July 30, 2010

TRIP JAKARTA @ BANDUNG - 1


6.25 ptg


Alhamdulillah sudah selamat sampai di Airport Soekarno Hatta..Dah lama rasanya aku tak sampai kat sini , 9 tahun yg lepas aku jejakkan kaki ku di Airport ini..hurmmmmm lama betul kan.Dulu aku pergi takde anak lagi..tapi sekarang ni bawak 3 org anak, cepat betul rasanya masa berlalu.

Apa pun alhamdulillah dah selamat sampai..dan aku tak sabar rasanya nak ke Destinasi yg seterusnya.Tak sabar nak bawak mak dan anak2.

8.00 malam


Nampaknya Angga iaitu Pemandu yg aku ambik hari tu semasa aku di Bandung, kali ni aku gunakan perkhidmatannya lagi.Dia sudah menunggu kami di Airport.

Lepas je bertemu mata dgn Angga, kami terus bertolak ke Bandung.Sememangnya aku dah plan nak bawak anak2 dan mak 2 hari di Bandung dan 2 hari di Jakarta.

Sementara menunggu Angga pi ambik kereta , kami cam biasanya..acara bergambarlah kerjanya.Gambar aku plak asyik takde je kan.yelah coz aku yg tukang ngambik gambar..tu pasal lah gambar aku kureng dalam ini cerita.huhuhu..apa pun yg penting gambar mak dan anak2 aku terpampang indah di dalam Diaries kesayanganku ini.

Dik Ya sekarang ni dah bukan main pandai lagi posing ye.siap dgn wajah mengoda dan bibir ala2 muncung gitu.Kakak dah nampak cam keletihan sangat cuma Kak Ngah je nampak cam biasa je...

Aku singgah makan dulu lah kat sini.Tempat ni kira mcm R & R kat tempat kita la..agak besar gakla tempat ni.Supir telah membawa kami makan di Restoran Simpang Raya ( Nasi Padang ) tapi bagi aku nasi kat sini memang tak sedaplah.Tak mcm Nasi Padang Sederhana yg pernah aku makan sebelum nih.Tapi disebabkan aku lapar so makan jelah dah itu rezeki aku anak beranak.Cuma kalau diberi pilihan lagi kalau nak makan Nasi Padang memang akan aku pilih Nasi Padang Sederhana je.

Hurmmmm lauknya walaupun banyak, tapi tak berapa menyelerakan.Nak tak nak aku makan gakla.hehhehe...perut lapar banget nih..mana bleh tak makan nanti kebulur plak aku tgh2 malam nanti.

Jom menjamu selera...hanya Kak Ngah je yg makan.Kakak dan Dik Ya tidur..ngantok sangat katanya.so lepas aku makan aku singgah kat kedai cam 7E kat sebelah tu jelah, beli roti mana tau kot2 anak aku lapar tgh2 malam..nak pi cari makanan kat mana lah agaknya....

Lepas je makan kami terus bertolak ke Bandung.hurmmm blh tahan jauh gaklah 3 jam perjalanan.huhuhu..kalau aku tahu punyalah jauh baik aku stay kat Jakarta je.hehehhe.takpe next time kalau ada rezeki lagi..kami akan singgah lagi kat Indonesia...harap2 adalah rezeki utk anak2 ku utk kelain tempat plak.insya'allah..


ini bukan apa pun, ianya hanya chewing gum je..tapi cute je pembalutnya.Kat Malaysia ni takde nih mcm ni..kalau ada pun mungkin aku je yg tak pernah nampak kot.anak2 aku lah yg paling suka skali..tambah2 lagi ada Barbie la plak..lagilah buat dia org minat.cuma ambik sorang satu je...tak bleh ambik banyak2..kan membazir je...banyak lagi tempat lain yg nak menyinggah so tak bleh nak terlalu boros sangat.


Masa utk bertolak ke Bandung...malam ni mmg menjadi pengajaran utk aku nampaknya..bagi aku kalau nak stay kat Bandung..dok je kat Bandung..tapi kalau kat Jakarta dok je kat Jakarta.bukan apa..aku rasa cam buang masa je.lainlah kalau sebulan skali aku bawak mak dan anak2 mai Indonesia nih takpelah nak buat mcm ni..ni jarang2 skali sampai..pastu nak terkejar2 kesana sini..penat tau..huhuhu..next time nanti aku nak plan betul2...tapi takpe jugak mcm ni bila aku fikirkan..so mak dan anak2 aku bleh la jugak kenal Jakarta dan Bandung walau tak banyak hari kami kat sini...

July 28, 2010

HOLIDAY TIME - TRIP 2 BANDUNG & JAKARTA...

23 - 07 - 2010


12.00 Tgh Hari - Aku dan family baru saja sampai di KL Central.Hajat dihati nak naik ERL je.tapi bila difikirkan balik aku ni ramai, bayarannya lebih kurang dekat RM200 gakla..hehheh baik aku naik bas je yg HANYA kena bayar RM10 je..hehhee..budget la..al maklumlah bukan org kaya la katakan..so kenala budget2.Lagipun anak2 aku bukan main gembira lagi bila aku bagitau dia org nak naik bas.Dah lama dia org dok mengidam nak naik bas.Tapi hari ni mummy tunaikan ye..kebetulan plak nak budget..so naik bas jelah.


Ake ke KLIA dengan menaiki bas Airport Coach.Lagipun flight kami jam 4.00 lebih so banyak masalah aku nak uruskan bab2 kat rumah dulu.So kiranya tinggalkan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.Supaya bila aku balik dari Holiday nanti takdelah penat sangat aku nak kena kemaskan semuanya skali.Bijak tak.:-)


Sampai je terus beli tiket Airport Coach utk aku dan anak2.Time ni HB aku nampak cam bz je.aku pun tak nak ganggu dia dok beli tiket, so aku layan ngambik gambar anak beranak jelah dulu.Adik aku tu plak bawak beg kosong ke manakala aku plak dalam beg tu hanya ada 2 helai baju je dan ada beg kosong lagi..dan plastik bag yg besar.Dalam kepala hanya nak shopping je kerjanya..next time datanglah nak bawak anak2 pi tempat yg menarik.Tapi Bandung nih cam tak sesuai je bawak anak2 sebenarnya..bukannya dia org happy pun bab2 shopping nih..lainlah kalau bawak pi Disneyland ke apa ke..tapi tak mampu lagi aku nak bawak anak2 ke sana.

Bukan main happy lagi anak2 aku ni bila dapat naik bas.Ni kira pengalaman pertama dia orglah .Dah lama dia org ajak aku naik bas...tapi aku pikir nak bawak pi mana kalau naik bas.nak pegi KL dengan bas...huhuhu tak sanggup aku nak bawak anak2 naik bas.bukan apa..yelah anak2 aku ni suka sangat keluar masuk toilet.tak kanla nak berhenti setiap kali plak, kan marah lak driver bas tu , tak pasal2 plak.baik aku drive jelah..penat pun takpe..coz banyak tempat yg blh aku singgah.al maklumlah anak ramai la katakan.hehhe.

Kak Ngah bukan main happy lagi, siap menyanyi bagai.sekarang anak2 mummy dah pun merasa naik bas.kebetulan plak mummy sayang nak keluarkan duit utk bayar ERL...kalau dah 7 org berapa eksss nak kena bayar..so baik aku naik bas je.heh heh heh

tiket utk dewasa dan juga untuk kanak-kanak.murahkan.lagipun bas ni memang agak selesa gakla.pemandunya plak memang pemandu berhemat gitu..sampai aku blh terlelap a.k.a tertidur dalam bas.bila aku dah blh tertidur tu maknanya driver tu tidak memandu dalam keadaan bahaya la tu.

1.30 Tgh Hari - Lapar la plak..tadi kat umah tak sempat nak makan.Aku bangun tidur je aku terus kemas rumah, cuci kain dan sebagainya.cuma nasib baiklah aku dah kemaskan segala barang2 yg perlu dibawa tu semalam lagi.kalau tak memang confirm la aku pengsan petang nih.

Singgah makan kat McD dulu, sementara menunggu time utk boarding.lagipun flight yg kami nak naik nih lambat lagi.Daripada dok membuang masa dan habiskan duit yg dah sedia licin nih baik kita org dok setempat dan makan je.

4.30 Petang - Boarding Time..hurmmm tak sabar rasanya aku nak bawak anak2 nih.Dulu aku dan HB je dulu yg kesana..kali ni aku bawak anak2 dan mak skali.Bila lagi dia org nak kenal kan.Bagi aku kat Indonesia je aku bleh jadi Jutawan kalau aku pegi tempat lain memang tak mampu lagilah nak pegi ramai2.hehhehe..satu hari nanti mana tahu kan..di murahkan rezeki aku anak beranak..blhlah aku bawak anak2 pegi tempat lain plak.insya'allah.

Flight ni ke Jakarta dulu, coz dulu aku booking by internet lor..kebetulan plak time tu MAS ada buat promotion..so apa lagi sapu jelah.Flight MAS ke Bandung takde..so aku kena ambik ke Jakarta dululah.Tapi sekarang MAS dah ada flight terus ke Bandung la plak.hurmmm gud..gud.

