Tepat jam 1.30 tgh hari tetamu dah mula datang, aku jemput pun takdelah ramai sangat pun..hanya org2 kampung yg kawasan2 umah je..pastu sanak saudara dan adik beradik je.ikut kemampuan jelah..nak panggil berpuluh-puluh ribu nih kena modah pun puluh2 gak..so cukup dan syukurlah dgn apa yg ada..syukur dgn rezeki yg Allah berikan dan rezeki yg ada haruslah dikongsi bersama jugak.
Tetamu pertama yg datang kerumah aku hari ni, aku tak cam tapi dia org kawan baik arwah ayah aku ..dan dia org pun org belah Thai jugak..kira sekampung lah dgnku.tapi wajah dia memang mcm pernah ku lihat sebelum ni..rerupanya dia ni berniaga Nasi Kromok dan Ayam Berempah kalau tak silap aku kat Wakaf Che Yeh..memang tersohorlah sedapnya tu...aku baru ingat.Nasib baik lauk pauk lain dah ada..cuma dia org tak sempat nak merasa acar dan Gulai Kawah je.Rakan2 radio amatur suamiku..terima kasih kerana sudi datang ye..walaupun bz dgn tugasan kat Kem Kijang tu, tapi sempat jugak luangkan masa utk bertandang ke rumah hamba.hehhehe..terima kasih banyak2 dan makan tu tambah2lah..rezeki jgn ditolak.
Tgh sembahyang hajat dan Doa selamat..juga urk Arwah ayah tersayang.semoga Majlis ini diberkati oleh yg maha esa hendaknya..Amin.
Sepupu sepapat ku dari Thailand baru je sampai.sampai pun hanya sekejap je..terima kasih kerana sudi datang ye.
Para jemaah surau yg datang kerumah utk sembahyang hajat serta bacaan doa selamat.terima kasih buat semua..jasa anda semua hanya Allah je yg mampu membalasnya.aku tak reti nak berkata-kata..kan kalau terlebih cakap org menuduh aku ni nak tunjuk alim plak.tapi biasalah manusia..aku rasa semua manusia pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya, seperti juga aku yg tak lepas melakukan kesilapan dalam hidupku..tapi sekali silap..tak bereti kita mahu mengulangi kesilapan kita...Allah suka umatnya yg bertaubat dan menginsafi apa yg berlaku.Semoga Allah berikan aku petunjuk dan berikanlah aku kekuatan utk aku terus bersabar...
seronok bila tengok tetamu2 yg datang ni makan...aku paling suka buat makan kat umah..kalau ada rezeki nanti...ingin skali aku menjemput org2 datang ke rumah...



apa2 pun terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yg sudi datang kerumah.lain kali kalau ada makan2 lagi..jemputlah datang kerumah ye..setiap tetamu yg datang adalah rezeki dari Allah utk hambanya..
0 Comments:
Post a Comment