January 17, 2010

DIRI KU...

Waktu ni aku memang dok tengah menanggung kesakitan yg teramat sangat peritnya....lepas je doktor inject barulah lega.....dan hari ni aku rehat kat rumah je....esok aku akan jaga anak aku kat hospital seperti biasa....dan Ya Allah berikanlah aku kesihatan kerana aku mempunyai banyak tanggungjawab yg harus aku lakukan....Amin...














Malam tadi aku tak temankan anakku tidur di Hospital...semalam mak aku yg temankan..lebih kurang jam 6.00 petang dari Hospital aku terus balik ke rumah...sampai je kat rumah aku terus tidur...aku rasa badan aku dah lain mcm je ni...pinggang aku sakit yg teramat sakit..apa yg boleh aku katakan aku lebih rela sakit nak bersalin daripada aku sakit sekarang ni..dan ini adalah 1st time dalam hidup aku, aku sakit mcm ni..tak pernah2 aku rasa sakit yg amat sangat..sampai aku menangis pun ada jugak.yelah semuanya serba salah...nak duduk tak blh..berdiri tak blh , nak berjalan pun tak blh dan nak tidur pun tak blh..cuba bayangkan mcm mana keadaan aku, coz semuanya tak boleh..aku kalau blh memang nak meraung je...tapi aku ni bukan tahap gila..hehhe nak meraung tak tentu pasal....tapi aku punya sakit hanya Allah saja yg tahu... nampaknya doa aku di makbulkan iaitu aku ada bagitau kak ngah semalam iaitu " takpe nanti mummy ambik sakit adik ye...biar mummy yg sakit" .tak sangka betul aku hari ni aku memang betul2 sakit.kebetulan tgh malam HB aku baru sampai dari KL..dia lah yg jaga aku sepanjang malam..memang aku tak blh nak tidur..sampai ke pagi aku tak blh tidur...


Bangun je pagi ni..HB aku dah siapkan segala sarapan, manakala aku dah tak blh bergerak atas katil..mcm org lumpuh sebelah badan..aku menangis waktu tu kerana tak tahan terlalu sakit..aku makan pun hanya 3 suap nasi je..takde selera aku nak makan..tgh hari tu aku ke Hospital nak pegi tgk anak aku..walau aku sakit mcm mana sekalipun aku akan tgk anak aku..yg penting adalah keadaan anak aku...aku memang dah tak mampu nak berjalan lagi dah...HB aku terpaksa ambik 'Wheel Chair' utk aku..aku tak peduli..banyak mata2 yg tertumpu kat aku...aku masuk dalam wad anak aku dgn mengunakan 'kerusi roda' tu...semua nurse dan mak2 kat dalam wad tu pandang kat aku cam muka hairan je semuanya..dan aku memang tak mampu nak angkat muka utk senyum2...mak aku terkejut tgk keadaan aku waktu tu..aku demam semalam..yelah mungkin tidur yg tak selesa...aku terpaksa tidur di kerusi 'malas' dan malam semalam aku tidur beralaskan tikar dan tidur di lantai..lepas tu badan aku sakit2...dan pinggang aku rasa mcm nak putus hanya Allah je yg tahu betapa deritanya aku hari ini....tak tahan nak tanggung semua tu , HB aku terus tolak aku ke tempat emergency utk rawatan...


doktor check mana2 yg patut..dan demam aku memang tinggi suhunya..dan aku di berikan inject kat 'toot' coz pinggang aku terlalu sakit....lepas kena inject barulah badan aku rasa berpeluh dan pinggang aku dah ok sikit....tak sakit mcm tadi..tapi masih lagi sakit..cuma tak teruk je.Ya Allah semoga kau lindungilah aku dari segala penyakit kerana aku mempunyai banyak tanggungjawab yg harus aku tunaikan ...yg penting anak2 aku tak terabai..dan berikanlah kesihatan pada ku....dan Ya Allah kau berikanlah kesihatan kepada anak2 ku...jauhilah mereka daripada sebarang keadaan yg tak diingini....dan sembuhkanlah anak ku ...Amin..

2 Comments:

Miss Izah Mohamed said...

sis sakit ape?
get well soon

DatinDiaries said...

Miss Izah: demam dan sakit pinggang....coz hari tu temankan anak kat hospital dan tidur kat hospital....demam sampai sekarang