May 7, 2010

CAMERON HIGHLAND - PART 2


Nampaknya semua dah bersedia...dan dok atur kereta masing2 ikut Q.hurmmm tak sabar rasanya nak berkonvoi nih.dan Program yg aku buat kali ini ialah Program Santai ke Cameron Highland.


Tadaaa aku ada dalam konvoi ini tau.hurmmm...ni buktinya.huhuhu..pagi2 hari memang muka pun fresh lagi...masuk je tengah hari mcm ikan lapan lah agaknya kami semua ye.huhuhu..walaupun agak lewat kami bertolak..tapi ianya satu pengalaman amat bermakna ..coz aku konvoi bersama dengan rakan2 dari MyPC Fanclub.


Baru je sampai kat Stesen Minyak Caltex Bt8, dimana tuan stesen minyak ni telah bagi sponsor sticker utk konvoi kami ke Cameron kali ni.sibuk nampak stesen minyak pagi ni dgn kehadiran kami.


Yang kat tengah2 ni ialah Tuan Empunya stesen minyak caltex bt 8, dia yg sponsor sticker utk konvoi kami pada hari tersebut.terima kasih ye..lain kali jgn serik bagi derma lagi ye.hehhhee..lepas ni derma benda lainlah plak.


Ni plak adik lelaki aku yg no 2.dia selalu gaklah suruh aku bawak kereta dia.huhuhuhu tak sanggup nak bawak weh keto dio..penuh dgn sticker jah..ambo toksea bawak.hehehhe..tapi cantik..takdoklah 'darak' weh sticker hak dia pasang tu.


Tampal sticker tu jgn tak tampal..huhuhuhu..semangat betul HB aku nih nampaknya ye.


Aku sekeluarga sedang menjamu selera Nasi Berlauk kat Bt 8, lepas Stesen Minyak Caltex Bt 8.memang sedap makanan kat sini..kedai ni kecik je..kalau nak menghala ke Machang kedainya arah kiri..kalau ke KB belah kanan lah.memang boleh singgah makan kat sini lain kali.coz makanannya memang boleh dimakan begitu saja...cam ayam KFC la.


Buas weh anak buah aku hak sorea nih.hehhehe..biasalah anak lelaki kenalah hero sikit.huhuhu.namanya Danish.makan cepat2 sikit..jap lagi kita dah nak gerak doh nih.


Hurmmmm bestnya..pagi2 hari nih makan ayam bakar nih weh..semuanya akan menjadi sedap kalau semuanya dah tersedia.betul tak.nak buat sendiri tu yg malas nya.kalau yg dah siap semuanya sedap.tapi ayam ni memang sedap betul lah.tak sangka plak kedai kecik mcm ni makanan lagi sedap tau.kadang2 tu makan kat Restoran besar2 'gobok' pun bukan semuanya sedap.kedai2 tepi jalan mcm ni lah lagi sedap..di samping tu jimatkan budget etek.heh heh heh..


Lepas ni aku akan terus beregrak ke lokasi seterusnya iaitu terus ke Cameron..dan kemungkinan akan singgah di Gua Musang utk berhenti bagi sembahnyang jumaat utk kaum bapa/lelaki.apa yg best ni Zietie..ayam ke atau yg dok kat depan tu.hehhehe...

0 Comments: