November 16, 2010

DICTIONARY - EGURU....


Hari ni adalah hari terakhir utk anak kembar aku bersekolah..esok dah mula cuti panjang nampaknya dia org.suka sangatla tu...dan Homework memang banyak kena siapkan utk musim cuti sekolah..Tapi anak2 aku ni plak kalau diberi homework..kalu bleh dia org terus siapkan.huhuhu kat sekolah lagi dah buat separuh dan seprauh lagi katanya nak buat kat umah..so tak payahla banyak sangat nak buat kat umah nanti.

Tahun depan dah masuk Darjah 3.hurmm cepat sungguh masa berlalu dan tahun depan jugak dah bertambahlah umur ku.uhuhuuu dan akan masuk 35 tahun..waaaaa adeiii takut weh nak sampai ke 40 tahun ni..35 tahun ni pun rasa dah tua bebenor ni..mcm mana lah agaknya rupa aku time tu waaaaaaaaa...

Hari ni aku ke sekolah Kembar dan memang niat dihati aku utk jumpa Guru Kelasnya lah..Tapi tadi bila dah jumpa..seperti yg aku cerita kat Entry kat bawah tu lah...malas arrr nak bagitau benda yg sama gak.hehheehhe..Alih2 masa aku tunggu anak2 balik dari sekolah..aku tengok Kakak bawak 1 kotak kecik..masuk je dalam kereta dia cakap cikgu kelasnya dah bagi Dictionary EGuru tu dah sampai...Aikkkk pelik..aku baru je lepas cakap dgn Guru Korikulum dia kot..katanya belum terima apa2 lagi..Tapi tak sampai beberapa minit anak aku bawak balik.hurmmm kongpius weh....watever lah ...aku malas nak kisah la..janji apa yg aku order utk anak 2 bulan yg lepas dah sampai..hurmmmm..sama ada betul atau tidak aku tak pasti dan aku malas nak tanya ..yg penting 'Dah Dapat' betul tak....tapi terfikir gakla aku sejenak..

Kat atas tu diantara yg terdapat dalam Dictionary EGuru lah..

Pada mulanya aku ingatkan benda ni besar gakla..coz tgk pada gambarnya dan kebetulan plak tak diberi size....hehhehe..bila dapat terkejut plak aku yg sizenya mcm HP.hehhehhee...cute je..Harganya lebih kurang dalam RM200++ kot...tak pasti..aku lupa plak coz dah lama sangat order sampaikan aku pun dah hampir2 terlupa...


Cantik dan cute ..senang utk anak2 bawak kemana2..dan bila2 masa je dia org bleh belajar...sambil2 buat homework..sambil2 tgk kamus..katanya nak cari Kata Bilangan dan mcm2 lagi lah...aku hanya tengok je..yelah kan dibuatnya cam PSP la plak...asyik nak baik games je kerjanya..habislah...Tapi sekarang kan musim cuti sekolah...so aku berikan sedikit kebebasan kepada dia..

Alhamdulillah exam akhir tahun ada peningkatan...hanya 1 mata pelajaran je yg lemah iaitu Matematik Cina....risau gakla aku dibuatnya..semuanya tulisan cina ..aku nak tolong ajar pun mana lah aku reti...tengok tu bleh la..kesian plak kat anak2 aku....hurmmm

Tapi tahun depan aku masih hantar anak2 sekolah cina dan aku akan hantar mereka ke Kelas Tambahan nanti..nak kena cari ni kat mana kelas tambahan bahasa cina utk anak2 aku..dan aku akan pilih mata pelajaran mana yg sesuai utk mereka baiki...dan tahun depan jugak memang aku kena all out pantau anak2 aku belajar..yelah dah Darjah 3 risau gak aku....Tapi kalau aku tengok masih takde peningkatan setelah semuanya aku usahakan..mungkin aku akan hantar anak kembar ku ke Malay School..yelah aku betul2 risau ..aku takut dia org tak bleh nak kejar..nanti dia org jugak yg tercicir..sedangkan mata pelajaran yg lain mereka cemerlang...jatuh kepada matematik dan sains cina terus kebawah...tapi yg lemah skali matematik cina la...tu yg membuatkan aku betul2 risau...apa2 pun aku kena fikirkan apa yg terbaik utk anak2 aku..dan akan aku minta pendapat dari papa nya jugak mcm mana...

Aku inginkan anak2 aku berjaya dalam pelajaran dan aku sesekali tak nak mereka tercicir...sekarang ni pun aku dah mula risau..anak baru nak masuk Darjah 3...yelah aku sememangnya kena risau dan harus risau...tak semestinya Darjah 6 baru nak risau..aku harus dan aku juga kena fikir apa langkah yg harus aku buat utk anak2 ku...

Semoga semuanya baik2 blaka........aku doakan semoga anak2 aku berjaya....Insya'allah....amin...



0 Comments: