April 28, 2010

THANXS KAKAK...




Apa perasaan anda bila anak anda boleh berikan sesuatu pada anda?? tak kiralah apa yg diberikan olehnya....simple mcm mana sekalipun..atau dari barang2 terbuang ke...dan diubahnya oleh sendiri sampai cantik dan dia berikan pada kita..apa perasaan anda waktu tu?? mesti anda berbangga dan rasa mcm seronok sangat2...semuanya itu berlaku pada diri aku sekarang.walaupun anak2 aku masih lagi kecil..tapi aku tahu yg anak2 aku tahu apa yg aku lalui sebelum ini dan sekarang.semasa aku bersama dgn anak2 tanpa seorang suami disisi aku satu waktu dulu..anak2lah peneman setia aku siang dan malam..dan anak2 jugaklah yg mengembirakan aku..di kala dia melihat aku bersedih..anak2 aku lah yg selalu berada di sisi aku...itu dulu..kini dah tambah sorang lagi..iaitu HB aku yg senantiasa bersama aku walau susah mcm mana keadaan aku sekalipun.


Dan hari ni aku bawak anak2 ke KB Mall tadi utk temankan aku window shopping jap...aku masuk area pakaian kanak2..ingatkan nak cari baju sejuk utk anak2..tapi takde plak yg aku berkenan.so aku meronda jelah dan tgk apa2 yg patut.dan cuba 'mark' dululah yg mana aku berkenan tu.kira sabar jelah dulu ye.dalam dok pusing2 tu...anak2 aku terpandang kat tgh2 Hall tu...dibuatnya kek sebesar-besar alam dan tertulis perkataan Happy Mother's Day..dan kakak terus bertanyakan pada aku..eh..eh..mummy..Hari Ibu ke sekarang ni....aku pun juz bagitau dia org...ish belum lagi la...9hb Mei nanti baru Hari Ibu.....dan anak aku terus diam membisu...dia buat derk jelah.


Balik kat rumah ..aku cam biasala..terus masuk bilik dan bukak lappy kesayangan aku ni.layan Diaries jap..pastu kakak masuk dalam bilik..dan dia terus kiss kat pipi aku sambil menghulurkan sekeping kertas lalu berkata " Happy Mother's Day Mummy....kakak sayang mUMMy"...terkejut betul aku..dan nak nangis pun ada gak la..tapi aku control macho jelah..dan aku baca apa yg kakak tulis..di koyaknya buku sekolah kat ruangan tgh2 tu dan tulis 'hAPPY mOTHER'S dAY " utk aku...huhuhuhu..Thanxs sayang...thanxs anak2 mummy..walau mcm mana keadaan kita sekalipun..mummy berjanji ...mummy tak akan sia-siakan anak2 mummy....dan mummy berjanji ..mummy tak nak sesekali anak2 mummy hidup susah seperti yg pernah mummy lalui....



Thanxs sayang di atas sekeping kertas yg begitu bermakna sekali..dan mummy akan simpan sampai bila2 kertas ini....Muah.........Love u ....





0 Comments: