November 23, 2010

HELLO KITTY...


Sampai je kat umah, anak2 terus mandi dan pakai baju tidurlah.malam ni tak mengaji..sekolah mengaji pun cuti gak 1 minggu.dan bulan 12 nanti aku dah isi Form cuti sebulan.yelah bayar pun rugi gak coz anak2 aku memang sebulan bercuti..yelah masa ni lah aku nak bawak anak2 pi jalan2..tak kisahla mana2 pun..walau Tasik Titiwangsa sekalipun..janji bawak anak2 pi jalan.itu yg penting bagi mereka sebenarnya.Lagipun nak bawak anak2 pi oversea ni ..yelah nak kena pandang-pandang..jeling2 kat beg duit jugak.Kalau beg tebal takpe..ni asyik nipis je mcm mana..huhuhuhu..

Dik Ya nak sangat tahu apa isi dalam nih..Hadiah ni nak berikan pada cikgunya esok nanti.Esok last day Dik Ya belajar dan jumpa semua cikgu2nya kat SR Kids nih.So nak jugakla beli sesuatu utk guru kelasnya sebagai kenangan dari Dik Ya walaupun mummy yg bayarkan..ish taklah..mummy bayar pun dengan duit Dik Ya jugak..so mummy hanya pemegang amanah jelah..huhuhuhu..Kakak dan kak Ngah plak bukan main seronok lagi sekarang ni..yelah mana taknya..asyik bangun lewat je.tak payah nak bangun jam 6.00 pagi lagi dah.

Tadi sebelum nak balik umah aku singgah jap kat TESCO..pi beli barang dapur dan makanan sikit..sempat gakla aku menyinggah kat kedai pin2 rambut nih ha..adeii aku plak yg terlebih xcited ni mcm mana ...yelah suka tengok segala kartn2 yg dilekatkan kat pin rambut tu ha..Hari ni aku beli semuanya Hello Kitty..selalunya asyik Barbie je..bosan plak aku tengok..takde gambar lain gamaknya..hari ni kita tukar selera ke Hello Kitty plak ye anak2.cute dan cantik kan.

cantik kan..dahla kaler pink..cute plak tu..adeii kan tak pasal2 mak nya plak yg pakai..nanti kalau aku pakai akan dikatakan buang tabiat la plak.hehhhee

cantik sangat2..kalau kat China nih aku rasa mesti lagi murah dan mesti lagi banyak pilihan kan.bila lah agaknya aku nak ke China nih.nanti tunggu Kayalah..nak kena pi kat 7E pi beli Kaya dulu..pahtu baru dapat pegi.hehhehe..

Apa2 pun aku sekarang memang suka beli barang2 mcm ni utk anak2..yelah aku suka tengok anak2 ni nampak cantik..mak mana yg tak suka tengok anak2nya cantik..betul tak.

ni untuk anak pompuan kembarku.Tapi dia org dah malu nak pakai la plak..nampak gayanya semuanya akan diberikan pada Dik Ya lah.amboi dah pandai2 malu plak sekarang ni dan dia org jugak kalau nak apa2 memang nak pilih sendiri.Dalam dia org dok memilih pun aku tetap jugak akan pantau la..kan diambiknya yg tak sesuai dgn umurnya dan tak cantik aku akan letak balik la.


Ni sudah pasti utk Dik Ya..dia suka la kalau ala2 mutiara gitu..Dik Ya ni memang anak bongsu ku yg paling suka bergaya.Tak tahulah dari mana datangnya minat itu.heh heh heh ada kah dari aku masa muda2 dulu.Yang pasti dia memang nak kan senantiasa nampak cantik..kalau dia melawa sikit.mulalah kakak2nya tak puashati dan kata aku lebihkan Dik Ya dalam segala hal pulak..adeiii pening kepala mummy weh..mummy buat semuanya sama rata..kalau mummy takde duit..anak sorang nak yg benda A atau B pasti mummy tak akan beli..mummy akan pastikan yg mummy dapat sediakan utk ketiga-tiga anak mummy..barulah mumy bleh beli.

Dan alhamdulillah anak2 ku juga memang terlalu memahami kalau aku katakan aku takde duit..dia mesti tak akan minta..kalau dia org tak tahan sangat pun..dia org hanya akan cakap..ni Kakak @ Kak Ngah @ Dik Ya nak bagitau mummy je dulu ni yg anak2 mummy nak..nanti bila mummy dah ada duit mummy mai beli lah ye.hehheeh ayat yg biasa aku degar dari mulut ketiga-tiga anak pompuan kesayangan aku.

2 Comments:

comey said...

alo comeynya hello kity..klu ank2 na tgk ni mesti diore geram nok gok..hee3x

DatinDiaries said...

Comey: huhuhu tu la comel dan kiut jah deh