April 7, 2010

AKTIVITI KU HARI NI..

Ambik Dik Ya kat sekolah dan bayar yuran jap..Dik Ya tak sedar pun yg aku dah sampai....syok sangat dok main dengan kawan2nya.

Batuta Travel ni pun ada org yg cadangkan.ni harga utk tahun lepas ni...utk tahun ni tak keluar pun lagi..dan insya'allah mulai esok mak aku dah mula boleh kursus kat Batuta ni.insya'allah semoga tahun ni tercapailah juga niat aku utk menghantar mak aku ke Tanah Suci Makkah.

Lepas tu aku pi settel pasal kek utk Harijadi Dik Ya plak.

Tahun ni aku buat kek yg ada gambar Barbie ...pasti Dik Ya teruja kat kek ni nanti.

Lepas settle pasal kek, aku pi ambik anak kembar sekolah plak..dan bawak anak2 pi makan dulu sebelum aku nak ke TESCO beli barang2 dapur.

Singgah Klinik dulu...mak aku dah sebulan lebih batuk2...dan mcm2 ubat dah makan..kali ni bawak Klinik lagi...dan aku bagitau kat DR suruh check semua termasuklah darah tinggi dan kencing manis..dan DR bagi ubat batuk serta antibiotik utk mak..semoga mak saya cepat sembuh ..

Singgah TESCO plak...hurmm kalau dah bawa anak2 ni biasalah..selalunya barang2 yg takde senarai dululah yg memenuhi dalam troli nih.dan segala buku2 ni anak2 aku yg nak..aku kalau bab2 buku ni memang aku susah nak tolak..kan kalau tak beli nampak sangat cam melarang anak2 dari membaca.

Tapi kan...dah2la ye anak2...cukuplah tu....7 buah buku dah mummy beli tu...kita sambung bulan depan plak beli buku ye anak2.

kerja susun atur segala barang memang aku yg buat sendiri.aku tak suka org lain yg buat..kalau aku yg buat baru nampak kemas dan teratur.

Dan kisah kisah anak2 aku yg bersabit dgn tisu.sedih pun ada...bangga pun ada dgn anak sulong aku Noor Hidayah ni.Kakak memang seorang yg berani..berani bersuara...berani memberi pendapat...berani berkata-kata ...selalu menemani adik2..walaupun mulut senantiasa membebel kat adik2nya tapi dia tetap juga melangakah dan menemaninya..dalam erti kata kakak ni aku tgk ada banyak ciri-ciri mcm papanya.dan kakak juga suka berdikari..contohnya tisu muka yg kecik2 ni dia selalu suruh aku beli dalam pelbagai bentuk..dan dia akan jualnya di sekolah pada kawan2nya..duit hasil jualan tisu ni diberikan kepada mak aku utk disimpan dalam bank.takde siapa yg suruh dia buat mcm tu..tapi diri dia sendiri yg lakukan semuanya.kadang2 tu aku terfikir kesiannya kat anak mummy nak duit kena jual tisu kat sekolah.tapi apakan daya , walau nak menitik air mata sekalipun dgn caranya itu tapi aku berbangga kerana dalam dirinya itu dia boleh berfikir bagaimana nak mencari duit walaupun hanya dengan menjual tisu.hurmmmm bagus betul anak mummy ni.kecik2 pun dah pandai berniaga rupanya.tapi aku hanya pesan kat dia kalau nak jual pun jgn jual mahal2...kesian kat kawan2 .














Wah bz betul nampaknya Diary ku hari ni.huhuhu..bz yg dibuat-buat atau yg sememangnya bz yg takde nak dibuat2nya.tapi inilah sebuah kehidupan yg aku lalui setiap hari bersama anak2 tersayang.pagi hantar anak2 sekolah..tengah hari plak ambik anak2 sekolah.kalau anak2 ada kelas tambahan kat sekolah maka lewatlah sikit aku pi ambik anak kembar aku..dan aku ambik Dik Ya dulu.minggu depan Birthday Dik Ya, 14hb April Dik Ya punya birthday..biasanya utk Dik Ya aku selalu buat jugak kat sekolahnya.memang dah jadi tradisi ke apa kat sekolahnya tu aku pun tak tanya la..cuma yg pasti setiap tahun dari anak kembar aku lagi ..kalau birthday anak2 yg sekolah tadika kat situ memang disambutnya kat sekolah bersama cikgu2 dan rakan2 yg lain.utk majlis nya plak aku akan cari tarikh yg sesuai.mungkin bulan 7 nanti nak buat Birthday Dik Ya bersama dengan kakak2nya.


Kek dah aku tempah tadi..tempat biasa jugakla..kalau tak kat Muhibah Cake kat mana lagi la aku nak tempah kat Kelantan ni.utk Birthday bulan 7 nanti aku ingat nak tempah cup cake je..itu kena tunggu...harap2la ramai rakan2 datang bagi memeriahkan majlis tu nanti ye.lepas je tempah kek aku singgah kat Batuta Travel kat Bangunan Jaffar Rawas tu..aku ke sana atas urusan utk menunaikan Haji tahun ni..bukan aku tapi untuk mak kesayangan aku..insya'allah kalau takde aral melintang tahun ni dapatlah mak aku menunaikan haji.jumpa dgn kawan aku jap..namanya Ani..pada mulanya dia rakan Friendster aku..pastu pembaca setia DATINDIARIES2..pastu rakan FB pulak.,.hehhehe..tak sangka betul aku mula kenal dalam internet dan kami memang baik sampailah sekarang..lagipun orgnya memang baik dan berbudi bahasa.dia berikan anak2 aku dadih yg dibuatnya sendiri...dan dia jual jugak dadih tu..kalau ada yg nak..bolehlah order dgn dia terus.sedap tau dadih yg dia buat...


Lepas je ambik anak kembar sekolah..aku bawak dia org pi makan Nasi Sumatera kat Jalan Gajah Mati.selesai makan..aku mulakan tugas bulanan aku seperti biasala..aku pergi ke TESCO utk beli segala barang2 dapur ..sebulan skali je aku ke TESCO beli apa2 yg patut..tapi yg pastinya barang2 yg takde dalam senarai dulu yg akan bermanja-manja dalam troli nih..hurmmm..biasala kalau bawak anak2 kan, memang ada2 je barang2 dia org.

2 Comments:

ani_hasrul said...

heheheheh...promote nampak.....

DatinDiaries said...

Ani: hehhehhehe..bila nak beli lagi nih...malam ni deh