December 10, 2010

LOST WORLD OF TAMBUN - PART 1


Penat sampai semalam pun belum reda lagi.Kali ni dan buat pertama kalinya aku konvoi atau bercuti dengan family tak bawak mak disisi..Mak aku masih lagi berada di Tanah Suci..insya'allah 1 minggu lagi mak aku akan balik lah.tak sabar rasanya nak tunggu dia balik ni...

Aku baru je join Kelab Stream..secara kebetulan dan tak dirancang pun..waktu tu aku bukak Sinar Harian dan aku terpandang kat satu berita yg mengisahkan tentang rakan2 Stream di Kelantan.bila aku baca je , terus rasa cam berminat nak sertai Kelab ini.aku terus call no yg terpampang kat akhbar tu..dan tanpa membuang masa aku terus je bagitau apa yg sepatutnya .Bila dah jumpa dengan Lead Kelantan tu semuanya dah settle lah..dan secara kebetulan plak beberapa hari aku sertai Kelab ni..dia org ada buat Family Gathering kat Lost World Of Tambun.so apa lagi aku terus jelah ajak HB dan anak2 ke sana.

Hari ni memang aku betul2 tak sabar nak jumpa dengan rakan2 baru ni..mesti best dan seronok kan bila dapat rakan2 baru ni..lagi ramai kawan lagi bagus..

Pagi tu aku dan family terus bergerak ke IBM Automobil kat Jalan Pahang, kerana mengikut maklumat yg aku terima IBM adalah salah satu Syarikat besar yg telah memberi sponsor kepada Kelab Stream.Kami akan berkumpul disana dan ada beberapa taklimat yg akan diberikan nanti.

Oh ya Program ini telah mendapat liputan daripada RTM..dan kemungkinan ianya akan keluar pada berita tgh hari nanti dan berita jam 8.00 malam nanti.Sekarang ni acara tampal sticker la plak.setiap kereta mendapat 2 keping sticker utk ditampalkan didepan dan belakang cermin kenderaan.

Tampal elok2 ya sticker tu...serius nampak..dan aku plak cam biasala..ditugaskan sebagai jurugambar yg tak bertauliah hendaknya.huhuu.nak tak nak aku jugaklah yg kena ambik gambar..yelah saper lagi nak ambik kalau bukan aku.hehe.

Aeronok betul nampaknya kakak ni..yelah ini adalah kali pertama aku dan Family join aktiviti bersama dengan Stream Club..rasa cam janggal pun ada gak..yelah dikelilingi oleh org2 yg baru..semuanya aku belum kenal lagi..tapi takpe..nanti bila dah lama2 takdelah rasa segan kot.Seronok bila dapat ramai kawan ni..manalah tahu kot2 nak buat business ke apa ke...senang blehla dia org akan jadi customer tetap aku ke .

Kat sini kami berkumpul lebih kurang 30 buah kenderaan ..dan akan disambut oleh rakan2 yg lain masa sampai kat Ipoh..dan kemungkinan jugak rakan2 dari Stream Kelantan juga akan berjumpa a.k.a berkumpul di Tol kat Ipoh tu...ntahlah aku pun tak tahu sangat ...ikut dia org jelah..yelah kami kan org baru..so juz follow je.

Anak2 memang tak akan aku tinggalkan setiap kali ada konvoi..dan mereka pasti akan aku bawak bersama..yelah pasti mereka juga akan gembira kan ...lebih seronok kalau kemana-mana kita bawak anak.

HB bersama dengan salah seorang rakan Streamer...kalau tak silap aku namanya Saudara Jad..dia pramugara MAS ..kalau tak silap la.orgnya memang baik dan peramah gitu..

Kami akan breakfast kat sini...memang bestlah program kali ni.insya'allah next time nak ikut lagilah..walaupun ini kali pertama aku baru sertainya..tapi rasa mcm best la plak.lagipun org2 kat sekeliling ni semuanya takde masa nak ngambik tahu hal org dan takde yg berperangai bodoh.huhuhuu..memang bestlah..

Makan pagi pun dah bermula..fuh makanannya pun memang sedap dan sisponsor oleh pihak IBM Automobil .hurmmm memang 1st class lah ...Anyway thanxs 2 Dato Jamal iaitu CEO kat IBM nih..yg menaja makan pagi kami semua..

Sebelum nak meninggalkan tempat ni..baru la aku perasan kena tinggalkan nama atau no tel..sebagai tetamu la katakan..manalah tahu kot2 dia org nak hantar apa2 yg berkaitan dengan kereta Ferarri ke apa ke lepas ni.hahhahahhahhahhaa...nak beli Ferarri kepompom tak mampu..tapi kalau setakat nak beli Ferarri yg kat Shell tu bleh la.hahhahhahaa..

0 Comments: