir nak pegi ke tak...last skali aku buat keputusan utk ajak Dik Ya temankan aku.kalau Dik Ya tak nak ikut aku memang aku tak jadi pegilah hari ni..huhuhuhu..


setelah dipujuk bagai, akhirnya Dik Ya setuju utk temankan aku.alhamdulillah perjalanan aku dan Dik Ya selamat sampai ke KL.dan aku bersyukur sangat2 kepada Yang Maha Kuasa kerana melindungi perjalanan kami berdua daripada perkara2 yg tak diingini berlaku, alhamdulillah syukur.aku nak sangat ke KL ni coz HB aku akan ke Sarawak selama 5 hari..so minggu depan kami tak jumpa la..tu pasal la aku pegi jugak KL dan ditemani oleh anak bongsu ku yg tersayang.

March 29, 2010

JOM HEBOH LAGIK..

Hurmmm nama pun dah budak2 kan..memang tak lepas nya nak beli belon jah nih..

sebelum nak pilih tu...pusing jap..bagi pose dulu baru bleh beli.

Hah sorang satu pilih la pilihan masing2 ye.malam ni belon nih pulok harga RM5 setiap satu..dan kalau Ben10 RM8..fuh memang buat duit lah dia org ni..tapi bila aku bercakap dgnnya ...dia org bukan org Kelantan..tapi dari mana ye..lupa plak aku nak soal siasat.hehhehe

Happy la tu dapat sorang satu.....

Masuk je dalam kereta..pasang aircond...pusing belakang anak2 dah tidur..penat betul nampaknya anak2 mummy ni ye.

Kesian kat Kak Ngah....penat betul anak mummy nih

Balik rumah tukar baju dan anak2 pun dah selesai mandi..aku keluar plak..bawak anak2 makan..kesian Dik Ya yg memang dah tak larat sangat2..mengantok sangat katanya.

Licin kakak makan..tak pernah aku tgk kakak makan banyak.hehhehe..

kawan aku Zietie bersama dgn anak pompuannya.












Dah sampai masanya utk aku dan anak2 balik.dah tak larat rasanya aku nak ikut kemahuan anak2 aku ni lagi.dah la kepanasan yg amat sangat..org plak memang lah ramai giler.Jom Heboh di di adakan selama 2 hari kat Kelantan.dan malam esok ada konsert kat Stadium.ha yg ni memang confirmlah aku tak pegi.hehhee..tapi kalau dapat tempat duduk VIP memang aku pegilah hehhehe..kalau dok atas rumput tu memang aku tak pegilah weh..nak bawak anak2 lagi...nak bersesak lagi..tak sanggup aku dibuatnya.kalau aku sorang2 takpelah.ni nak bawak anak2 nak bersesak utk masuk dalam stadium memang sama skali aku tak akan buat .


lepas je jumpa dgn kawan aku, aku terus bak baliklah dan janji dgn kawan aku pi makan atau minum tempat lain jelah.dah tak sanggup rasanya aku nak dok kat sini lama2.ramai sangat orgnya.aku dah la datang sorang je dan anak2 aku 3 org nih.lepas je beli apa yg patut aku beli.aku dan anak2 dok kat tepi jelah dan tunggu kawan aku datang.dan bagi acara nak balik plak.anak2 ni nak la plak beli belon ni pulok, layan jelah kehendak anak2..asalkan mereka gembira dan puas.dan bila masuk je dalam kereta dan terus pasang aircond fuhhh betapa nikmatnya aku rasa.tgh aku dok drive tu sunyi sepi je dalam kereta aku ni.aku pusing je belakang tgk anak2 aku semuanya dah tidur..penat betul nampaknya mereka ni, kesian plak.sampai je kat rumah aku akan pastikan anak2 mandi terlebih dahulu sebelum nak tidur.pastu aku baru teringat yg anak2 aku belum makan apa2 lagi..huhuhuhu..aku call je kawan aku dan ajak keluar pi makan..so aku dan anak2 keluarlah plak..kali ni anak2 aku dah segar bugar coz baru lepas mandi cuma aku jelah yg belum sempat nak mandi lagi nih.


kami pi makan ikan bakar kat Kubang Kerian..hurmmm perut tgh lapar2 ni..tak pernah aku tgk kakak makan punyalah banyak..huhuhu kesian anak2 mummy lapar ye..cuma kesian kat Dik Ya jelah tak makan..tak larat sangat kot ..mungkin penat ..tu yg dia tertidur tu..

JOM HEBOH - KELANTAN

Jom Heboh maghi doh di Kelate ni weh.

Anak kesayangan mummy.sempat lagi aku nak ngambik gambar anak2 dalam kesibukan sebegini rupa..huhuhu..ni baru lepas beli biskut apa ntah.

singgah beli Horlicks la plak dan kat sinilah aku terserempak dengan Dato Seri Farid CEO TV3 nih...hurmmm memang hensem orgnya.

Sementara menunggu kawan aku datang..aku dan anak2 singgah minum jap kat kedai Paksu.kesian kat anak2 aku ni..dahaga betul ni.lama jugaklah aku dok kat sini..yelah tak tahan panas dan ramai sangat org.so kami rilex lah dulu.

aku singgah beli mcm2 watak kartun yg ada ni utk diletakkan kat sandle CROCS anak2 aku..dia org la yg nak sangat dan dia org lah yg pilih sendiri dan akulah yg tukang bayarnya.hehhe..murah sangat2....

Nampaknya org dah semakin ramai nih..ok lah anak2 kita dok kat tepi2 jelah ye..tak payah nak pi jalan2 lah ye..coz org dah semakin ramai.

pose dari anak kembar kesayangan aku..

dahaga weh..aku pi hantar barang2 yg dibeli kat dalam kereta jap..tak laratla nak pegang.

bergambar lagi..waktu ni kalau tak silap aku kumpulan Sofaz yg dok nyanyi.

Sebelum nak balik tu...bergambar kenangan bersama anak2 la..tukang ambik gambar seperti biasa jugak iaitu Kakak..semoga anak2 mummy happylah ye.













Biar betul aku nak pegi Jom Heboh kat Kelantan nih..adeiiii semua dah sedia maklumlah kalau ada program berbentuk hiburan gakla kat Kelantan ni memang mcm ulatlah..punyalah ramai manusia.tapi dalam percaya atau tidak..aku dan anak2 dah pun siap2 nak keluar.kalau bukan kerana anak2 aku memang confirm aku tak pergi.aku memang tak suka nak pegi kat tempat org2 ramai mcm ni..kecualilah kalau tempat tu dikawal rapi dan takdelah kalut ..aku memang akan pegi.tapi anak2 punya pasal nampaknya aku kena ikut kehendak mereka.coz sehari dua sebelum Jom Heboh nak bermula..banyak kali anak2 aku bagitau aku yg dia org nak pegi ( betul ke ntah2 aku yg lebih ) hahhahha.tapi itulah hakikatnya.utk tidak menghampakan permintaan anak2 aku ni, aku ikut je kemahuan mereka kali ni.nak masuk jalan KB ni Ya Allah punyalah jem jalan ni...memang aku dah agak pun jalan memang sesak.sampai je kat perkarangan Stadium tu nasib baik aku dapat parking kat tepi traffic light sebelah je dgn Jom Heboh tu..terima kasih buat abang polis traffic ni yg bagi ruang kat aku utk parking, walaupun tempat tu bukan utk parking..mungkin dah rezeki aku kot..terima kasih banyak2 buat abang polis tu ye.



Aku memang nak datang awal coz aku tak nak sesakkan diri aku di dalam ribuan org kat sana..tapi adeiii sangkaanku silap..perkarangan stadium ni semuanya di penuhi org...cam ulat keluar sarang pun ada jugak..hehhehe..ramai betul.tapi dah sampai tu..aku dan anak2 masuk jelah dan beli jelah apa2 yg patut kat dalam tu.tapi kan best giler aku tgk dia org berniaga..tak tahulah berapa ratus ribulah dia org dapat malam tu.yelah setiap satu paper bag tu di jual RM10 dan ada beberapa barangla kat dalam papaer bag tu..kalau dah 100 ribu org yg beli..tak ke 100K yg dia org dapat...fuh masyukkkk..bestkan berniaga mcm ni..penat takpe janji berbaloi.aku tgk berpuluh2 ribu kotak biskut yg dah habis...memang ramai giler...dia org pi serbu cam org tu bagi free je..punyalah ramai org.aku dan anak2 lepas je beli apa2 yg patut..aku dok tepi je...tak blh nak jalan..kepala aku pening la bila tgk org ramai sangat..tapi bila dah duduk dan rilex barulah ok sikit.tapi kesianla kat anak2 aku tak bleh nak tgk itu dan ini..yelah org terlalu ramai.malasla aku nak pi mencelah kat dalam ribu riban manusia ni..

SAJA-SAJA.

Semakin terserlah ketembanan aku nampaknya sekarang ni.tak kisah apa pun janji HB sayang ( sayangke??? )

Aku nak simpan balik bulu kening ku yg lebat ni..hehhehe..nak tgk macam mana rupanya.huhuhuhu..tapi bila bulu kening aku dah penuh seperti sediakala..waktu tu aku dah pun kurus la...hahhahhaha.

Sementara menunggu anak2 siap..mak kat dalam bilik dok melaram nak bergambar jap.hehhehe.












Hurmmm memang dah takde kerja nampaknya aku ni.hari ni memang mood bergambar nampaknya aku nih.tapi hanya 3 keping gambar jelah yg sempat aku ambik.tapi gambar aku tuan empunya diarieslah ni, walaupun gambar ni ntah apa2.hehhehe tapi saje je nak rakankan gambar ketembanan aku yg dah semakin pesat terserlah sekarang ni.adeiii nak kuruslah konon..semua kawan aku dah naik bosan bila aku cakap je aku nak diet.hehhehehe.tapi sabor jelah ye rakan2..kan aku diet betul2 mcm dulu..nanti kan ada yg makan hati berulam jantung plak..kan tak pasal2 pi jumpa bomoh kat Narathiwat plak.hahhahha..


gambar ni aku ambik pasal aku dok menunggu anak2 aku siap2 nak pi tgk Sure Heboh..opssss Jom Heboh kat Stadium Sultan Muhammad..tak tahulah mcm mana keadaan kat sana tu nanti..biasanya kalau kat Kelantan ni..setiap kali adanya program apa2 je..mesti meriah kaw2 punya..yelah kat Kelantan kan takde hiburan so bila ada program seperti ni mau senok la.huhuhu..jomlah layan gambar aku yg 3 keping ni je dulu ye..sementara aku nak pikir apa topik utk di muatkan dalam Diaries aku selepas ini..huhuhu.

March 27, 2010

KELUAR UTK TT..

Baru je sampai kat kedai makan..nak order makan jap...

Mengantok nampaknya kakak ni...yelah aku dan anak2 keluar dari petang tadi lagi..pastu dia org suruh aku tinggalkan mereka kat rumah kawan ni....ni aku baru pi ambik dan sebelum nak balik aku bawak anak2 makan dulu lah bersama dgn kawan2 yg lain.

Kak Ngah bersama dengan anak kawan aku iaitu Zietie punya anak pompuan...

Kak Ngah..mirip siapakan gadis ini..hehhehhehe...muka mengantok nampaknya ni....

Sebelum nak balik tu ..sempat jugakla aku berjumpa dengan rakan2 kelab jap..

Di antara rakan2 yg hadir malam tadi.

Aku bersama dengan salah sorang kawan ..namanya Zietie

Apa la yg anak2 dara aku ni dok bualkan.....serius bukan main lagi nih..

Anak kembar ku bersama dengan kawannya...Dik Ya tak keluar...dia tak nak keluar...nak dok kat rumah je katanya.












Kalau HB aku takde, memang aku kena keluar dgn anak2 lah.dan anak2 aku ni plak memang teman setia .anak2 adalah kawan dan peneman setiaku.hehhe..aku mempunyai 3 org anak pompuan..sekarang ni anak2 aku dah semakin membesar, tapi dah nak mula bergaya dan kalau nak keluar pasti nak cantik2.hurmmm..sebelum aku sampai ke tempat yg ditujui jom ikuti perbualan tiga anak pompuan aku dalam kereta ya:-



Kak Ngah : Mummy , tu la dulu nak jadi model...kalau jadi model mana ada duit..tu pasal la mummy takde duit sekarang ni..


Kakak : Hurmmm kenapa adik oyak gitu nya...bagusla dulu mummy jadi model..mummy kito ni keh cantik..tapi keh mummy bakpo sekarang ni mummy dah tak pakai baju cantik2 dan kasut tumit tinggi mcm dulu..


Dik Ya : Tau mummy nih...


Kakak : kakak pun nanti besar nak jadi model mcm mummy jugaklah....nanti blh khawin dgn Dato....banyak sikit duit kakak..pahtu kakak bagi la duit kat Mummy deh..



huhuhuhuhuhu..nak tergelak pun mcm tu lah...nak larang pun mcm tu lah.....so aku diam je tapi dalam hati aku hanya tuhan je yg tahu..kalau blh aku nak ketawa je depan anak2..tapi control la.aku hanya larang..tak payahla nak jadi model...belajar rajin2 dulu sampai dapat masuk U...nanti ada lah Dato datang meminang...hahhahhaha...adeiiii...

CENDOL PULUT TAPAI..

Huhuhuhu tersengih je dia, walau aku datang lewat pun..hehheh tapi balik umah mengadu kat mak aku la..yg aku ni selalu ambik lewat.huhuhu...depan aku bukan main gembira lagi ..asal jumpa je nenek dia..nangislah mengadu.

Dik Ya hanya minum air cendol je...bestnya dapat minum CPT tgh panas2 mcm ni..










Hari ni anak kembar aku keluar lewat coz ada kelas tambahan kat kelasnya.so aku ambik Dik Ya dulu lah..sementara nak tunggu kembar keluar aku dan Dik Ya pi minum2 dululah.kebetulan plak aku lalu ikut tempat org jual CPT..so apa lagi..aku dan Dik Ya singgah la utk minum..dah la haus semacam je nih...panas yg amat sangat.


Ramai plak kat tempat tu tapi nasib baik aku ada teman..kalau aku sorang je memang confirm aku tak singgah punya hehhee.tgh2 aku dok makan tu..aku lihat persiapan utk Sure Heboh tu bukan main rancak lagi.esok hari dah nak mula..memang mcm ulat lah nampaknya kat Stadium ni nanti..kat Kelantan ni bukannya selalu ada benda mcm ni..skali bila dah ada..memang tak tahu nak cakap apalah..hanya ORG KELANTAN je yg tahu keadaanya.hehhehheh..anak2 aku plak dok pujuk aku supaya aku bawak mereka esok hari...aku ni plak ..malas nak pegi tempat org ramai.pening kepala di buatnya.nak tak nak aku kena pegi jugak kot..adei.....

March 21, 2010

SEKOLAH DAH KEMBALI.

Mula2 tu ambik Dik Ya dulu.coz Dik Ya keluar awal dari kembar.

muka terpaksa kena keluar...tgh dok tidur2 pun kena paksa keluar jugak.huhuhuhuhu

Alahai kesian kat anak2..masuk je dalam kereta, dia org baca buku dulu pastu diam je..tgk2 dah tidur.kesian betul..penat betul nampaknya mereka ni..hehheh mcm2 gaya betul anak2 kesayangan mummy nih.

Hati2 memandu ..











Tamat sudah zaman cuti sekolah 1 minggu nih.nampaknya anak2 aku dah mula liat nak pegi sekolah coz dok ingat cuti lagi kot.siap mintak nak tambah cuti 1 hari lagi anak2 aku ni.dia org cakap penat la kan baru sampai rumah KB, esok nak pegi sekolah letih.pegi lusa jelah, huhuhuhu...mintak maaplah yo anak2 cuti dibekukan.nanti bulan 6 cuti sekolah plak.kali ni tak tahu la kemana aku nak bawak anak2 pegi.paling2 tidak pun dok kat rumah KL tgk wayang je.hehhehhe..


Hari ni tak tahu la kenapa aku rasa penat yg amat sangat.mungkin badan penat coz baru sampai KB kot.semalam aku bertolak lebih kurang jam 1.30 tgh hari dari KL dan sampai kat rumah KB lebih kurang jam 10.30 malam, tu pun banyak tempat yg kami singgah, maklumlah ada anak2 ni memang acap kali gak la kena berhenti.


Kalau HB aku ada ringanlah sikit tugas aku kat rumah ni, HB aku lah yg hantar dan ambik anak2 sekolah.manakala aku plak tidur jelah, bestkan kalau tiap2 hari HB aku yg hantar anak2 sekolah.takdelah nak penat sangat aku ni.lepas HB aku balik tugas aku pun bermula seperti biasalah.masuk je dalam kereta terus tidur ..kesian kat anak2 ..penat betul nampaknya mereka nih.

BALIK KAMPUNG..

Sebelum nak bertolak HB check kereta dulu..isi angin kat tayar tu dulu..dan isi minyak penuh2.barulah kami akan memulakan perjalanan kami.

Apasal masing2 dengan muka terkejut je nih.hehhehhee.

Makan je anak2 dalam kereta ni.hehhehhee..apa la yg anak kembar aku ni dok borak sampaikan Kak Ngah blh tersenyum simpul.

Singgah untuk solat kat Merapoh jap.pastu aku singgah beli 'colek', hurmmm bestnya.

Wah sampai pejam mata nampaknya aku ni..asyik benor aku dok bagi ceramah kat anak2 supaya dok kat sebelah aku semuanya.alahai anak2 kesayangan mummy semua ni....

Dok menunggu nak makan 'colek'.tak sabar rasanya.dah lama tak makan colek nih

Hurmmm bestnya..Kak Ngah memang suka sangat makan 'colek' weh.tapi bukan selalu aku bagi, setahun skali bolehlah utk anak.

Dik Ya yg kecik tu kat belakang asyik dok tersengeh je ni.hehhehhee..cute la...manakala kakak2nya tu asyik dok nyanyi lagu poco2 dan dari kumpulan wali je..












Seminggu sudah aku dan anak2 berada di KL, dan hari ni tibalah masanya plak aku anak beranak balik ke Kampung halaman aku di KB.coz esok sekolah dah bermula seperti biasa.rasa cam malas la plak aku nak balik dah lama dok KL jadi malas nak balik la.tahun depan kalau takde aral melintang aku dan anak2 akan pindah ke KL tu pun kalau aku dapat cari sekolah yg bagus dan yg berdekatan dgn umah aku nanti.lagipun aku tak survey lagi pasal sekolah kat KL yg berdekatan nih.tapi dok kat KB sebenarnya lebih rilex dan tenang.tapi nak buat mcm mana HB dok kat KL kan..tgklah mcm mana nanti.


Lepas selesai bersihkan rumah barulah aku bergerak balik ke KB.aku tak akan tinggalkan rumah yg bersepah dan berdebu.harap penghuni kat rumah tu pun jagalah kebersihan rumah jugak.lepas masak kemaskan dapur.


hari ni aku balik ,esok anak2 dah masuk sekolah.HB aku ikut balik kampung jugak kali ni.takdelah penat sangat aku nak drive sorang2.cuaca hari ni plak mendung je..memang bestlah kalau drive dalam keadaan cuaca mcm ni, takdelah nak panas sangat.sampai je kat Gua Musang hujan turun dengan begitu lebat.time tulah baru aku rasa mengantok yg amat sangat.nak tidur kesian plak kat HB aku drive sorang2.tapi aku terlelap jugaklah cuma dengar suara HB dok melayan cerita anak2 je dalam kereta, dalam hati aku berkata tu mesti dia nak hilangkan rasa mengantok..hehhehhee..jom layan gambar.