August 12, 2010

KREATIF BETUL ANAK2 KU...


Hari ni takde kemana pun..hanya dok kat rumah je.melayan anak2 dan layan TV je..aku dan anak2 suka sangat layan citer Duyung Aridinata kat TV3 nih..kalau ada CD memang anak2 aku nak sangat aku beli.hurmmmm citernya memang best walaupun ia hanya citer dongeng semata-mata tapi ianya cukup menghiburkan bagi aku.

Kerana pengaruh cerita Duyung Aridinata kat TV3 tu, hari ni Kakak telah lukis mermaid dan tunjukkan pada aku.pada mulanya aku rasa cam tak percaya betul ke Kakak yg lukis nih.banyak kali aku tanya soalan yg sama dan dia memang tak sudah2 bagitau aku yg mermaid diatas tu dia yg lukis..dalam hati aku berkata, wah pandai dan kreatif jugak anak aku melukis ni rupanya.hurmmm..kalau aku memang kepompomlah tak reti dan bab2 melukis nih memang tangan aku ni tak berseni.Lukisan Kakak ni boleh tahan jugak..dia tiru kat majalah Disney..

Tiara & The Frog pun lukisan hasil daripada Kakak.hurmmmmmm memang cantik dan gambar ini akan mummy simpan sebagai kenangan sampailah Kakak dewasa nanti.hurmmmm betul2 kreatif rupanya dia org dalam bab melukis ni ye.

Dan ini lah hasil lukisan daripada Kak Ngah.hurmmmm cantik dan cute.hhehhehhee...nampaknya kedua-dua anak kembar mummy nih memang berbakat orgnya.tak sangka betul mummy nih...kalau mummy nak buat semua ni memang tak menjadilah ..kalau setakat nak melukis org lidi tu bolehlah..kalau nak melukis mcm anak2 aku buat ni memang kongpom lah aku tak reti.


Hari yg betul2 indah di mana aku senantiasa berada di sisi anak2.dan tempat aku sudah pasti dalam bilik je..aku jarang sangat dok kat luar..aku banyak habiskan masa kat dalam bilik je.

0 Comments: