May 31, 2010

SHOPPING BERSAMA ANAK2..

Lepas bawak anak2 makan..atas permintaan anak2 aku..hurmmmm dia org nak pi Parkson la plak.Dia org cakap nak beli beg BARBIE..( beg kecik je ) ..nak bawak esok pagi ke sekolah..ada sambutan Hari Guru katanya.Kembar tak nak bawak beg sekolah..dia nak suruh aku beli beg yg kecik je utk muat bekas pensel dia je.

Dah alang2 sampai kat sini..aku carikan Tshirt utk 3 org anak pompuan aku nih ha.Nak bawak pi Lumut masa Family Day nanti.yelah nak cari Tshirt kaler Pink.hurmm

Tada dah jumpa..Tshirt Adidas..kebetulan offer la plak..tu yg beli..dan yg sebelah tu plak...*toot*

Biasalah anak2 ni kan..lain yg nak dibeli..lain benda yg akan diambilnya dulu.Kembar cakap esok dia org ada pertandingan mewarna kat sekolah..ntah ye ntah tak..tapi aku rasa cam tak kot..saje je dia org nak kaler baru.Aku plak sebagai ibu..tak kanla nak kata tak beh..Harga pun tak sampai RM5 je kaler kecik yg dia org pilih tu..Aku beli je, bagi semangat kat anak2 utk belajar.

Dik Ya cam biasala..senantiasa happy.tak kira ada masalah atau tak..mcm nilah wajah dia.Kecuali kalau benda yg dia nak.tapi aku tak beli..blh tgklah muka dia mcm mana.kecik2 dah pandai merajuk.huh

Lepas je aku pegi Parkson, aku singgah plak kat Mydin Mall nih.ni 1st time lah aku singgah sini.saje je nak menyinggah.nak tgk apa yg best kat dalam nih.dan hari ni plak..aku memang takde berapa ada mood sangat nak bergambar, juz ambik mana2 yg patut sebagai bukti jelah ye.Kat sini aku hanya singgah beli Mee Kuning..esok pagi nak goreng utk dibawa ke sekolah..kan ada jamuan Hari Guru..setiap murid2 membawa makanan sendiri utk di makan bersama-sama Cikgu dan rakan2 yg lain..walaupun ianya tak WAJIB tapi apa salahnya ..ringankan tangan tu goreng Mee...walau bukan aku yg goreng ...hehehhe..Thanxs 2 My Mom.

Dan ini set yg diberikan oleh 'Tupperware' utk aku siang tadi.Kalau kita join 'Tupperware' iaitu menjadi ahli yg berhara RM260 inilah yg kita akan dapat.Mehla join skali..jgn lupa tau kalau ada sesiapa yg nak order barang2 'Tupperware' nih..blhla order dgn saya ye.:-)


Dan inilah segalanya isi dalam kotak tu..termasuk jugak dengan barang2 yg aku beli asing2.Kalau tgk barang2 'Tupperware' nih memang rambang bijik mata betul.semuanya cantik2..yg paling menarik minat aku ialah tang colournya yg sememangnya colourful gitu dan yg paling penting jugak ialah tang 'kekukuhannya'.

Oklah dah nak tidur...esok pagi2 lagi nak bangun awal la plak..hantar anak2 sekolah....zzzzzzzzz

May 30, 2010

ANAK2 BARU BALIK SEKOLAH..

Jom makan kat Restoran Hover hari nih....Rezeki aku dan anak2 nampaknya kali ni..selalunya nak singgah org ramai sangat....tapi hari ni org tak ramai la plak..mungkin aku singgah tu dah lepas org makan waktu tengah hari kot..apa2 pun jom makan dululah...Lapar doh ni.

Huhuhuhuhu banyaknya lauk weh...kalau habiskan semua ni tak tahulah berapa..hehe..kat HOVER ni ...dia org akan kira makanan yg kita makan dan sentuh jelah..kalau tak makan dia org tak kira lah.

Kak Ngah baru je bangun tidur jgk.ambik dia org sekolah dulu..sebelum nak ambik Dik Ya..sempat lagi dia org tidur dalam kereta.penat sangat la tu.kesian kat anak2 ....balik dari sekolah terus bawak anak2 makan dulu, bagi anak2 kenyang..

Dik Ya ambik sendiri ye...nak makan apa..ambik je...mummy tak nak tolong suapkan...coz mummy nak makan puas2..bagi kenyang.hehehhee..Kakak tu baru bangun tidur ..tu yg jadi mcm tu....dok 'mamar' lagu tuh dia.

Gulai Kuning Ayam Kampung memang WAJIB jugak aku akan ambik.hurmmmm bestnya..nak plak kalau dapat yg paha ayam tu.Fuh....

Hurmmmm udang masak pedas ke apa ntah ...tak tahu plak aku apa nama MENU nih..tapi ternyata memang sedap banget.hehhe..1 ekor udang besar aku makan berkongsi dgn 3 org anak.huhuhuhu...jimatkan kos ke apa ..hurmmmm takpe jimat cermat kan..aku ambik hujung2 je..sikit je...bagi kat anak2 makan jelah.

Hurmmmmm bestnya....dah lama aku tak makan kat HOVER nih..yelah selalunya kalau nak menyinggah org pasti akan ramai.aku ni segan sikit nak pi kat org2 ramai sekarang ni.aku lebih rela pusing balik kalau aku tgk org ramai sangat.Tapi hari ni memang rezeki aku dan anaklah nak makan kat HOVER ni.


Sebelum nak makan.....Kakak baca doa makan dulu ye..pastu ..perkara yg WAJIB ialah kena ambik gambar jugak.Anak2 plak cam dah memahami..lepas baca doa, tak makan lagi nasi..coz dia org memang dah dapat agak yg aku pasti akan ngambik gambar dulu.


Lepas makan terus balik rumah..nak kena pastikan segala 'homework' anak2 siap sebelum jam 5 petang nanti.coz aku nak kena pi ambik mak kat Kursus Haji.seperti biasalah setiap hujung minggu seminggu skali mak aku kena pi Kursus dulu..bagi melengkapkan diri utk ke Tanah Suci .Insya'allah semoga niat dan doa ibu ku yg tercinta utk menunaikan Haji tahun ini akan termakbul jua akhirnya.

May 29, 2010

TUPPERWARE..

Semuanya memang cantik2 dan memang 'merawang' bijik matalah kalau tgk segala yg ada kat 'Tupperware' nih.Set OREN nih memang cantik sangat2...nak kena ada dalam list jugak nih nanti.

Untuk yg mula2 baru sertai Gang 'tupperware' nih..akan diberi set kat gambarrajah no 2 tu ye..dan untuk sertai ahli ni terbahagi kepada 2 iaitu yg pertama bayarannya ialah sebanyak RM60 dan yg kedua ialah RM260 sahaja.dan anda akan diberi 1 set barangan Tupperware.

Dan ini plak bahagian utk kanak2.memang cute je bekas2 ni semua..colour yg begitu menarik .bukannya kanak2 je yg suka..tapi mak kanak2 tu yg gerenti akan suka.Untuk 'Kids School Bag' tu hanya RM17.90 sahaja.

Semua barang2 Tupperware ni cantik2....designnya pun memang semuanya cantik..ala2 coloufull lagi.yg paling bestnya barang2 Tupperware nih memang tahan lama dan YANG PALING BEST lagi..kalau barang2 Tupperware yg dah kita beli dah lama..pastu nak tukar ganti yg baru pun bleh.

Yang ni plak memang cute sangat2..Pasti kena ada dan kena miliki jugak .ni namanya 'Garlic -N-All Keeper yg berharga RM59.90..Bekasnya plak memang blh tahan besar jugaklah.28.8cm (L) x 18.8cm (W) x17.2cm (H).


Cantik betul la bekas utk letak Beras nih.nampak bersih je beras yg kita nak masak tu nanti.selain daripada 'Rice Dispenser' nih ianya didatangi juga dengan 'Microwaveable Rice Cooker' tapi itu bukan 1 set tau..harga lain2.dan sudah pastinya nak kena beli asing2 gakla.

-Rice Dispenser RM 288

- Microwaveable Rice Cooker RM 99




ps: kalau ada sape2 nak order segala barang2 Tupperware nih..blehlah order dgn saya ye.nanti jangan lupa u all send no phone kat my email di....eternal_d_ayu@yahoo.com

May 26, 2010

KEKUATAN HIDUPKU & NYAWAKU..

Seharian aku bersama-sama dengan anak2 je..mcm nilah kehidupan aku yg senantiasa sama je setiap hari.hhehe..takde beza apa pun..tetap jugak sama..cuma anak2 dah semakin meningkat sekarang nih.dan bolehlah anak2 jadi kawan aku plak lepas nih.sekarang ni pun kalau aku keluar kemana-mana sahaja, anak2 lah yg selalu menemani aku.tak sah dan tak bestlah kalau anak2 takde bersama.

Terasa cam tak lengkap je kalau aku keluar sorang2.kecuali kalau ada hal2 yg penting yg memerlukan aku keluar sorang2 tu lain cerita.tapi dalam dok keluar pun hati aku tetap dok kat rumah ingatkan anak2..kalau aku makan atau minum ke..pasti aku akan berkata anak2 aku mesti suka nih...dan esokkan hari mesti aku akan bawak anak2 pegi kat tempat aku pegi makan atau minum.

Gambar kat atas ni adalah anak bongsu aku..dan hurmmm aku rasa cukuplah 3 org je anak aku.tak nak tambah ke?? hurmmmm belum terfikir lagi nak tambah anak dan mungkin kebetulannya takde rezeki lagi kot..takpe..sekurang2nya nyawa..hati dan pengarang jantong aku dah ada depan mata iaitu anak2 mummy yg terlalu mummy sayangi.

Hurmmmm Dik Ya nih memang suka sangat buat memek muka bila bergambar.bila dia ambik gambar ni dan dia tgk muka dia sendiri..memang tergelak sakanlah dia..tapi inilah dia wajah nakal anak bongsuku.Muahhhh..

Alahai manjanya Dik Ya posing nih.Dik Ya nih memang suka sangat ngambik gambar ..sama jugak cam aku.hehhe..so kami anak beranak nih memang kaki bergambar lah agaknya ye.Best dapat dok rumah santai bersama anak2 tersayang dan seronok sangat bila anak2 ada disisi..kalau anak2 takde disisi aku memang terasa sunyi sangat2.sekarang nih aku nak kemana-mana pun memang aku akan bawak anak2.walau aku nak keluar sekalipun, anak2 lah yg selalu menemani aku.

Ha kan kena cubit kat Kak Ngah tu..tapi mummy nampak tau Kak Ngah...dia ingat aku tak nampak la tu..main curik2 cubit gitu dan Dik Ya ni plak apa yg lucu sangat tu kena cubit pun tergelak bukan main lagi.hehhhee.

Sebelum nak sambung bermain dengan Kak Ngah yg dah tunjuk cam takde mood nak layan..Dik Ya buat baik..siap massage Kak Ngah lagi tu..nak bagi semangat kat kakaknya supaya dok layan dia bermain ...

Alahai anak dara yg paling kecik skali nih.memang betul la Dik Ya ni mcm aku zaman kecik2 dulu..suka bergambar ..pantang nampak kamera , asyik nak posing je kerjanya.Kesian kat Kak Ngah tu..tgklah dia..bleh dia naik atas Kak Ngah tuh.si kakak ni plak tahan jelah..hurmm

Kak Ngah dah malas nak layan Dik Ya nampaknya..dan dia buat2 tidur..tapi Dik Ya memang tetap tak puashati dengan Kak Ngah nih..nak jugak dia suruh Kak Ngah bangun dan main dgn dia.hurmmmmm Dik Ya yg nakal nih.

Eleh keciknya lengan dia...ada hati nak tumbuk org..huuhu....sorang angkat penumbuk dan sorang lagi dah jadi ultraman taro.huhuhuu.adeiii sabor jelah weh.

Hahahhahha kan dah kena kat Ultraman Taro nih..cam ganaz je Kak Ngah nih buat mcm nih.huhuhu...terkedu Dik Ya tu 5 minit.hehhe..siap gengam baju lagi tuh...Dik Ya walaupun dengan muka terkedu camtu..tapi masih lagi mampu nak tersenyum..coz dia tahu memang Kak Ngah kepompom punya tak akan tumbuk muka dia.hehhehe.Ganaz betul anak mummy nih..

Hari ni takde yg menangis nampaknya..biasanya kalau dah dok main sampai seronok tak hengat mcm ni..adalah di antara salah sorang yg akan menangis.hurmmm..hari ni mood dia org baik kot.

Hurmmm apa la yg dia org berdua ni dok buat.Alhamdulillah aku dikurniakan 3 org anak yg betul2 menghiburkan hati aku.peneman setia aku didalam susah dan senang.dengan kehadiran anak2 lah hidup aku berubah segalanya..aku bersyukur sangat2 kerana dikurniakan Noor Hidayah..Noor Hikmah dan Noor Zaheera dalam hidup aku..tanpa mereka dalam hidup aku...sudah pasti hidup aku akan hancur ...dan kerana anak2 aku jugaklah aku menjadi seorang yg begitu cekal ...sabar dan tabah dalam apa jua dugaan yg datang dalam hidup aku..

Tahu tak dia org ni pandang kat mana?? mesti tak tau kan..meh aku nak habaq mai..bila je dia org nampak aku nak snap je gambar dia org..secara spontan dia org dok tgk cermin kat depan dia org tu ha...adeiiii nak posing pun kena tgk2 cermin gak ke sayang2 mummy nih.Dik Ya memang muka nakal dan muka yg tak sampai hati nak marah..hurmm


Aksi terakhir utk malam ini daripada anak kesayangan mummy...Kakak takde..coz Kakak dah tidur.Awal la plak dia tidur..penat sangat kot..baru balik umah dari sekolah tadi.sampaikan tak sempat nak bermesra-mesraan gitu...balik sekolah..mandi dan terus tidur..ngantok betul nampaknya dia hari ni.


So yg menghuru-harakan dalam bilik aku kali ni ialah anak kesayangan yg 2 org ni jelah.Dik Ya dan Kak Ngah yg kadang2 tu ngam dan kadang2 tu memang tak bleh masuk dekat.tapi kalau salah sorang tidur...terasa sunyi plak rumah ni.takdelah nak dengar suara riuh rendah kat rumah ni.tapi aku rasa suara aku la yg paling kuat dalam umah nih.huhuhu.

JOM MAKAN DULU...

Selamat Makan Tengah hari...hehhehhee......bestnya lauk yg mak aku masak tgh hari nih.....yg paling best tu coz ada itik goreng dan ulam petai gitu.hehhehee..gulai plak...ada jari jemari gitu..hehhehe..ada sesetengah org mungkin tak makan..tapi OH TIDAK bagi aku....OH TIDAK kalau aku tak makan..memang aku akan makan punya....suko 'ratoh2' gitu....sedap weh....agak2nya aku tambah tak nasi...hurmmmm BIARLAH RAHSIA..

Hurmmmmm budu 'payea'..sedap weh.....anak jati Kelate keno make budu

Hurmmm ulam petai pun ada gak..aku memang dah lama tak beli...kenapa aku tak beli??? coz aku tak nak makan nasi banyak..kalau ada petai gerenti aku makan nasi banyak...waaaaaaaaaaaaa....tapi ini petai mak aku beli secara senyap2...heh heh heh.

Ini bukan ayam..daging atau ikan..hehhe..tapi ini adalah itik...hurmmmmm yummy...itik goreng...sedap weh..makan dengan nasi panas2....Fuhhhh.habislah diet aku kali nih.

Ha ni nasi aku..hehhehe...ada petai tuh...hahhahhahaa...mesti org cakap..makan nasi dgn petai pun nak bagitau ke..tak malu ke...huhuhu..jgn jadi hipokrit dgn diri sendiri..letak dalam Diaries suka makan Chicken Chop tapi sebenarnya suka makan budu..hehhehhe.dan lauk tu plak...itik tuh..bukannya ayam deh.,muahhhahhhhha.

Makan la Dik Ya weh.hehehe..apa la yg dia makan tu agaknya...dahla tangan tu kecik..kenyang ko Dik Ya makan ni weh.hehehee.

Alahai anak mummy sorang nih..memang suka sangat makan ulam-ulaman.tgk dalam pinggan nasi dia tu..ada ulam kacang panjang dan timun...alohla..bakpo rambut depan Kak Ngah jadi mcm nih..nanti simpan rambut panjang ye..tahun depan rambut anak2 mummy kena simpan panjang.


Alahai anak omak....jom makan anak2 ku...bo lah ambik gambar nyo deh...mummy lapar doh nih.Dik Ya tuh dok makan ulam tu...dia makan Kacang Panjang.hehehe.


Alhamdulillah anak2 aku memang tak memilih dalam hal makanan nih.syukur sangat2..dia makan je apa yg ada..dan kadang2 je demand nak makan itu dan ini..tapi kalau bab makan nasi memang anak2 aku ikut jejak aku..tak kisah lauk apa..takde lauk pun takpe...asalkan ada budu dan ulam-ulaman..senang betul aku makan.takde nak makan bersolek punya..cukuplah muka aku je yg bersolek..makan2 ni tak payah..janji halal dan kenyang.


Cuma Kakak sorang jelah, dia makan memang papa ( NZ) Kakak lebih suka makan buah..ulam-ulam pun makan jugak..tapi tgk ulam2 jugaklah..tapi sekarang ni dia dah terbiasa sesangat dengan aku..so dah nampak ada perubahan sikit la tang makan.CUMA yg ASLI dalam diri dia memang tetap ada..tak mcm Kak Ngah.dia memang sebijik mcm aku..suka makan budu dan mesti ada ulam-ulaman gitu..Dik Ya plak..tak bleh nak nampak sangat..coz masih lagi kecik..lagipun Dik Ya ni bukan makan banyak pun..2..3 suap je kalau makan pun..tu badan dia slim..aku rasa la dia slim tu pasal rindukan (NZ ) kot.hurmmm.

May 24, 2010

BZ BETUL NAMPAKNYA AKU....

Lepas ambik anak2 sekolah..aku singgah kat Imigresen jap...nak buat Pasport utk ketiga-tiga puteri kesayangan aku nih..semalam aku datang buat Pasport utk mak aku..dan hari ni utk anak2 la plak.khusyuk betul nampaknya aku dok mengisi borang tuh.

Menu seperti biasa jugak..iaitu ayam kampung gulai dan hati lembu.heh heh....memang aku suka sangat makan ayam gulai kampung masak mcm ni..ni kira Nasi Sumatera lah nih...memang sedap...Fuh...kenyang...alhamdulillah..syukur rezeki aku dan anak2 hari ni.

Mak memang senantiasa bersama....cam iklan BERSAMAMU gakla...senantiasa bersama...jom anak2 kita makan dulu..mummy lapar nih.

Hhehehhehe molek muko Kakak wak gitu.huuhuhuu..ntah apa yg dia cakap pun aku tak tahulah.cuma gambar ni memang lucula..hhehehhe..pelik je aku tgk muka Kakak time nih..makan dulu....balik sekolah makan dululah..coz nak ke rumah mak sedara aku jap...kalau nak tunggu balik makan kat rumah..tak tahu pukul brapa la nak sampai umah ni...tu yg aku menyinggah makan kat Othman Larin nih dulu.


Dan inilah mak saudara aku..kakak kepada mak aku lah.dia ari tu jatuh tangga.so sampai ke hari ni mcm nilah keadaan dia..Hari tu dah bawak masuk Hospital Pakar Perdana..duduklah dalam 3 hari pastu boleh balik..sekarang ni Dr dari Pakar Perdana jelah yg selalu ulang alik datang umah dia..utk rawat penyakit dia...puncanya dia jatuh tangaa..dan ada terseliuh tulang punggung ke apa ntah..aku lupa plak...sekarang tak bleh nak berjalan..

Nasib baikla ada anak2 yg masing2 bergilir utk jaga mak dia org.selain dia guna tilam yg dibeli dari Hospital tu..dia ada makan ubat..kalau tak silap aku ubat tu 3 botol dam RM625..tak tahu lagi result mcm mana...ada perubahan ke atau tak.coz dia baru je amalkan..kalau ada perubahan memang mak aku pun blh makan..dan boleh bagi kat mak2 anda jugak yg sakit lutut...retak segala retak tulang nih..sekarang ni tak bleh cakap apa2 lagi pasal ubat ni..ubat ni dibeli kat Thailand.harap cepat sembuhlah ye....dah nampak sihat sikit walaupun masih belum dapat berjalan sepenuhnya.better than b4 la..


Aku ni baru bangun tidur nih..hehhehhe....sempat lagi aku 'ter' tidur rumah mak saudara aku ni...tgklah kipas depan aku tu..aku hadap kat kat sorang2 je.huhhuh..panas weh loni kat Kelantan..kadang2 tu hujan..dan kadang2 tu panas yg amat sangat.

Aku tidur kat 'jemur ore' nih kat rumah mak saudara aku.Rumah mak saudara aku ni rumah kampung....banyak pkok2...tu yg boleh buat aku terlena nih..HB aku plak dok tgk je bini dia tidur...siap ngambik gambar bini lagi tuh.hehhe...bangun je tidur terus suruh anak ambikkan air..dahaga..heh heh heh.

ONE IKAN BAKAR - ISTANA


Setelah kedai Maggie Ketam kami tak jumpa...akhirnya kami singgah makan kat One Ikan Bakar jelah..kerana dek lapar yg teramat sangat..kami keluar tadi belum makan apa2 lagi..tu yg lapar tahap gaban nih.carik punya carik...tak jugak jumpa2 kedai tu....

Akhirnya kami berdua baliklah.....dan singgah makan jap.jom layan gambar jelah ye.

Fuyooooo..cantik betul....pandai betul aku ambik gambar nih...walaupun ianya datang dari hasil kamera murah aku nih...tapi ianya cukup menarik kan.percikan api yg menjadi seperti bunga api cinta itu....nak 'perangat' api lah tu..coz nak bakar ikan..udang ..sotong dan sebagainya....hurmmmmm lambatnya rasa weh..perut pun dok lapar doh nih...

Tiba2 je HB aku ni nak ngambik gambar aku....tiba2 je rasa sejuk la plak...aku rasa mungkin pasal hujan kot...masa kami dok tgh nak makan nih..hujan ala2 renyai-renyai gitu.....hurmmmm bestnya.....perut tgh lapar plak nih.....memang kepompom lah habis kami kerjakan.

Hurmmmm yummy...setelah sekian lama dok menunggu segala2 yg dipesan ni siap..aku sempatlah ngambik gambar mana2 yg patut.bila makanan dah sampai...sebelum nak makan...ambik gambar dulu.hurmmmmm bestnya....tak sabar rasanya nak makan ni weh..lapar doh ni...cari Maggie Ketam pah ceroh dok jupo..mai makan Ikan Bakar jah la....

Pelengkap yg penting utk makan ikan bakar......sambal + kicap kipas udang + asam limau...fuhh....sedap...kalau tak percaya ..cuba anda buat sendiri...gerenti meletop punya.

Kuah sup je...tanpa isi bagai..hanya semata-mata kuah sup utk dihirup begitu saja.hehehehhe..memang best.

Arghhhhhh tidak..tidak.....itu udang i punya.....huhuhuhu...nampak cam aku sorang je nak makan ekssss..tapi kami kongsi tau makan udang nih..segala apa makanan yg ada..semuanya kami kongsi.nasi tambah pun kongsi jugak tau.hehhehehhee.

Hurmmmmm bestnya sotong segar nih...pilih je nak yg size mcm mana....pastu dia org akan bakar la..dengan dapur arang..hurmmmm best.



Fuh licin selicin-licinnya.....lapar tahap gaban nampaknya aku dan HB aku nih rupanya..mau tak lapar...seharian dok mencari kedai Maggie Ketam..tak jugak2 jumpa..huhuhuhu..last skali aku dan HB singgah makan kat One Ikan Bakar kat belakang Istana Air Mata, Kubang Kerian nih.


Lepas makan..HB aku tak puashati la plak ..coz tak dapat makan Maggie Ketam..diajaknya aku pi Maiden Mall plak....huhuhuhu...dia menyinggah untuk beli Maggie dan Ketam.....nak balik masak sendiri kat umah...huhuhuhuhu...sedangkan aku ni makan cam nak pecah perut doh ni.....nak makan plak ko.......arghhhhhhhhhh..mcm mana la aku nak kurus....kalau asyik HB suka masak je nih...adeiiii.