December 14, 2010

TOWER REGENCY HOTEL - LWOT PART 3


Alhamdulillah aku dan family selamat sampai sudah di Ipoh Perak nih.Rakan2 Streamer yg lain juga selamat..Syukur semuanya selamat dan masing2 semuanya agak kepenatan yg amat sangat termasuk juga dengan aku.Jadual memang padat tapi tersusun kemas.so adalah masa utk rehat dan sebagainya.

Cuma satu je yg aku nak komplen..iaitu tentang Hotel...masa nak check in..huhuhu..memang kami datang dalam satu group yg agak ramai.cuba bayangkan 45 buah Stream dan semuanya tinggal ditempat yg sama.aku rasa aku tunggu kat Lobby Hotel ni sampai 3 jam utk dapatkan bilik.sepatutnya pihak Hotel dari awal2 lagi harus standby dan aturkan kesemuanya agar berjalan lancar dalam pengurusan bab bilik.tapi 3 jam aku menunggu sehingga aku bleh tertidur ..lagipun kat ruang menunggu nih kerusi ala2 cam katil la plak..dan aku bleh tertidur.mungkin kerana kepenatan sangat kot..bangun tidur je..tak settle2 lagi..dan aku lah org yg terakhir yg mendapat bilik.hurmmmm sabor jelah yo.

muka anak beranak yg baru je bangun tidur.bangun2 je semua org dah takde..dahla perut ni lapar yg amat.cuba bayangkan aku dok 3 jam lebih kat Lobby nih dok menunggu bilik siap.hurmmmm ..

sementara tu layan jelah anak2 aku 'membuas' kat Lobby Hotel nih.yelah dia org sudah pasti boring tahap gaban kan..dahla budak2..aku ni org tua pun tak larat nak menunggu inikan plak kanak2..hurmmmm...lain kali kalau dah tahu ramai yg nak sampai...prepare la awal2 dan buatlah mengikut perancangan..dahla nak dapat bilik punyalah lama giler menunggu..welcome drink pun takde..kalau ada minum2...sejuklah sikit dada aku yg dok menunggu 3 jam lebih nih..ye dok..

HB check in dulu..tapi kunci tak dapat2 lagi.hehehhe sabar jelah...kesian plak kat tukang penganjur..berkali-kali mohon maaf kat aku..dia org tak bersalah coz dia org juga mai bersama kami..yang aku nak salahkan kat sini ialah pihak Hotel ni je..dah tahu guest nak datang..dah booking awal2..siaplah apa2 yg patut dari awal2...takdelah org dok menunggu berjam-jam lamanya..

Hah tengoklah aku anak beranak dok berkampung kat Lobby Hotel ni selama 3 jam lebih wooo....amat menyeksakan skali..yelah badan penat mestilah nak rehat..coz malam nanti nak kena pi dinner plak.ikutkan hati memang malas tapi kita bila dah masuk umah org kenlah ikut adat dirumah org..tak bleh mai ikut kepala sendiri betul tak...

Tapi yg aku bengang skali ni ialah pihak pengurusan Hotel ni lah..lama giler dok kemas bilik.apa ntah yg dikemaskannya aku pun tak tahulah.kalau 1 jam tu aku rasa ok lah..ni sampai 3 jam lebih...cuba bayangkan...

Kakak dah nampak semakin besar la...hurmm tak sangka kini aku dah punyai anak dara...hurmmmm.....anak dara kesayangan aku ni tahun depan dah darjah 3.cepat betul masa berlalu..

uishhhhhhh adeiii..silap atur gambar la plak aku nih...sepatutnya ini gambar ada kat atas la..hehhehe tapi takpe...aku huraikan dan ceritakan jugak ye..walau salah susun atur..aku pening kepala jap coz photobucket ni asyik tukar2 dan tukar je kerjanya..sehinggakan segala gambar pun tak teratur.hurmm sabar jelah.

Time ni kami baru je sampai kat Hotel...kampi parking kat tingkat 5 semua skali..memang harulah dibuatnya.hehe tapi seronok kemain coz parking banyak..senanglah kami semua nak park ke satu tempat yg sama.

bermulanya dari gambar sampai diHotel sehinggalah gambar bawah skali ni, aku silap susun la plak.hahhahaha..nak delete tak bleh plak..nanti banyak hal plak..lagipun gambar kalau kita upload yg lain mesti dok kat atas skali..dan aku tak retilah nak letak gambar dok kat tempat gambar yg aku dah delete tu.hehehhe biasalah masih dok berjinak-jinak nak belajar IT la katakan.hahhahaa.

Kereta kesayanganku...dan akan tetap bersama aku selama-lamanya..coz 3636 terlalu banyak kenangan yg manis..dan tak sanggup utk aku melupakan semuanya.akan aku jaga dan ianya akan senantiasa bersamaku.

0 Comments: