July 4, 2010

BERTOLAK KE PENANG..


Semalam baru saja sampai KL..kemas umah cam nak pecah kepala dibuatnya.Bab penat tak payah cakapla..memang nak pengsan aku dibuatnya.Dan hari ni aku bangun seawal pagi, HB plak pegi kerja dan aku kena pastikan sebelum HB aku balik semua hal kat umah ni aku bereskan.Hari ni HB aku kerja separuh hari je dan hari ni jugak aku dan HB dah janji dengan rakan2 yg lain nak naik Penang..huuhuhu berjalan lagi..

Tepat jam 8.30 malam aku dan HB dah sampai kat R & R Rawang, kami singgah makan jap.aku memang tak sabar betul nak makan kat sini coz hari tu aku ada makan kat sini nasi ayam gulai.Fuh memang mantop..tapi kali ni aku makan gulai ayam tu takde dan aku order yg lain la..tapi cam hampeh la plak.nak kata nyesal tak baik coz itu dah rezeki aku utk malam ni ..so redha jelah.sementara menunggu rakan2 yg lain sampai aku layan makan jelah dulu.

Kami dari R&R Rawang tu mula bergerak pada jam 11.45 malam..setelah semuanya sampai dan kami gerak sama2 la.kalau konvoi ramai2 ni takdelah rasa mengantok dan bosan sangat.Tapi HB aku bawak kereta memang tak hengat ke apa.geram je aku nak suruh dia dok sebelah..biar aku plak yg drive.

Tepat jam 3.30 pagi kami dah sampai Penang.dan salah sorang rakan kat Penang menunggu kami kat Tol Juru dan kami gerak sama2 ke lokasi seterusnya.Lokasi yg seterusnya ialah kami singgah makan kat Nasi Kandar Beratur.kenapa panggil Nasi Kandar Beratur?? jawapannya ialah..kalau nak makan nasi kandar ni kita memang kena beratur la.takdenya dok kat meja dah dia datang tanya atau Layan Diri ke apa ke..kita kena beratur jugak..tu pasai la hangpa panggil Nasi Kandar Beratuq.

Macam mana ye aku nak story pasal bab Nasi Kandar Beratur ni ye.hurmmm..mcm nilah aku terus terang jelah ye..tapi ni semua ialah aku punya komen la..takdenya nak cakap apa2 pun juz utk berkongsi je..lain prg lain pandangannya..betul tak.

Aku dan HB memang dah mula beratur la..dan tak sabar betui nak makan.coz kawan2 aku cakap Nasi Kandar kat sini memang sedap.nak story nya kat sini ialah..semasa org depan aku punya turn tu kan..aku tengok mamak tu ambik nasi main2 gaul dengan tangan je dan ambik lauk daging dengan tangan..kenapa la tak pakai sudu..kan daging tu berkuah..serta nasi tu kenapa nak kena ramas2 dengan tangan..kalau nak ramas2 dengan tangan pun pakailah plastik a.k.a supik.huhuhuhu..aku dan HB tang2 tu juga saling pandang memandang serentak..terkejut pun ada..memang meloyakan la..tapi aku tak kira..aku nak jugak makan..hahhahahhaa..harap2 tang aku punya turn takdelah mamak tu buat mcm tu...hehhe tapi nasib baik aku punya turn tu dipakainya sudu..walaupun pakai sudu tapi aku masih ternampak apa yg berlaku kat depan mata aku tadi..terasa cam kembang semangkuk je tekak aku nih..tapi kembang semangkuk pun licin gakla nasi dalam pinggang aku tu.hahhahhaa..

Tapi seriusla aku cakap..aku memang tak pernah arrr jumpa Nasi Kandar yg sesedap ini..mungkin pasal air tangannya kot buat aku teringat nak makan lagi.muahhahahhahhaha

Dah selesai makan..ni kawan2 HB aku..kira kawan2 aku gakla.hehehhe..kami bergambar dulu sebelum nak balik ke Home Stay kat Permatang Pauh.


Hehehheh ada lagi gambar nampaknya ni..tapi gambar aku je yg takde dalam ini cerita.wajah2 yg dah puas makan Nasi Kandar Beratur air tangan mamak.hahhahhaa..tapi best..kalau anda nak cuba ..di persilakan..tapi jangan tengok lah cara mamak tu nak letak nasi dan ambik lauk..ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK JGN PANDANG DEPAN...hehhehe

3 Comments:

El-Zaffril said...

Wah... akak ke penang pulak?

Cik Wanie said...

alamak,
pakai tgn??
wanie mmg x bole kalau tgk amik lauk n nasik pakai tgn,
akn mematikan "selera" wanie bila nak mkn,
huk huk huk...

tapi serius,
ramai yg ckp nasik kandar beratur tue mmg mabeles,
tapi selalu dok pi sana,
x pernah try plak,
hihihihi...

nak kena cuba nie,
harap2,
dia akn pakai sudulah bila amik lauk kan,
huk huk huk

DatinDiaries said...

Zaffril: hhehehe..jalan2 cari makan kali nih..

Wanie: hehehe..tu la pasai..tapi memang mabeles lah..kena cuba gak tu.huhuhu