March 10, 2009

TERIMA KASIH UTK SEMUA....

rindu kat u la sayang...


sekarang bila HB ada barula aku dapat sertai TT ( Teh Tarik ) dgn kawan2 yg lain......dulu soreng2 takpela...sekarang dah berdua dan bertiga tak bleh la nak keluar2 mcm dulu dah....huhuhuhu




HB aku nampak serius je...hehhheee......tgh membentangkan segala aktiviti yg akan di lakukan pada majlis hari jadi puteri2 aku dan juga bagi program MEGA TT PROPERD KELANTAN..


draf utk kertas kerja majlis harijadi dan jugak MEGA TT dr HB kesayangan aku ni.....hehhehe...kena buat perancangan secara terperinci dan sempurna hendaknya....











Memang semenjak 2 menjak ni bz giler aku....HB balik pun memang asyik dok settle hal ni je...yelah walaupun tarikhnya bulan depan......sekarang ni masa berlalu begitu cepat...so aku nak kena buat persiapan awal2...tapi alhamdulillah segala perancangan aku last minute ni...memang mendapat sambutan dr rakan2 aku dan HB aku semua...

pada 04.04.09 aku ingin adakan majlis harijadi puteri2 aku..aku turut meraikan atau menjemput anak2 yatim dan kanak2 istimewa juga..kali ni memang agak berlainan sikitla sambutannya dan lebih meriah drpada tahun2 sebelumnya...memang banyak perkara atau memang banyak yg aku tgh rancangkan utk majlis sambutan itu nanti...aku akan buat betul2 dan terima kasih kerana semua kawan2 aku memberi kerjasama..cuma aku dah boleh bayangkan betapa penatnya aku pada hari tersebut....ni mesti dah sampai tahap penat sampai pengsan ni....tapi aku tetap berpuashati...walau penat mcm mana sekalipun.....asalkan usaha aku berbaloi...

pada mulanya aku dok merancang hanya nak buat majlis harijadi je....dan aku ingin menjemput seluruh kawan2 PROPERD aku seluruh malaysia..dan bila aku berniat mcm ni nak jemput dia org dtg semata2 utk majlis harijadi dan memang mendapat sambutan...iaitu kawan2 sanggup turun ke kelantan....so aku terfikir apa salahnya kalau dgn majlis ni jugak aku cadangkan kat HB aku terus buat MEGA TT bagi PROPERD KELANTAN....kerana ramai yg turun..setiap negeri sanggup turun.....dgn itu bolehla terus buat MEGA TT kat rumah aku ni ha....hehhhee...rumah biasa je ..tapi muatla nak buat makan ala2 kadar tu...hehehehehe....buat seadanya...

HB aku menyokong setiap keputusan aku...setiap apa yg nak aku lakukan aku pasti akan mintak kebenarannya dulu dan tanya pendapatnya dulu..so cadangan aku ni dia memang setuju bulat2...bukan setuju bujur2 la..huhuhu....so pada malam tu jugak aku terus SMS kepada semua rakan2 PROPERD KELANTAN utk buat MEETING TERGEMPAR pada keesokkan malamnya...

dan alhamdulillah semua rakan2 kat KB ni plak..bersetuju dgn cadangan aku yg last minute ni...bukan apa..di samping kita adakan majlis ni dan kita terus buat MEGA TT....merapatkan setiap ahli2 dr seluruh malaysia hendaknya.....dan pada malam tu jugaklah aku dan HB tugaskan rakan2 yg lain dgn tugasan masing2...setakat ni perjalanan nya memang dah gempak sampai tahap gaban...coz setiap pergerakkan kami nanti polis akan eskort..kemana2 je..bukan polis je malah dr bikers2 dr GAPURA GROUP jugak...memang meriahlah kali birthday party ......2 dalam 1....ok lah tu kan..hehhehhe....

sekarang masih lagi dok buat perancangan yg seterusnya..manakala aku plak...asyik dok berfikir apa yg nak kena buat kat rumah ni...dan beli barang2 yg sepatutnya.....fuh...memang berpeluh jugaklah...tapi takpe..setahun sekali...huhuhuhuhu.....yg pasti anak2 aku happy dan aku bahagia bersama HB kesayangan aku ni...serta mempunyai ramai kawan2 yg perihatin dan bekerjasama ....

nanti next entry aku akan muatkan segala perancangan .....dan persediaan utk majlis harijadi nanti...

aku target tetamu yg dtg secara berkonvoi nanti sebanyak 100 buah kereta perdana.....dan juga termasuk kereta2 lain jugaklah....huhuhuhu

2 Comments:

Dato' S said...

Huk aloh... ramai nyoh saing2...

huhuhu... terima kasih atas sokongan saing2 blako... cayokkk!

DatinDiaries said...

Dato'S : cayok...cayok..