May 7, 2010

CAMERON HIGHLAND - PART 3


Nampaknya konvoi dah nak mula bergerak ke lokasi yg seterusnya.aku dan anak2 bila dapat konvoi mcm ni seronok betul..yelah asyik dok rumah je..tentu bosan jugakkan.dengan aktiviti mcm nilah dapat merapatkan hubungan dengan yg lain.lagipun kalau nak kemana-mana takdelah sunyi sangat...bukan aku tak biasa pi sorang2 pun..tapi kalau pi ramai2 lagi best.


Apala yg HB aku tu dok buat...tersengih je tu.huhuhuhu..kalau tak silap aku..time nih dok tgh tampal sticker kat kereta salah sorang ahli ni.buang sticker yg tak berkualiti tuh...pasang yg baru...baru nampak cantik kan.


Aku baru je sampai kat Masjid Gua Musang jap...HB dan rakan2 yg lain singgah utk solat jumaat.keadaan waktu ni memang panas yg amat...adeiiii..aku kena carik tempat yg sesuai ni..tak kanla nak dok dalam kereta ke...bagi kereta tu rilex sikit....coz ni nak kena tunggu lama gak..tak kan nak hidupkan enjin dan aircond lama2...dah la nak jalan jauh ni..


Aku dan anak2 serta beberapa rakan yg lain mencari port yg sesuai..dan terjumpalah kat celah2 semak ni ha..dapatlah kami berteduh sementara menunggu HB selesai sembahyang jumaat.bila dah berkumpul mcm ni..apa lagi mcm2 topik la yg keluar kan..yg pastinya salah satu topik tu nak ambik lesen motor besar..hehehhehe..ntah jadi ntah tidak aku nih.huhuhuhu


Dok celah semak pun jadilah..hehhehhe..dah itu je tempat yg boleh aku berteduh sementara menunggu HB dan rakan2 yg lain dok sembahyang Jumaat.segala makanan yg ada..kami makan je kat sini dulu.tepi best jugak dok celah semak camni.hhehee


Makanla biskut tu dulu ye...jap2 lagi kita singgah cari nasi plak..apa2 pun nak kena sampai ke Cameron dulu nih.


Dalam perjalanan kami nak ke Cameron tu..ada sekumpulan geng2 motor nak ke Bukit Merah..jauh tu..HB aku yg tanya dia org..tu pasal la aku tahu kemana perjalanan mereka.hehhee..group dia org memang ramai tu..meriah plak aku tengoknya..hati2 memandu ye.


Terpaksa berhenti buat seketika..coz ada kereta salah sorang rakan kami yg mengalami kerosakkan.terpaksa berhenti buat seketika...baik dan tgk apa2 yg patut dulu..bila semuanya dah selesai barulah boleh memulakan perjalanan kami ke Cameron.


Sibuk nampaknya HB aku nih.hehehhe....ni tgh dok buat apa aku pun tak tahulah.aku hanya jalankan tugas aku je iaitu ngambik gambar.huhuhuhu..


Maaflah ye..aku tak bleh nak bagi komen tang alat2 kelengkapan perang ini....tgk gambar jelah ye yg ni.hehhehe.


Tuan kete yg rosak tu..sempat lagi weh dok hisap rokok.huhuhu..takpe kita kan dalam 1 group..kena lah ada sikap bekerjasama..meh kita pakat tgk apa yg rosak..yg tak tahu apa2 tu tengok jelah ye.


uishhh belakang sape plak ni.hehhehhe..saje je nak snap gambar belakang HB jap..dan inilah kelab yg aku join bersama HB..dalam kelab ni memang meriah tau..bagi rakan2 yg bawak 'perdana' kat luar sana..mai lah join kami skali ye.


Ok semuanya dah siap..dan sikap bekerjasama ini memang amat penting dalam diri kita..bukan hanya berkelab je kena ada semua tu.bila semuanya dah bersatu ..segala kerja yg susah akan menjadi senang dan cepat.kereta salah sorang rakan kami dah pun siap..sekarang jom lah nak ke Cameron ni..coz timing memang dah banyak lari.biasalah kalau berkonvoi ni tak bleh nak agak sampai tepat pada masanya.

0 Comments: