May 16, 2010

MASUK DAPUR JAP..

Hari ni adalah hari yg betul2 bermakna dalam hidup aku.di mana malam nanti aku dan HB serta ibu dan ibu mertua dan adik beradik yg lain berkumpul bagi menjayakan Program yg aku atur.kali ni aku tak atur program utk Kelab..tapi ini adalah Program Hari Keluarga atau kalu kok ore putih gak..'Family Day'.


Hal ni memang aku dah suarakan dengan HB aku awal2..aku dan HB akan terangkan pada adik beradik yg lain serta ibu kami berdua dimana malam ni kami nak adakan 'Family Day' sekaligus menyambut Hari Ibu yg kami berdua tak celebrate bersama.ari tu juz keluar makan je dan takde hadiah2..tapi malam ni semuanya dah berkumpul ..walau ada yg tak bleh datang..mcm adik aku tak dapat cuti..so kami hanya meraikan dengan adik beradik yg ada je.mengharapkan agar malam ni menjadi satu kenangan yg terindah buat aku sekeluarga.


Tak sabar rasanya nak BBQ malam ni.dan pilihan aku utk bermalam dan adakan BBQ ini ialah di Sudara Beach Resort , Tok Bali..di mana tempat ni memang betul2 cantik dan tenang skali.nanti tunggu di lain entry ye...:-)

Aku dah siap mandi dan kemaskan segala barang2 yg perlu dibawa nanti...aku tunggu HB kat dalam bilik nak tanya dia apa2 yg patut..yelah mana tau kot2 dia nak bawak apa2 lagi..tunggu punya tunggu tak jugak masuk2..so aku kemas jelah apa yg sepatutnya...bila aku bukak je pintu bilik..aku tgk HB aku dok bekerja keras kat dapur rupanya.hehehee..alahai rajin betul HB aku ni.ringanlah sikit kerja aku kat dapur bab2 masak nih kalau HB aku ada..walaupun aku jarang sekali memasak...tapi kalau kat KL..takde sape2 kat umah tu..aku lah yg jadi tukang masak okeyyyy..

Bersila nampak..dengan ditemani segelas air kat sebelah aku ni.yelah mana tau..dalam2 dok buat kerja tu tiba2 kering tekok pulok..buleh minum slaluh.hehhee...aku dah siap2 semuanya..tunggu selesai bab ni je..pastu kita org akan terus gerak ke Tok Bali.

Wah rajin betul HB aku ni masuk dapur..setiap gambar yg di rakamkan ini diambil oleh Kakak.apa la yg HB aku ni dok buat agaknya ye..nampak khusyuk betul nih.bertuah badan dapat HB yg suka masak ( pujian ikhlas ni..)...heh heh heh

Bahan2 yg nak 'perap' ayam ni disediakan oleh HB aku sendiri..manakala aku ni plak hanya tolong buat yg ringan2 je.oh inilah yg HB aku dok buatnya....sediakan bahan2 utk perap ayam...malam ni kan nak buat BBQ.


Sesungguhnya HB aku ni memang rajin masuk dapur...kalau aku tak sihat contohnya mcm demam ke apa..dia akan masakkan utk aku....manakala aku dikatil dok tidur coz badan tak sihat...dia akan masak..dan bila dah siap..dia akan bawak makanan masuk dan suapkan pada aku.hurmmmm terima kasih ye..harap sangatlah selalu2 lah mcm ni..tak demam pun buat jgk ke.heh heh heh..itu hanya aku dan HB je yg tahu.hehhee..

2 Comments:

b.O.n.d.a said...

waaa...syiOknye dapat berkumpul ahli kuarge selebret famili day!
=)

DatinDiaries said...

Bonda: tu la..best jgk kalau selalu berkumpul mcm ni..