Senantiasa bersama walau kemana saja aku berada.Aku tidak akan sesekali meninggalkan anak2 ku..susah senang aku akan tanggung sendiri dan aku tak nak anak2 aku menanggung kesusahan.Paling aku gembira time ni ialah bila tgk anak2 dah tak sabar nak ke Jakarta, happy sangat nampaknya dia org ni semua ye.Mummy sayang kamu semua.

Masing2 dah duduk kat tempat masing2 ye..jgn nakal2 tau ...jap lagi kita akan terbang ke awan biru menuju ke destinasinya.

Alahai Dik Ya keciknya..geram betul la mummy kat Dik Ya nih..kecik semacam je nih mummy tengok.Dah mula nak menulis la tu..pantang nampak kertas dan pensel dia org nih semua.hurmm

Apasal la muka HB aku jadi mcm nih.hehhehee..ngantok + sedih la plak.hurmmm apa2 pun keadaan u..i tetap sayangkan u..

Dik Ya dok layan lagu tamil sambil nak makan.hurmmmm....dia dengar je lagu tamil pastu dia cakap kat aku dan paksa aku suruh tekan no 6, katanya lagu sedap la mummy...bila aku dengar lagu tamil la ..huhuhu sabar jelah.

Kecik weh jari Dik Ya nih.apasal la mummy ni mmg geram sangat kat Dik Ya nih.mungkin sebab dia kecik kot.kenapa la tak besar2 cuma semakin tinggi ada la.



Hurmmmmm ni yg best kalau nak pegi oversea naik MAS..dahla dapat layanan yg baik..nak apa je juz bagitau je.hehhe..tempat duduk yg selesa..luas lagi.makanan hurmm boleh tahan sedap jgk.dan yg pasti memang banyak keistimewaanya .cuma nak naik MAS ni nak kena tunggu promotionlah baru bleh beli tiket kalau nak ke Oversea.

Tak tahu bila la plak aku dapat bercuti bersama keluarga mcm nih.rasa mcm tak sabar plak aku nak bawak anak2 dan mak kat tempat yg dah pernah aku pergi.Kalau tak sempat nak bawak semuanya, insya'allah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur aku akan bawak mak dan anak2 ke Negara lain plak.

Oklah aku nak tidur jap..badan masih lagi rasa penat dan mata pun rasa mengantok dan tak bleh nak bukak luas2 lagi nih.

OTW KE KL..


Semuanya nampak dah settle untuk hari ni..lepas ambik anak2 sekolah tadi, aku hantar mak kat tempat biasala kalau hari khamis nih..aku terus bergegas balik ke rumah utk selesaikan bab2 anak2 plak..bagi anak2 mandi dan makan dulu..sementara segala barang2 yg nak dibawa aku dah siapkan dari semalam lagi.dan jap lagi kesemua barang2 yg dah siap tu nak dimasukkan dalam kereta plak.nasib semuanya dah ready..kalau tak gerenti bertambah penatlah aku ni jawabnya nak buat semua hal dalam satu masa.

Jam dah menunjukkan pukul 5.30 sudah..aku terus bergegas keluar bersama anak2..barang2 semuanya dah di letakkan dalam bonet kereta..alhamdulillah semuanya dah beres..aku keluar utk pi ambik mak aku plak..terkejar-kejar plak rasanya tapi aku buat ala2 selamba jelah ..kan kalau terkejar-kejar plak gerenti aku yg penat.jap lagi nak drive ke KL plak..so aku kena cool down dulu.huhuhu.

Setelah ambik mak aku tadi, aku lalu ikut jalan pintas la plak nak ke Telipot dan aku ambik ke jalan stadium tu...kat Gelanggang Seni plak ada Pesta Makanan Thai la plak..adeiii so apa lagi menyinggahla plak aku ni..tak sah kalau tak mai..nak ke KL pun aku singgah jugak beli makanan..janji aku singgah cukup.huhuhu..

Kak Ngah yg menemani mummy turun untuk beli makanan, anak2 aku yg lain ( wah mcm ramai la plak..hehhehe ) dan mak hanya tunggu aku dalam kereta jelah.hurmmm so aku apa lagi..layan makanan jelah..aku memang suka Masakan Thai nih..bagi aku semuanya sedap..

Tea Ais Thai punya memang best..tak tahulah aku mcm mana dia org buat agaknya.Tapi kalau setiap kali aku ke Thailand ..aku pasti akan order Tea Ais..walaupun lepas tu gerenti perut aku memulas ( aku tak bleh minum susu pekat banyak2 sangat ) ..tapi aku tak kira..aku memang akan minum tea ais jugak...tengoklah gambar kat atas ni ha...memang best dan malatop kan...kaw2 punya Tea Ais..


Wah aku beli plak Mee Tomyam...Fuh dari jauh pun dah dapat baunya....sedap weh lok..lewat doh nak bertolak nih.sepatutnya aku bertolak ke KL jam 5.00 petang tadi..tapi ni dah nak pukul 7.00 malam nih..aku masih lagi dok beli segala makanan yg ada.hehhehe..

Nasib baik la aku dgn anak2 dan mak..kalau aku sorang2 nak drive ke KL jgn harapla aku nak menyinggah mcm nih.lepas aku anak beranak makan segala makanan yg aku beli tadi dalam kereta , aku terus gerak ke KL..

Kalau sempat aku balik KB nanti dan Pesta Makanan Thai ada lagi..pasti aku akan menyinggah makan Mee Tomyam lagi...best sangat2...

July 21, 2010

OH KERETA KU..


Dah lama rasanya entry ni..tapi aku takde masa la plak nak publish.kebetulan plak semenjak 2 menjak ni aku ada hal sikit bersama family so tak dapatla nak jenguk Diaries kesayangan ni.Walaupun ini entry minggu lepas tapi aku nak jugak kongsikan bersama dan coretkan di sini sebagai satu kenangan yg sememangnya tak akan dapat aku lupakan.

Nak dijadikan cerita..sudah 2 hari aku tak bawak kereta Perdana kesayangan aku ni, mcm mana la aku nak bawak tiba2 je bonet kereta ni tak bleh nak tutup.mmg aku betul2 tak pahamla apa dan kenapa boleh jadi mcm ni.nak kena tutup sekuat hati barulah tertutup..kan kalau selalu sangat dok tutup kuat2 kan rosak dan hancur bonet kereta aku tu siapa yg susah..aku jugak yg susah.Hari tu nak dijadikan cerita aku kena bawak jugak kereta ni pi hantar repair..kalau aku tak hantar sape lagi yg nak hantar.

Pagi2 lagi mak aku dah ambik batu besar kat tepi rumah aku nih dan tali....mak aku ikat bonet kereta pada batu besar tu agar bila aku bawak kereta takdelah nak terbuka luas.hehhehe.lepas je aku hantar Dik Ya sekolah aku terus pi cari bengkel mana yg bukak pagi2 ni.

Aku singgah kat Kampung Sireh, nasib baikla ada satu kedai cina bukak pagi2 buta ni, kedai yg lain semuanya masih belum bukak lagi.masa dok tgh drive kereta ni tadi aku rasa semua org pandang kat aku..mungkin dia org ingat aku ni lupa nak tutup bonet kereta kot..dan mungkin dalam hati dia org berkata-kata.." oo perempuan patutla.." selalu sangat aku dengar ayat mcm ni..kalau pompuan bawak kereta ntah apa2 sikit...pasti akan kedengaran suara patutla pompuan rupanya.hehhee..

Gambar kat atas tu aku ambim dari pandangan sisi..dan nampakla sikit tali putih tu ha.kalau tak ikat memang terbuka luas la..mcm hari yg aku mula2 kena..nak tak nak aku kena bawak sampai rumah jugak..org pandang ke ..senyum ke..aku buat derk jelah.huhuhuuhu

hehhehe ni la rupanya baru dalam kereta aku yg mak aku ikat pagi2 hari lagi nih.hehhehe

Sebelum tokey tu nak memulakan tugasnya ..aku ambik jelah dulu segala gambar yg menarik utk dikongsi bersama.kenangan lucu aku bersama kereta kesayanganku.tiba2 je rosak..pelik betul aku..kan org cakap kalau kita cakap nak beli kereta baru atau nak jual kereta..pasti kereta yg sedia ada akan rosak..padahal takde pun aku nak jual kereta..huhuh...tapi tiba2 je buat hal sama gakla dgn stream aku..pakat2 buat hal..pening kepala aku.

banyak betul yg perlu dibaiki, coz aku nak kena baiki jugak kereta ni..yelah seperti yg aku katakan la kalau bukan aku yg pegi hantar kat bengkel utk baiki ..siapa lagi yg nak hantar..semua ni adalah tugas aku..hurmmm..

Agak lama jugak lah aku kat kedai tokey ni..sampai dah naik muak pun ada jgk..kereta org lain yg mai lewat dari aku semuanya dah siap..tapi kenapa la kereta aku punyalah lambat nak siap...tokey ni nak aku kerja kat bengkel dia ke apa..huhuhu..tapi tokey nya memang baik dan kelakar gakla..asalnya nak baiki bonet kereta je.tapi bila dah dibukak semuanya makan banyaklah yg nak kena tukar plak.Baik aku selesaikan satu persatu dululah ..nak selesai 2 sekaligus nak cekau kat mana la duit nih.hurmm

Lepas baiki kereta , aku terus pi ambik Dik Ya sekolah dan seterusnya ambik anak kembar aku la plak..kebetulan ini hari khamis..so aku merendek dululah dgn anak2...singgah kat SSF jap utk beli bunga..aku nak letak kat Rumah KL..perempuan dengan bunga memang tidak dapat dipisahkan.aku suka beli bunga2 kat sini..kebanyakkanya design nya ala2 inggeris gitu..dan colour2 nya pun semua cantik.


Jom sayang..kita balik...coz petang nanti lepas ambik mek kat tempat kursus kita nak pi KL kan..so jom balik siap2 apa yg patut dulu lah.

July 20, 2010

BUKU UNTUK ANAK2...


Dah lama rasanya aku tak shopping buku utk anak2..lama ke..rasanya setiap bulan mesti ada walau hanya 1 buku utk anak2 aku.Tapi malam ni aku beli banyak sikitlah buku utk anak2.Yelah exam dan cuti sekolah dah nak dekat...daripada dok main je kat umah baik la baca buku dan tulis apa2 yg patut.Aku tertarik dengan buku cerita tentang Kisah Sejarah Melayu nih..aku belikan utk anak2 ..bolehlah anak2 membacanya tentang sejarah melayu kita..harga utk buku ini ialah RM49.90...kalau bab buku memang aku tak akan berkira..yg penting agar anak2 aku minat membaca dan selalu membaca ..

Hehhehehhe tapi ini utk aku tau..yelah Raya pun dah nak dekat kan..apa kata kalau aku mula belajar buat Cup Cake..aku rasa dah lama betul aku nak buat cup cake nih..ari tu dah pernah buat ..tapi tak menjadi la plak..kena gelak dek anak2 aku adalah.huhuhu..Tapi kali ni aku beli lagi skali buku nih..harapnya menjadilah cup cake aku nih...hurmmmmmm tak sabar rasanya..tak perlu nak tunggu Raya la nak buat cup cake nih...tunggu ada masa yg terluang je..aku nak jugak belajar..

Ni adalah segala buku latihan yg aku beli utk anak2 kembar aku..akan digunakan semasa cuti sekolah dan cuti minggu je..supaya dia org takdelah asyik dok bermain je kerjanya..aku kena selalu dedahkan kepada mereka yg pelajaran itu penting utk masa depan mereka..Aku mengharapkan agar anak2 aku nanti berjaya...insya'allah..semoga anak2 mummy tak akan hampakan harapan nanti..

Dan ini plak khas utk Dik Ya....mesti dia suka bila dapat buku2 nih..Dik Ya pun memang bleh tahan gakla..asyik nak berkepit dengan buku je..walaupun tak tahu membaca dengan lancar lagi..tapi A-Z semuanya dah tahu..dan perkataan2 yg simple dah boleh dia baca..

KERJA MENCARI DURIAN..:-)


Petang yg sungguh indah ...hehhee...indah ke..harapnya indahlah ye.....mak aku nak pegi mengurut kampung .bukan urut seluruh badan la..juz pegang2 urat saraf kat tapak kaki dan jugak betis je...setahu aku ramai Doktor2 dari HUSM yg datang kat sini..hehhee..ada yg lumpuh pun dah bleh berjalan dan mcm2 lagilah..

Lepas je mak aku mengurut aku singgah kat umah kakak ipar aku iaitu Kak Ton..aku memang selalu lepak kat umah dia..sika dok borak2 dengan Kak Ton dan Abg Halim..dia org memang baik sangat dan kalau dok melepak kat umah dia org tak sah kalau tak sampai 4...5 jam.huhuhu..

Hari ni plak aku dan HB serta tuan umah pi masuk kebun nak cari buah durian yg gugur...bukan tak bleh beli kat luar pun..tapi masuk dalam kebun mencari sendiri yg paling best.hehhehe..mencabar ..walaupun risau gakla kan gugur atas kepala ...adeiiii Hospital lah jawabnya.huhuhuhu..


Masih lagi mencari..so jumpala jugak 2..3 bijik..hehhehe..coz pagi2 lagi abang ipar aku dah cari awal2..so yg saki baki jelah yg ada nih...huhuhu..nasib baik ada jugak yg gugur ...kalau tak memang kempunanan lah aku nak makan durian fresh dari kebun nih.huhuhu..

HB aku plak jap lagi dah nak gerak ke KL..kali ni dia drive , biasanya naik Air Bus je kalau balik KB.muahahhahahha..apa2 pun semoga selamat dalam perjalanan ke rumah KL..insya'allah kalau dipanjangkan usia dan kalau takde apa2 halangan hari jumaat nanti aku dan anak2 akan menyusul ke KL plak..

SERUNDING DAGING..


HB aku tiba2 je nak balik..hurmm..aku ingatkan dia dah tak nak balik minggu ni coz minggu depan aku dan anak2 akan ke KL.asyik dok berulang alik KB-KL-KL-KB penat woo..dahla belanjanya amat penat jugak..so bila lah nak menyimpan agaknya.Kena pindah dok KL nampak gayanya..tapi tengok keadaan dululah mcm mana, sebenarnya aku ni lebih selesa dok kat KB..tenang je dok kat KB ni..nantilah aku fikirkan mcm mana..Lagipun aku tak janjikan apa2 lagi..

Petang ni aku dan HB ke Kampung Laut, nak pi beli Serunding Daging..di mana kawan2 office HB aku yg kirim Serunding ni utk di makan pada bulan puasa katanya.Aku kalau nak pi beli serunding , aku memang tak akan beli kat pasar..coz bagi aku kalau beli kat pasar ni 'barang lama'.yelah berbulan lamanya..baik aku terus pi tempat yg membuat Serunding ni terus..Tapi kat Kampung Laut ni memang banyak tempat yg membuat serunding..kita kena pandai pilih tempat la..dan bagi aku Serunding yg paling best aku pernah makan ialah kat Rumah Kak Long..kalau tak silap aku mak nya nama Rahmah kot...lupa plak nak tanya nama apa...Serunding yg dia buat memang best..kebetulan hari yg aku sampai tu..dia dah ada tempahan daripada org KL sebanyak 1500 kilo....ayakkkkk banyak tu weh.....utk dijual pada bulan puasa katanya..

Hurmmmm best..ni lah dia rupanya serunding daging, masih panas2 lagi nih...ambik masa gakla nak membungkusnya coz serunding masih panas2..kena tunggu sejuk dulu baru la bleh nak packing.hurmmm..sementara dok menunggu serunding siap dipacking aku dan HB dijamu air oren dan serunding daging...hehhehe...best..

hurmmm berkawah2 yg baru siap diangkat.....lama gakla aku dok menunggu..nasib baik aku tak baring je...kalau ikutkan hati aku..dok menunggu lama2 mcm ni..mau aku tertidur dibuatnya..kebetulan masa aku sampai kat umah dia ...dia baru je otw balik dari meniaga kat Pasar Pasir Puteh..lain kali kalau nak mai aku kena mai selepas jam 4.00 petang..barulah Tuan empunya diri ada.hehehhe

Wah banyak giler rakan2 office HB aku yg mengirimnya.huhuhu..HB aku dah nak jadi tokey serunding ko apa nih.hehhehe..tapi memang tak rugilah kalau beli Serunding kat tempat aku beli nih...dah la sedap...barang baru plak tu...siapa yg tak nak barang baru betul tak.hehehehee.

Kalau ada yg nak order blh la tinggalkan komen kat sini...hahhahhahaha...aku meniaga Serunding lah plak..hehee..

SANTAI DI PANTAI IRAMA..


Lepas je selesai Dik Ya punya program kat Dewan Badminton tadi, aku terus bawak anak2 ke Pantai Irama, Bachok..bukan apa coz makanan yg dibawa dari rumah tu langsung tak dimakan lagi..tu yg aku mai kat Pantai ni...makan kat tepi laut ni kan best..cuma cuaca waktu ni agak panas gakla..nasib baiklah ada pokok kat tepi ni ha..takdelah panas sangat.Lagipun aku cukup selesa coz org waktu ni memang tak ramai..org dok tengah sembahyang jumaat...bila dah habis sembahyang jumaat aku anak beranak akan balik la.

Bila dah sampai ni ..apa lagi buka terus segala makanan yg ada...lapar tak hengat punya nih..dari tadi lagi aku dan anak2 dok menahan kelaparan nih..

Wah bestnya...ada Keaw Tiau Goreng...Nasi Goreng dan 'jeput pisea'...hehhehe..sedap weh..perut dok tengoh lapar ni..blh makan plak..memang confirmlah licin aku anak beranak serang.hehhehe.

Makan jgn tak makan..pastu nak main plak....bila org dah terlalu ramai jap lagi..kita balik la...malas la dok lama2 coz aku tak berapa selesa la..dgn kasut sport lagi..dah la muka dah berminyak cam blh goreng ikan..mata plak mengantok..badan plak letih...adeiii ni package ke apa nih...semua datang sekaligus..dan aku plak memang tak sabar rasanya nak balik..

Nampaknya anak2 pun dah kenyang..mak anak pun dah kenyang jugak rasanya.hehhehe..

Masih ada lagi makanan nih..bukannya buat banyak sangat pun..tapi jap lagi licin la ni.hehhehe..tapi kalau nak mai makan kat Pantai mcm ni..kena mai ramai2 ..mai satu family ke.barulah best..barulah meriah tak hengat...aku dok kat sini..aku kena gigit dek semut yg besar tu..kalau aku, aku panggil 'semut tonggek'..bengkak lengan aku dan sampai kemata rasa bengkaknya..tu pasal la aku tak sabar nak balik nih...apa2 pun aku kena selesaikan yg anak2 aku dulu..bila dia org dah bosan barulah aku balik..aku punya sakit tu lain cerita yg penting anak2 aku ni kena utamakan dulu.

Walaupun lengan dan mata dah mula membengkak tapi aku nak jugak ambik gambar aku time ni..cuma aku terlupa plak nak ambik gambar lengan aku yg membengkak..kalau korang tengok memang naik takut dibuatnya..yelah bengkak dan nampak cam pelik je lengan aku waktu tu...

Anak2 tak habis lagi dok main pasir..tak tahu la apa yg dia org nak buat..mungkin nak mencari harta karun kot.hurmmmm layan jelah.


ooooo nak buat Castle rupanya...hanya kawan anak aku iaitu Fisha je yg dapat buat dan siap cepat..hehehehe anak2 aku plak tak jadi..buat je..runtuh ...buat je runtuh..hehhehhehe..kesian kat anak2 mummy..takpe mummy akan bawak jugak pegi ekspo...


Jom lah balik anak2, mummy dah tak tahan sangat sakit ni...sampai umah je aku akan terus mandi..dan terus tertidur....tak tahan sakit sangat...lengan aku membengkak..jari aku jugak membengkak sampai tak bleh nak pakai cincin..mata plak rasa cam semacam dua macam je ..baik aku tidur je dulu..kasi rehatkan badan....

July 19, 2010

SR - SPORTS DAY..


Maka bermulalah hari yg ditunggu-tunggu Dik Ya..seawal jam 7.30 pagi aku dah bangun dan siapkan anak2..manakala mak aku dok masak kat dapur..sediakan sarapan utk dibawa nanti..aku plak dok bz dan 'gegea gogok' dgn anak2 la.huhuhuhu..

Aku sampai lebih kurang jam 8.15 pagi..tak ramai lagi yg sampai nampaknya.Kesian kat Dik Ya tak sempat nak makan apa2 pun lagi pagi ni..minum pun tak..sampai je kat Dewan Badminton tu terus Dik Ya pergi kat kumpulannya..harapnya anak kesayangan aku ni tak pengsan lah hendaknya.bila dah ramai2 mcm ni..memang mcm2 ragam lah dapat dilihat..ada yg kelakar dan ada jugak yg membosankan aku.Tapi yg pasti aku akan tetap duduk didalam dewan ni sampai selesai semua skali.

Aku, mak, kakak, Kak Ngah..kawan anak2 aku yg datang ke Dewan bagi memeriahkan Hari Sukan Dik Ya..kawan anak2 aku jugak datang semata-mata nak memberi sokongan dan sorakkan katanya.huhuhu..HB takde..coz dia memang dok kat KL..kami ni memang jarak jauh punya kes kira cam bermadu gakla...dia kat KL..manakala aku plak kat KB..belum bersedia utk pindah ke KL..tengoklah tahun depan mcm mana..kalau takde aral melintang lah.

Gambar2 ni Kakak yg pegi ambik..aku malas nak bangun la plak..aku cuma menjadi pemerhati dari jauh je..lagipun sukan belum pun mula lagi.Ni baru je dok beratur...

Alahai kecik2nya kawan Dik Ya..bila Dik Ya dok kat umah nampak mcm dah besar..tapi bila dia dok dalam kelompoknya ini nampak cam kecik la plak Dik Ya nih.hehhehe...Kesiannya anak mummy ni nampak cam tak ceria sangat la pagi ni...

Dik Ya bersama dengan rakan2 kelasnya.bukan main seronok lagi ye bila dapat bergambar semua nih..jap lagi jangan lupa buat betul2 ye semua..lari sekuat yg mungkin...mummy nak geng2 anak mummy ni dapat no 1.hehhehe

hehehhehe..semangat betul Kakak ni..siap buat banner ( gunakan A4 )hehhehhe..nak bagi semangat utk adiknya...hehhehee..kreatif jugak ye..susah payah dia org dok buat semalam..aku letak satu jelah ye..dia org masing2 pegang banner kertas ni lah masa Dik Ya dok bertanding tuh.

Sebelum tu acara memanaskan badan dulu..kena pusing keliling dewan sambil menyanyi lagu apa ntah..cam lagu ala2 askar gitu.hhehehe

Bila dah siap pusing dewan....acara nyanyian lagu Negaraku dimulakan.terlebih dahulu..dan secara automatik semuanya berdiri..baguskan...jgn bila dok dengar lagu Negaraku tu..dok buat derk je..

Ha tu dia Dik Ya..kecik je muka dia bila aku fokus je, siap dok bersila lagi..sementara menunggu gilirannya.Tapi nampak jugak kat aku nih rupanya..aku rasa dah jauh sangat aku duduk nih.hehhehe
Yang aku hairan bin pelik nih kan..kenapala bila kerusi atau apa2 jelah yg berkaitan tu dah disediakan..kenapa ibu bapa ni tak reti2 dan tak faham bahasa ke apa..kita dahla duduk..pastu ramai plak yg dok berdiri kat depan..habis tu kita org yg duduk ni nak kena bontot dia org ke apa...respekla sikit kat org belakang.bukan anak ko je yg bersukan..anak aku pun bersukan jugak...tu pun aku dah sound kuat2...bila dah kena sound barulah reti nak duduk..tak salah kalau nak dok depan skali..tapi duduk la kat lantai ke apa ke..at least org belakang ni bleh nampak anak2 masing dok bertanding..

Aku geram sangat...aku terus bangun dan pi duduk atas lantai kat depan skali dengan anak2 aku..kan senang..nak duduk depan sangat ..duduk je atas lantai tu...ni dok berdiri cam tunggul depan muka org..memang aku bengang mcm tu.

Acara dah pun bermula...dimulakan dengan kanak2 yg berumur 4 tahun dulu..hehhehee..kelakar betul bila tengok anak2 kecil ni berlari...sakit perut aku dok gelak kan mereka...dia org plak..cam muka pucat je..takut salah..dan ada yg berlari sambil menangis pun ada jgk.hehehee...memang cukup menghiburkan.

Hah giliran Dik Ya plak.hehehhhe..Dik Ya dah standby tu ..go..go...go...Dik Ya.

hehhehehhe cute dan kesiannya kat anak mummy...kena jalan cam itik dulu utk step 1..pastu step 2 kena melompat cam katak then step 3 kena berlari...hehhehhee...dia asyik dok pandang aku je nih...cepatla sikit Dik Ya weh..jangan dok sengeh2 la...huhuhu

hehhehhee...dah lepas Dik Ya punya tugas..sekarang ni dok tunggu rakan2nya yg lain siapla...dan yeayyyyyy kumpulan Dik Ya dapat no 2....ok lah tu..dah kira menang gak kan.hehe

Second round punya tugas..Dik Ya kena lari dan ambik bunga ni dan terus pi tanam kat depan tu...siapa cepat dia menanglah.hehhehhee..cute betul games dia org nih..

Semuanya dah settle...sementara menunggu acara selesai..aku dok tengok Kakak dok uji kepantasan tangan dan kecerdasan otak utk menyusun gelas2 ni..aku tak tahu plak nak panggil dengan nama apa..aku panggil gelas palstik jelah ye.muahahhahhaa..Pada mulanya aku ingat nak beli...tapi bila tanya harga terus tak jadilah coz harganya dalam RM200++...malasla aku nak beli..bila aku pikir balik..kalau beli pun bukan anak2 aku buat mcm ni pun kat umah..bukan nak masuk pertandingan apa2 pun..kan dibuat derk kat benda alah ni..menyakitkan hati aku plak..membazir namanya..baik aku beli buku2 kat anak2 aku..bleh la dia org ulangkaji ke apa ke...ada gak faedahnya..tu bagi aku yg tak berduit banyakla..nak beli sesuatu kena pikir jugak.bukan main beli sesuka hati..hurmmm


Yeayyyyy Dik Ya menang dan dapat no 2...dapatlah hadiah gelas SR.hehhehe..banyak kali gakla dapat hadiah gelas SR..save budget ke cikgu weh..hehhehe..tapi gelas tu memang cute dan cantik..Dik Ya pun happy bila dapat hadiah tu..