December 21, 2009

SELAMAT TIBA DI PULAU LANGKAWI..

Selamat Datang ke Langkawi.

Alhamdulillah..kami sudah selamat sampai...dan banyak agenda yg akan di buat selepas ini..

sementara menunggu kereta sewa uh ntah apa2 punya lama tu...dan menyakitkan hati je...aku singgah beli Perfume kat Duty Free jap..murah2 je...siap ada diskaun lagi..

kesian kat anak aku...terpaksa landing atas beg2 baju...pandai jugak idea Dik Ya nih...dia atur semua beg2 tu..dan selamba derk je landing kat situ...dan aku memang dah panas hati kat org tu..dan membuatkan aku dan anak2 terpaksa menunggu selama 3 jam lebih..sabar jelah











Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di Pulau Langkawi.dan syukur alhamdulillah kerana perjalanan kami takde apa2 yg berlaku dan semua perjalanan berjalan dgn baik sekali.manakala hujan pun dah mulai reda..hati aku betul2 berterima kasih sangat kepada Yang Maha Esa kerana mendengar doa dr hambanya.aku betul2 happy kerana aku dah tunaikan permintaan anak2 utk ke bercuti di Pulau Langkawi..walaupun dalam serba kekurangan percutian kami ni tapi aku betul2 gembira sangat2..kerana anak2 dan HB berada di sisi..dan yg penting anak2 aku happy.tak kisahla dan aku betul2 bersyukur dgn apa yg ada dan menerima seadanya.semoga percutian aku sekeluarga ini betul2 di penuhi dgn kegembiraan oleh anak2 aku yg tersayang.


dan ini adalah kali ke 3 aku sampai di Pulau Langkawi dan adalah kali ke dua utk anak2 aku..dulu aku bawak dia org pun..dia org masih kecil lagi...dia org mana nak ingatkan..so aku bawaklah lagi kali ni.dan ternyata aku betul2 happy melihat anak2 aku happy..takde ayat atau perkataan dr aku dan hati aku sebagai seorang ibu..di mana ingin melihat anak2nya gembira dan satu hari nanti utk melihat anak2 aku berjaya pulak.insya'allah semoga ALLAH jua makbulkan doa dari hambanya ini supaya anak2 aku menjadi seseorang yg berjaya nanti..insya'allah..


bila saja aku sampai di Jeti Pulau Langkawi..fuhhhh...punyalah ramai giler org yg datang bercuti kat Langkawi nih..kebetulan plak dengan awal muharam dan cuti sekolah..memang naik sesak jugaklah kat Jeti tu.setelah semuanya selesai kami menunggu seseorang utk mendapatkan kereta sewa yg dah kami booking.cuma booking mulut jelah..coz kami dah betul2 confirm nak dtg dan akan bayar bila kami sampai.dan dia plak dah berjanji dan menyakinkan kami yg kereta utk kami sewa tu nanti dah ada..kami minta Kereta Wira.kalau tak silap aku utk 1 hari dia bagi kami RM120 mcm tu..coz dah booking awal2..kalau walk in memang tak dapatlah dgn harga mcm tu..mau dalam RM200 kot.aku dan HB menunggu dia org dalam 3 jam lebih..menyakitkan hati aku betu...dan aku betul2 dan bengang dgn org tu..dah awal2 janji..dan bagitau masa kami akan tiba dan dia plak ..okey..okey..okey je manjang..siapa yg tak bengang dgn penat nya lagi....masa plak dah rugi..satu hari suntok aku berada di Jeti...satu benda pun tak bleh buat..dahla aku mai Langkawi ni hanya 2 hari je..so rugi masa lah mcm ni..kalau takde kereta bagitau lah awal2..jgn nak menyusahkan org..tapi waktu tu aku memang betul2 bengang yg amat sangat...so aku pi cari kat sekeliling kaunter yg ada kat situ utk kereta sewa...dan sekali lagi aku bengang coz semua kereta dah takde.......HABIS ...so mcm mana aku nak buat ni..aku dah mula geram kat org tu..tgk muka pun cam menyampah je ni..tapi sabar jelah..HB aku mcm biasalah ...diam dan senyum jelah kerjanya..aku ni yg berasap plak..


tunggu dan tunggu je kerja kami kat Jeti..3 jam lebih ..cuba bayangkan ..punyalah lama.dah puas aku pusing2 dalam duty free tu..dalam dok sakit2 hati tu sempatlah jugak aku beli perfume 2 botol..hehhe..pastu pi kat HB aku plak..dan tanya HB aku mcm mana keadaan org tu..last2 org tu yg hantar kami ke Hotel dan bagitau kami yg dia akan hantar kereta tu pada pukul 8.00 malam kat Hotel tu nanti...dahla kami ni kelaparan yg amat sangat..tapi takpe..sabar jelah.


dan .....ikuti kisah ini di next entry ye..hhee

4 Comments:

cik syahira said...

assalamualaikum.

sy silent reader, syahira.
tak sangka terserempak dengan akak kat jeti kuala perlis hari jumaat lepas.
kebetulan sy duduk baris hadapan family akak.
last minute baru perasan.
tu pun dalam keadaan ramai-ramai, penuh sesak terpandang anak-anak kembar akak.
sy agak cam mereka berdua. hehe..
nak tegur tapi tak lama akak n family dah gerak naik naik feri..
anyway, nice meeting akak n kids dari jauh..

DatinDiaries said...

CS: w'salam, huhuhu tak aci arr camni..lain kali kalau jumpa tegurla..

hehe..takpe..lain kali kita pasti bersua ..hurmm

lily lotus said...

bestnya! have fun & take care...

DatinDiaries said...

Lily: orite...u pun take care jugok deh...:-)