Majlis makan malam bersama rakan2 MyStreamClub.ni kira cam malam kemuncaklah nih.Esok kami akan balik ke rumah masing2lah.selesailah susah Family Gathering bagi tahun 2010.aku baru je sertai club stream.hurmm bleh tahan best gakla..lagipun dia org semuanya ramah dan bercakap pun takdelah banyak bercakap hal yg bukan2.
Dan ini juga adalah program yg pertama bagi aku..borang belum isi lagi nih.tapi aku dah join dia org la..nampak gayanya sebelum esok pagi , aku kena isi borang dulu nih.Malam ni memang betul2 bestlah..tapi pakaian je tak ikut tema.maklumlah last minute punya rancang dan aku plak baru je join ini kelab.so semuanya masih baru dan fresh lagilah.dan bab2 nak ikut tema utk Gala Dinner kali ni tak dapatlah den nak ikutnya...insya'allah tahun depan kalau ada Family Gathering punya dinner , akan aku ikut tema ya.hehhehee.
Sempat gakla aku bergambar kenangan bersama anak2 tersayang ..anak2 pun nampak cam dah mengantok tapi aku masih lagi segar bugar.Jom kita makan dulu......Bersama Dik Ya..hehhehe cute dan manis je Dik Ya malam ni.penat weh..semuanya aku kena uruskan sendiri sekarang ni..tu pasal la rambut Dik Ya pun simple je aku ikat tu ha.hehhehe.
Suami tersayang senantiasa berada di sisi..tak kira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.hurmmm harapnya lah..jgn berada disisi ni separuh jalan dah la ya.hehhehhee.aku juga memang mengharapkan sokongan darinya.
Alahai gambar aku tak clear la plak..tapi gambar suami aku ni lain mcm punya clear.huh tak adil betul lah mcm ni.tapi takpe..janji ada gak la gambar aku yg dok tersengih kat sebelahnya.
Kakak malam ni memang makan banyak betul la.asyik dok menambah je makannya..jap nak makan itu dan jap nak makan ini.dan aku plak tak kisah utk malam ni.aku bagi je apa yg anak2 aku teringin nak makan.takde nak kontrol2 pun...janji lepas ni masuk bilik terus pengsan aku anak beranak dah cukup.
Dik Ya yg wajah nampak cam tak sihat kan.yelah dari pagi sampai ke petang asyik dok dibawah matahari je kerjanya.dan wajahnya juga nampak cam penat sangat2..mau tak penat..seharian dok main air kat Bukit Tambun tadi pastu kena air hujan plak.
makan jangan tak makan ye anak2....lepas ni kita tambah dan terus tambah sampai kenyang.pastu bila dah kenyang..tidur pun lena kan.
Dik Ya nampak cam baik sangat malam ni..biasanya takde nak duduk je kat kerusi tu.hehhehe tapi ini malam dia 'jurus' weh.mana tak 'jurus'nya..dia dikelilingi oleh org2 yg dia tidak kenali.hehehhe..kalau sebelum ni asyik dok berkonvoi dengan rakan2 perdana je..tapi kali ni kena join konvoi dgn rakan2 stream plak.













Sekian sahaja utk entry Lost World Of Tambun nih....setelah berepisod lamanya..akhirnya dah tamat sudah.maaf diatas kelewatan yg..coz aku sekarang banyak benda yg harus aku selesaikan.so bila ada masa yg betul2 free barulah aku bleh update.tak kisahla walau ceritanya dah basi kan..janji aku tetap terus setia mencoretkan apa2 kisah kehidupanku buat Diaries kesayangan aku ni utk dikongsi bersama dengan org2 yg terpilih sahaja...
Adios...
0 Comments:
Post a Comment