June 18, 2010

CUTI2 MALAYSIA @ MELAKA - PART 1

Bermulalah sudah episod kedua Cuti2 Malaysia aku bersama keluarga.semalam balik dari Penang..lepas je ambik mak aku kat Bukit Mertajam..aku terus bertolak balik ke KL.

9.00pagi- aku dan keluarga nak ke Melaka plak..dan aku bukannya tidur kat Melaka pun...Kami pegi pagi2 lagi dan mungkin malam nanti kami akan terus bertolak balik ke KL la.lagipun Melaka dan KL takdelah jauh sangat pun..lebih kurang dalam 2 jam sampaila..so rasanya cam buang duit jelah..hehhee.nak jimatkan budget time2 bercuti nih...kami terus balik ke KL la..kat KL nanti banyak benda bleh aku dan anak2 buat.

Ni dalam perjalanan nak ke Melaka..walaupun badan masih lagi penat..mata pun masih mengantok lagi..tapi aku gagahkan jugak badan aku nih nak ke Melaka.kebetulan ada rakan2 kelab kereta perdana ada kat Melaka time nih..Dia org ada promosikan Bendera Wilayah dan juga mengiringi Kontinjen SUKMA..kalau kebetulan dapat berjumpa dia org nak jugaklah aku jumpa nanti.

Wah Dik Ya dan Kak Ngah nampaknya dah dibui mimpi yg indah..Kakak je yg masih belum tidur lagi nih.kalau tak silap aku..ni lepas makan kot....kekenyangan dan terus tertidur..manakala aku plak memang susah nak tidur la kalau HB aku bawak kereta.huhuhu.

Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke Negeri Melaka.Melawat Melaka bersejarah bererti melawat Malaysia..satu motto yg begitu menarik dan mengandungi maksud tersirat dan tersurat hendaknya.

Kat Melaka sekarang ni ada Sukan Sukma...so no wonderlah jalan jem tak hengat punya.bawak kereta pun dalam 40km/sejam..dan yg merisaukan aku ni plak..kalau time2 jem mcm ni 'temp' kereta aku memang naik lah.ada sedikit kerosakkan yg berlaku kat motor apa ntah..Hari tu dah tukar kipas ( kalau tak silap la )..mcm2 la kereta aku nih..banyak plak ragamnya.hurmmmmm..maklumlah kereta lama..nak tukar yg baru tak mampu plak.kalau ada banyak kereta senang...boleh tukar2...hurmm.

Pusing punya pusing satu Melaka..dok mencari kawan2 mana tau kot2 terserempak ke apa ke..tapi tak nampak langsung.so aku buat hal sendiri jelah.disamping tu kami datang pun nak mai holiday bawak anak2...pusing2 punya pusing lagi skali..perut plak lapar..aku ada kenal satu tempat kedai makan..dan aku plak lupa nak ambik gambar singboard kedai nih.nama kedai pun aku tak tahu..lupa semuanya coz lapar punya pasal.hehee.

Ha zoom sikit......tu masak ketam baru siap tu....fuh lauk pauknya memang meriah...dah la masakkannya sedap...semuanya sedaplah...adeiiiiii....takde makna nak mendietlah aku dibuatnya.kedai makan ni dekat je dengan kawasan Menara Taming Sari..dan kat sebelah kanan kedai nih ada Food Court yg chinese punya..

Ha inilah dia IKan Merah masak Asam Pedas yg sememangnya Meletop....Fuh...aku sampai je ikan ni baru masak......memang best giler...kalau aku ke Melaka memang kepompomlah aku akan singgah makan kat sini...ini perkara yg wajib akan aku lakukan.

Asam Pedas kat sini memang best wooo...kaw2 punya...dahla nak makan pun kena ikut turn..org punyalah ramai time nih..lauk2 yg ada tu pun aku tengok semuanya yg baru dimasak...tak tahu berapa roundlah dia org masak...memang masyuk lah sale dia org nih.tapi serius aku cakap...Asam Pedas kat sini memang BEST...

Satu kepala ikan nih harganya dalam RM30 henget....tapi memang puashatilah kalau dapat makan Asam Pedas kat sini..memang MALATOP..

Jom kita makan dulu....time dok tulis entry nih..tiba2 je perut aku terasa lapar yg amat sangat..kalau 1 jam je...memang gerenti aku drive je ke Melaka semata-mata nak makan Asam Pedas ni ...Fuh best.

Perut pun dah kenyang so sampailah masanya utk aku bawak anak2 dan mak pegi jalan2 kat sekitar Bandaraya Melaka nih.pada mulanya aku ke Menara Taming Sari..dulu masa aku datang benda ni belum siap lagi..so sekarang dah siap..tak nak lepaskan peluang utk naik Menara nih.

Kat Melaka nih memang banyak tempat2 yg menarik sebenarnya.kalau berkesempatan dok lama kat Melaka mau aku bawak anak2 ke tempat2 yg bersejarah kat Melaka nih.tapi kami memang kesuntukan masa.lain kalilah mummy bawak ye.

Alahai anak2 mummy ni semua , muka pun dah nampak penat...aku rasa bukan penat sangat pun..cuma cuacanya je yg panas amat sangat..aku rasa ada la dalam 39 darjah kot..memang panas giler..ingat nak beli topi utk anak2..tapi kat kawasan ni takde plak jual topi yg menarik minat aku..so berpanaslah aku anak beranak.huhuhu.

Alahai anak2 sapelah ni..hehhehe..kesiannya...nasib baik tak pakai baju lengan panjang..takdelah panas sangat..jauh beza betul Kakak dan Kak Ngah rupanya..mcm mana aku nak buat ye...nak bagi anak aku kurus sikit.nak kena kurangkan makan..kesian plak kat dia..dah dapat penyakit lain kan susah..tapi tak bleh nak ikutkan nafsu makannya..kalau betul2 ikutkan selera makan dia..tak tahulah mcm mana hasilnya.

Ni tengah tunggu turn nak naik Menara Taming Sari lah nih.kat ruangan dok menunggu nih barulah rasa lega sikit...walaupun open air gitu ..tapi ada kipas besar 'bagok' kat depan ni ha..so kuranglah sikit rasa panasnya .

Hurmmmm bestnya..satu pengalaman yg baru bagi aku dan anak2 serta HB dan mak aku jugak.dan ini adalah kali pertama aku naik Menara nih...perasaan gayat tu memang tetap adala....aku kalau dok tingkat 3 pun tak bleh..memang gayat la..kalau tgk dari bawah rasa cam nak terjun2 je....adeiiii tak sanggup aku nak tengok kat bawah..

Ni beberapa keping gambar yg sempat HB aku ambik dari pandangan Menara Taming Sari nih..seluruh bandar Melaka kami dapat lihat.punyalah susah aku dan HB dok cari bangunan merah..rupa-rupanya ia hanya terletak kat belakang bangunan ni je.hehhehe..nasib baik aku naik Menara Taming Sari nih..dapatlah aku budget2 arah jalan mana nak ditujui selepas ini.hehhee.

Ini gambar yg jauh nun disana tu ialah Eye Of Malaysia..tapi dah tutup sekarang..apa dan mengapa tu tak blehla aku bagitau...kan kalau aku bagitau tak elok plak kan.tapi kalau ianya dibukak..adakah aku nak naik.hehehhhee...aku rasa lagilah gayat kot.dulu masa pi London aku tak naik pun....hehhehe....gayat weh...kat sana lagi besar dan lagi tinggi...tak nyesal pun kalau tak naik.hehhehhe.

Mana kereta kesayangan aku nih...haaa tu dia...kecik je nampaknya kan...kereta aku kat parking bahagian tengah..cuba teka kat mana..

Ha ni plak kapal yg tenggelam satu masa dahulu.dan aku plak memang tak pernah masuk pun kat dalam kapal nih..so aku tak bleh bagitau secara detail .tengok gambar jelah ye.

Adeiii baru ada gambar aku..asyik gambar anak2..mak dan HB je yg ada.gambar aku plak kekadang je timbul.huhuhuhu..yelah mana nak ada kalau dah aku yg tukang ngambik gambarnya.aku dok diam cam patung je nih..bukan apa..aku sebenarnya gayat nak tengok kat bawah tu ha..so aku dok diam jelah ye.


Dah nak turun nampaknya nih..sebelum tu sempat gakla aku bergambar kenangan kat dalam Menara Taming Sari nih.satu pengalaman yg cukup manis buat aku dan anak2 khususnya.semoga anak2 aku gembira dah cukup.

Lepas ni apa plak acara seterusnya......Tunggu....

3 Comments:

yunz_02 said...

hi there! salam kenal..

love to read ur blog. good info xpecially on hr hotel in penang. bila la agaknya i nk smpi sana hehe.. anyway, tpt tu sgt lovely kn..

link to u :D

El-Zaffril said...

Kak... dari hari tu teringin nak gi melaka... tak pegi jugak... haish

DatinDiaries said...

Yunz: hi....coz ada masa singgah kat Diaries ni ye.:-)

Zaffril: kena pegila..habiskan negeri2 kat Malaysia dulu.hehhee