October 6, 2010

TUGASKU DAH BERMULA..


Maka dengan ini tugasku dah pun bermula...satu persatu aku akan selesaikan.dan dibuat list pun apa yg sepatutnya aku buat.mula2 tu siapkan segala kelengkapan dari segi pakaian, cream, sejadah, dan sebagainyalah semua dah settle, pastu aku pi tempah canopy hari ni pun dah settle tunggu nak mai pasang je nanti,jubah dan baju dalam yg perlu diubah suai pun semuanya dah selesai jugak dan hari ni lepas balik dari Maiden Mall beli Kain pelikat tadi..kini nak kena balut cantik2 la plak..mcm2 brand yg ada.Gajah Duduk la Walisongo la...Walisingo ni cam dalam citer Indon plak yg bomoh2 tu..seram je dengar nama nih.hehhehhee.

Aku beli tadi cukuplah hanya 20 helai je..Kain pelikat ini akan diberikan kepada pemuda2..pakcik2 yg akan bersembahyang hajat dirumah aku pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat nanti.Bersyukur ke hadrat ilahi kerana impian aku hendak menghantar ibu ku ke Tanah Suci akhirnya termakbul jua.dalam susah2 seperti aku pun..alhamdulillah Allah telah mengangkat ibuku utk jejakkan kaki ke Tanah Suci itu utk menunaikan Haji pada tahun ini, alhamdulillah syukur...

Kesemua kain pelikat dah pun siap aku balut..aku sorang2 je yg buat ni....cantik kan warna2 kertas ni...tapi Dik Ya ada komplen tadi.katanya..kenapa mummy tak balut cam org balut hadiah...biar nampak cantik..uhuhuhu..mungkin maksudnya nak suruh aku balut cam ala2 lipat dan buat bunga2 kot..mana lah mummy reti nak buat mcm tu Dik Ya weh..ni pun dah kira nasib baik, bleh jugak mummy balut kain2 nih.hehhee

Paper Bag pun dah siap aku hiaskan..kalau yg asalnya kosong je..tapi aku hanya letak Riben je..kan baru nampak menarik sikit.huhuhuu..aku kan kreatif org nya.Paper Bag ni hanya ada 20 je..coz semuanya ni akan diberikan kepada org yg sembahyang hajat nanti lah.

Ha..inilah dia penolong setia mummy kalau mummy buat kerja..dialah peneman dan penolong setia....

bila semuanya dah selesai bab2 balut kain tu..aku suruh anak2 aku ambik semua skali bekas2 pin rambut ni..aku nak baiki..yg mana dah tercabut meh mummy gam kan balik dgn pistol lilin nih...nak buang sayang la plak..yelah masih elok lagi..cuma tercabut bunga je..tapi kalau yg dah aku tak jumpa bunga2 tu..aku buang je..


Tugasku utk hari ni nampaknya semuanya dah selesai..so dapatlah aku rehatkan badan ni kejap..malam karang nak kena buat riben lagi..tak habis2 dgn riben ke apa aku nih.huhuhuhuuhu..

0 Comments: