May 26, 2010

KEKUATAN HIDUPKU & NYAWAKU..

Seharian aku bersama-sama dengan anak2 je..mcm nilah kehidupan aku yg senantiasa sama je setiap hari.hhehe..takde beza apa pun..tetap jugak sama..cuma anak2 dah semakin meningkat sekarang nih.dan bolehlah anak2 jadi kawan aku plak lepas nih.sekarang ni pun kalau aku keluar kemana-mana sahaja, anak2 lah yg selalu menemani aku.tak sah dan tak bestlah kalau anak2 takde bersama.

Terasa cam tak lengkap je kalau aku keluar sorang2.kecuali kalau ada hal2 yg penting yg memerlukan aku keluar sorang2 tu lain cerita.tapi dalam dok keluar pun hati aku tetap dok kat rumah ingatkan anak2..kalau aku makan atau minum ke..pasti aku akan berkata anak2 aku mesti suka nih...dan esokkan hari mesti aku akan bawak anak2 pegi kat tempat aku pegi makan atau minum.

Gambar kat atas ni adalah anak bongsu aku..dan hurmmm aku rasa cukuplah 3 org je anak aku.tak nak tambah ke?? hurmmmm belum terfikir lagi nak tambah anak dan mungkin kebetulannya takde rezeki lagi kot..takpe..sekurang2nya nyawa..hati dan pengarang jantong aku dah ada depan mata iaitu anak2 mummy yg terlalu mummy sayangi.

Hurmmmm Dik Ya nih memang suka sangat buat memek muka bila bergambar.bila dia ambik gambar ni dan dia tgk muka dia sendiri..memang tergelak sakanlah dia..tapi inilah dia wajah nakal anak bongsuku.Muahhhh..

Alahai manjanya Dik Ya posing nih.Dik Ya nih memang suka sangat ngambik gambar ..sama jugak cam aku.hehhe..so kami anak beranak nih memang kaki bergambar lah agaknya ye.Best dapat dok rumah santai bersama anak2 tersayang dan seronok sangat bila anak2 ada disisi..kalau anak2 takde disisi aku memang terasa sunyi sangat2.sekarang nih aku nak kemana-mana pun memang aku akan bawak anak2.walau aku nak keluar sekalipun, anak2 lah yg selalu menemani aku.

Ha kan kena cubit kat Kak Ngah tu..tapi mummy nampak tau Kak Ngah...dia ingat aku tak nampak la tu..main curik2 cubit gitu dan Dik Ya ni plak apa yg lucu sangat tu kena cubit pun tergelak bukan main lagi.hehhhee.

Sebelum nak sambung bermain dengan Kak Ngah yg dah tunjuk cam takde mood nak layan..Dik Ya buat baik..siap massage Kak Ngah lagi tu..nak bagi semangat kat kakaknya supaya dok layan dia bermain ...

Alahai anak dara yg paling kecik skali nih.memang betul la Dik Ya ni mcm aku zaman kecik2 dulu..suka bergambar ..pantang nampak kamera , asyik nak posing je kerjanya.Kesian kat Kak Ngah tu..tgklah dia..bleh dia naik atas Kak Ngah tuh.si kakak ni plak tahan jelah..hurmm

Kak Ngah dah malas nak layan Dik Ya nampaknya..dan dia buat2 tidur..tapi Dik Ya memang tetap tak puashati dengan Kak Ngah nih..nak jugak dia suruh Kak Ngah bangun dan main dgn dia.hurmmmmm Dik Ya yg nakal nih.

Eleh keciknya lengan dia...ada hati nak tumbuk org..huuhu....sorang angkat penumbuk dan sorang lagi dah jadi ultraman taro.huhuhuu.adeiii sabor jelah weh.

Hahahhahha kan dah kena kat Ultraman Taro nih..cam ganaz je Kak Ngah nih buat mcm nih.huhuhu...terkedu Dik Ya tu 5 minit.hehhe..siap gengam baju lagi tuh...Dik Ya walaupun dengan muka terkedu camtu..tapi masih lagi mampu nak tersenyum..coz dia tahu memang Kak Ngah kepompom punya tak akan tumbuk muka dia.hehhehe.Ganaz betul anak mummy nih..

Hari ni takde yg menangis nampaknya..biasanya kalau dah dok main sampai seronok tak hengat mcm ni..adalah di antara salah sorang yg akan menangis.hurmmm..hari ni mood dia org baik kot.

Hurmmm apa la yg dia org berdua ni dok buat.Alhamdulillah aku dikurniakan 3 org anak yg betul2 menghiburkan hati aku.peneman setia aku didalam susah dan senang.dengan kehadiran anak2 lah hidup aku berubah segalanya..aku bersyukur sangat2 kerana dikurniakan Noor Hidayah..Noor Hikmah dan Noor Zaheera dalam hidup aku..tanpa mereka dalam hidup aku...sudah pasti hidup aku akan hancur ...dan kerana anak2 aku jugaklah aku menjadi seorang yg begitu cekal ...sabar dan tabah dalam apa jua dugaan yg datang dalam hidup aku..

Tahu tak dia org ni pandang kat mana?? mesti tak tau kan..meh aku nak habaq mai..bila je dia org nampak aku nak snap je gambar dia org..secara spontan dia org dok tgk cermin kat depan dia org tu ha...adeiiii nak posing pun kena tgk2 cermin gak ke sayang2 mummy nih.Dik Ya memang muka nakal dan muka yg tak sampai hati nak marah..hurmm


Aksi terakhir utk malam ini daripada anak kesayangan mummy...Kakak takde..coz Kakak dah tidur.Awal la plak dia tidur..penat sangat kot..baru balik umah dari sekolah tadi.sampaikan tak sempat nak bermesra-mesraan gitu...balik sekolah..mandi dan terus tidur..ngantok betul nampaknya dia hari ni.


So yg menghuru-harakan dalam bilik aku kali ni ialah anak kesayangan yg 2 org ni jelah.Dik Ya dan Kak Ngah yg kadang2 tu ngam dan kadang2 tu memang tak bleh masuk dekat.tapi kalau salah sorang tidur...terasa sunyi plak rumah ni.takdelah nak dengar suara riuh rendah kat rumah ni.tapi aku rasa suara aku la yg paling kuat dalam umah nih.huhuhu.

2 Comments:

El-Zaffril said...

Mesti kecoh rumah u kan... dengan ur kids semua... hahahaha

DatinDiaries said...

El: bukan kecoh je..tapi cam nak pecah umah pun ada gak.huhuhu