May 17, 2010

FAMILY DAY - PART 1

Kami baru saje sampai di Sudara Beach Resot, Tok Bali..nak check in dulu.tak sabar rasanya nak masuk bilik nih..coz badan pun dah penat sangat2...petang nanti nak pi Pasar Tok Bali plak..nak beli ikan dan sebagainyalah..untuk BBQ pada malam nanti.

Cantik kan..tambah2 plak tgk kerusi2 putih nih..aku kan peminat kaler putih la katakan..segala apa jenis perabot yg berwarna putih sudah pasti menarik minat aku.dan cafe ini memang sungguh simple dan cantik bagi aku.semuanya ni ada kat kawasan Lobby Resort.dan anda kalau nak bercuti di Kelantan ni..pilihlah Sudara Beach Resort ye..memang best sangat dan puashati sangat2..tambah2 kalau bawak anak2..pasti anak2 akan happy.

tenang je kawasan kat Lobby nih.memang teratur dan kemas la.kebetulan pada waktu kami sampai ni..geng2 dari Group kereta sport iaitu Lotus ada kat sini..adalah berpuluh2 kereta Lotus..tapi tak sempat aku nak ngambik gambar kereta2 tu...fuhhh memang best giler arr kalau dapat kereta Lotus..bila la nak bawak kereta lotus agaknya ye...dalam mimpi jelah.hehhee.

Sampai je kat Lobby ni blh terus rehatkan diri kat kerusi jati ni dulu ye.sementara menunggu HB masing2 dok check in.Kawasan Lobby ni memang bersih dan kemas..sejuk mata memandang je dan rasa cam tenang je bila tgk keadaan kemas dan teratur.

Tulis nama dulu...dan bayar kemudian.hehhehhee..hanya utk kami sekeluarga jelah..tapi kalau u all nak mai sini..kena bayar terus ye.hehhehhe..jgn bayar kemudian2 plak.lagipun dah tak sabar ni nak masuk bilik..nak landing jap...pastu petang2 sikit nak pi Pasar Tok Bali plak..nak pi beli ikan utk malam nih

Bukak je pintu bilik nih...ada kerusi yg bleh nak santai2 sambil tgk Laut.hurmmm tenang je kat sini..takdelah panas kalau ambik bilik yg mengdapat Laut dan kolam nih.memang tenang sangat2.tapi kalau datang sorang2 bosan jgk.huhuhuhu..

Mak aku plak dok kat bilik sebelah je.rilex nampaknya mak aku time nih.lain kali aku nak datang tidur kat sini lagi lah...

HB aku nak bawak ibunda tercinta ke tepi Pantai..nak menikmati keindahan Pantai kot.hurmmm tenang je bila tgk Laut nih.

Gambar ni aku ambik dari bilik aku la.memang cantik betul pemandangan dari arah bilik aku ni.tenang je bila tgk laut sebenarnya.impian aku kali ni ialah nak ke Pulau Bali plak lepas ni..aku nak tenangkan fikiran tanpa gangguan.nak hilangkan stress dan sebagainya.hurmmmm bila la agaknya dapat pegi nih.

heh heh heh..jgn plak korang kutuk gambar aku ni plak.hehhehe..ni gambar kenangan tau..nanti bila anak2 dah besar..anak2 akan baca dan tgk segala apa yg ada kat dalam Diaries aku ni sebagai kenangan bila aku dah takde nanti.dan sekarang ni pun anak2 dah baca Diaries aku...dan dia org memang suka baca apa yg aku tulis.tambah2 kakak tu...

cantik dan nampak santai je...tapi memang kepompom takde masa nak duduk kat kerusi nih...kepompom punya.hehhee

Hurmmm menarik....bila nampak je katil nih...hurmmmmmmm tiba2 je rasa mengantok..bukak plak pintu yg mengadap laut tu..pastu tidur....fuh......kan org naik tak pasal2 plak aku, tak jadi bukaklah mcm ni..hehhehe..tutup baliklah pintu tu baru tidur.hehhe.tapi Resort ni memang selamat tak pernah ada pencerobohan yg boleh sampai ke arah itu..coz Resort ini memang dilengkapi dengan pengawal keselamatan.

hhuhuhu suko benor Kak Ngah ni bila nak mandi kolam..dan bilik yg aku ambik ni memang mengadap kolam dan laut.bukan senang nak dapat bilik nih..nasib baiklah mertua dan HB aku tlg ejas..hehhehe..maklumlah Resort ni empunya Family belah HB aku.so dapatlah bilik yg istimewa nih.

Posing nampak anak mummy sorang ni..Kakak dan Dik Ya dah ada dlm kolam ..cepat betul dia org ni..pantang nampak kolam..memang semua budak2 mcm ni kot.tak bleh tgk air ke mcm mana..tak paham..huhuu..tapi sama gakla mcm aku zaman kanak2 dulu..selalu kena marah dok mandi kat sungai je dgn kawan2 dari pagi sampai ke petang.tapi time anak2 aku ni plak..dah takde mandi kat sungai lagi....mandi kat kolam..aku dulu mana la ada nak mandi kat kolam.huhuhu.


Segala hadiah dah disusun cantik kat dalam bilik aku.seperti biasa dan seperti yg dah diketahui oleh org2 yg terdekat dgn aku..masuk je bilik..kalau tidur kat Hotel..mesti aku akan berkemas bagai gitu...susun apa2 yg patut.biar nampak kemas segala barang2 yg aku bawak..takdelah main campak camtu je..coz aku sememangnya tak suka keadaan yg aku duduk tu berselerak dan tak kemas.


Malam ni hadiah2 ini akan diberikan kepada mak aku dan juga mertua.hadiah yg kecik ( pink ) tu taklah..coz itu hadiah yg nak diberikan kepada cikgu anak2 aku nanti.dan malam nanti bermulalah program BBQ...di mana ianya juga bagi program sambutan hari ibu buat ibu kami berdua.


1 Comments:

ani_hasrul said...

pernah menginap kat sini kalau x silap 2 tahun lepas,tempat memang cantik tp mase sy pergi aritu makanan kureng sikit