March 29, 2010

JOM HEBOH - KELANTAN

Jom Heboh maghi doh di Kelate ni weh.

Anak kesayangan mummy.sempat lagi aku nak ngambik gambar anak2 dalam kesibukan sebegini rupa..huhuhu..ni baru lepas beli biskut apa ntah.

singgah beli Horlicks la plak dan kat sinilah aku terserempak dengan Dato Seri Farid CEO TV3 nih...hurmmm memang hensem orgnya.

Sementara menunggu kawan aku datang..aku dan anak2 singgah minum jap kat kedai Paksu.kesian kat anak2 aku ni..dahaga betul ni.lama jugaklah aku dok kat sini..yelah tak tahan panas dan ramai sangat org.so kami rilex lah dulu.

aku singgah beli mcm2 watak kartun yg ada ni utk diletakkan kat sandle CROCS anak2 aku..dia org la yg nak sangat dan dia org lah yg pilih sendiri dan akulah yg tukang bayarnya.hehhe..murah sangat2....

Nampaknya org dah semakin ramai nih..ok lah anak2 kita dok kat tepi2 jelah ye..tak payah nak pi jalan2 lah ye..coz org dah semakin ramai.

pose dari anak kembar kesayangan aku..

dahaga weh..aku pi hantar barang2 yg dibeli kat dalam kereta jap..tak laratla nak pegang.

bergambar lagi..waktu ni kalau tak silap aku kumpulan Sofaz yg dok nyanyi.

Sebelum nak balik tu...bergambar kenangan bersama anak2 la..tukang ambik gambar seperti biasa jugak iaitu Kakak..semoga anak2 mummy happylah ye.













Biar betul aku nak pegi Jom Heboh kat Kelantan nih..adeiiii semua dah sedia maklumlah kalau ada program berbentuk hiburan gakla kat Kelantan ni memang mcm ulatlah..punyalah ramai manusia.tapi dalam percaya atau tidak..aku dan anak2 dah pun siap2 nak keluar.kalau bukan kerana anak2 aku memang confirm aku tak pergi.aku memang tak suka nak pegi kat tempat org2 ramai mcm ni..kecualilah kalau tempat tu dikawal rapi dan takdelah kalut ..aku memang akan pegi.tapi anak2 punya pasal nampaknya aku kena ikut kehendak mereka.coz sehari dua sebelum Jom Heboh nak bermula..banyak kali anak2 aku bagitau aku yg dia org nak pegi ( betul ke ntah2 aku yg lebih ) hahhahha.tapi itulah hakikatnya.utk tidak menghampakan permintaan anak2 aku ni, aku ikut je kemahuan mereka kali ni.nak masuk jalan KB ni Ya Allah punyalah jem jalan ni...memang aku dah agak pun jalan memang sesak.sampai je kat perkarangan Stadium tu nasib baik aku dapat parking kat tepi traffic light sebelah je dgn Jom Heboh tu..terima kasih buat abang polis traffic ni yg bagi ruang kat aku utk parking, walaupun tempat tu bukan utk parking..mungkin dah rezeki aku kot..terima kasih banyak2 buat abang polis tu ye.



Aku memang nak datang awal coz aku tak nak sesakkan diri aku di dalam ribuan org kat sana..tapi adeiii sangkaanku silap..perkarangan stadium ni semuanya di penuhi org...cam ulat keluar sarang pun ada jugak..hehhehe..ramai betul.tapi dah sampai tu..aku dan anak2 masuk jelah dan beli jelah apa2 yg patut kat dalam tu.tapi kan best giler aku tgk dia org berniaga..tak tahulah berapa ratus ribulah dia org dapat malam tu.yelah setiap satu paper bag tu di jual RM10 dan ada beberapa barangla kat dalam papaer bag tu..kalau dah 100 ribu org yg beli..tak ke 100K yg dia org dapat...fuh masyukkkk..bestkan berniaga mcm ni..penat takpe janji berbaloi.aku tgk berpuluh2 ribu kotak biskut yg dah habis...memang ramai giler...dia org pi serbu cam org tu bagi free je..punyalah ramai org.aku dan anak2 lepas je beli apa2 yg patut..aku dok tepi je...tak blh nak jalan..kepala aku pening la bila tgk org ramai sangat..tapi bila dah duduk dan rilex barulah ok sikit.tapi kesianla kat anak2 aku tak bleh nak tgk itu dan ini..yelah org terlalu ramai.malasla aku nak pi mencelah kat dalam ribu riban manusia ni..

0 Comments: