July 28, 2010

HOLIDAY TIME - TRIP 2 BANDUNG & JAKARTA...

23 - 07 - 2010


12.00 Tgh Hari - Aku dan family baru saja sampai di KL Central.Hajat dihati nak naik ERL je.tapi bila difikirkan balik aku ni ramai, bayarannya lebih kurang dekat RM200 gakla..hehheh baik aku naik bas je yg HANYA kena bayar RM10 je..hehhee..budget la..al maklumlah bukan org kaya la katakan..so kenala budget2.Lagipun anak2 aku bukan main gembira lagi bila aku bagitau dia org nak naik bas.Dah lama dia org dok mengidam nak naik bas.Tapi hari ni mummy tunaikan ye..kebetulan plak nak budget..so naik bas jelah.


Ake ke KLIA dengan menaiki bas Airport Coach.Lagipun flight kami jam 4.00 lebih so banyak masalah aku nak uruskan bab2 kat rumah dulu.So kiranya tinggalkan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.Supaya bila aku balik dari Holiday nanti takdelah penat sangat aku nak kena kemaskan semuanya skali.Bijak tak.:-)


Sampai je terus beli tiket Airport Coach utk aku dan anak2.Time ni HB aku nampak cam bz je.aku pun tak nak ganggu dia dok beli tiket, so aku layan ngambik gambar anak beranak jelah dulu.Adik aku tu plak bawak beg kosong ke manakala aku plak dalam beg tu hanya ada 2 helai baju je dan ada beg kosong lagi..dan plastik bag yg besar.Dalam kepala hanya nak shopping je kerjanya..next time datanglah nak bawak anak2 pi tempat yg menarik.Tapi Bandung nih cam tak sesuai je bawak anak2 sebenarnya..bukannya dia org happy pun bab2 shopping nih..lainlah kalau bawak pi Disneyland ke apa ke..tapi tak mampu lagi aku nak bawak anak2 ke sana.

Bukan main happy lagi anak2 aku ni bila dapat naik bas.Ni kira pengalaman pertama dia orglah .Dah lama dia org ajak aku naik bas...tapi aku pikir nak bawak pi mana kalau naik bas.nak pegi KL dengan bas...huhuhu tak sanggup aku nak bawak anak2 naik bas.bukan apa..yelah anak2 aku ni suka sangat keluar masuk toilet.tak kanla nak berhenti setiap kali plak, kan marah lak driver bas tu , tak pasal2 plak.baik aku drive jelah..penat pun takpe..coz banyak tempat yg blh aku singgah.al maklumlah anak ramai la katakan.hehhe.

Kak Ngah bukan main happy lagi, siap menyanyi bagai.sekarang anak2 mummy dah pun merasa naik bas.kebetulan plak mummy sayang nak keluarkan duit utk bayar ERL...kalau dah 7 org berapa eksss nak kena bayar..so baik aku naik bas je.heh heh heh

tiket utk dewasa dan juga untuk kanak-kanak.murahkan.lagipun bas ni memang agak selesa gakla.pemandunya plak memang pemandu berhemat gitu..sampai aku blh terlelap a.k.a tertidur dalam bas.bila aku dah blh tertidur tu maknanya driver tu tidak memandu dalam keadaan bahaya la tu.

1.30 Tgh Hari - Lapar la plak..tadi kat umah tak sempat nak makan.Aku bangun tidur je aku terus kemas rumah, cuci kain dan sebagainya.cuma nasib baiklah aku dah kemaskan segala barang2 yg perlu dibawa tu semalam lagi.kalau tak memang confirm la aku pengsan petang nih.

Singgah makan kat McD dulu, sementara menunggu time utk boarding.lagipun flight yg kami nak naik nih lambat lagi.Daripada dok membuang masa dan habiskan duit yg dah sedia licin nih baik kita org dok setempat dan makan je.

4.30 Petang - Boarding Time..hurmmm tak sabar rasanya aku nak bawak anak2 nih.Dulu aku dan HB je dulu yg kesana..kali ni aku bawak anak2 dan mak skali.Bila lagi dia org nak kenal kan.Bagi aku kat Indonesia je aku bleh jadi Jutawan kalau aku pegi tempat lain memang tak mampu lagilah nak pegi ramai2.hehhehe..satu hari nanti mana tahu kan..di murahkan rezeki aku anak beranak..blhlah aku bawak anak2 pegi tempat lain plak.insya'allah.

Flight ni ke Jakarta dulu, coz dulu aku booking by internet lor..kebetulan plak time tu MAS ada buat promotion..so apa lagi sapu jelah.Flight MAS ke Bandung takde..so aku kena ambik ke Jakarta dululah.Tapi sekarang MAS dah ada flight terus ke Bandung la plak.hurmmm gud..gud.

Senantiasa bersama walau kemana saja aku berada.Aku tidak akan sesekali meninggalkan anak2 ku..susah senang aku akan tanggung sendiri dan aku tak nak anak2 aku menanggung kesusahan.Paling aku gembira time ni ialah bila tgk anak2 dah tak sabar nak ke Jakarta, happy sangat nampaknya dia org ni semua ye.Mummy sayang kamu semua.

Masing2 dah duduk kat tempat masing2 ye..jgn nakal2 tau ...jap lagi kita akan terbang ke awan biru menuju ke destinasinya.

Alahai Dik Ya keciknya..geram betul la mummy kat Dik Ya nih..kecik semacam je nih mummy tengok.Dah mula nak menulis la tu..pantang nampak kertas dan pensel dia org nih semua.hurmm

Apasal la muka HB aku jadi mcm nih.hehhehee..ngantok + sedih la plak.hurmmm apa2 pun keadaan u..i tetap sayangkan u..

Dik Ya dok layan lagu tamil sambil nak makan.hurmmmm....dia dengar je lagu tamil pastu dia cakap kat aku dan paksa aku suruh tekan no 6, katanya lagu sedap la mummy...bila aku dengar lagu tamil la ..huhuhu sabar jelah.

Kecik weh jari Dik Ya nih.apasal la mummy ni mmg geram sangat kat Dik Ya nih.mungkin sebab dia kecik kot.kenapa la tak besar2 cuma semakin tinggi ada la.



Hurmmmmm ni yg best kalau nak pegi oversea naik MAS..dahla dapat layanan yg baik..nak apa je juz bagitau je.hehhe..tempat duduk yg selesa..luas lagi.makanan hurmm boleh tahan sedap jgk.dan yg pasti memang banyak keistimewaanya .cuma nak naik MAS ni nak kena tunggu promotionlah baru bleh beli tiket kalau nak ke Oversea.

Tak tahu bila la plak aku dapat bercuti bersama keluarga mcm nih.rasa mcm tak sabar plak aku nak bawak anak2 dan mak kat tempat yg dah pernah aku pergi.Kalau tak sempat nak bawak semuanya, insya'allah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur aku akan bawak mak dan anak2 ke Negara lain plak.

Oklah aku nak tidur jap..badan masih lagi rasa penat dan mata pun rasa mengantok dan tak bleh nak bukak luas2 lagi nih.

1 Comments:

Welcome2Bandung.Com said...

Offering Bandung Hotels, Bandung Holidays, Bandung Vacation, Bandung Shopping, Bandung Packages, Bandung Tour, Bandung Transportation at www.welcome2bandung.com