Hari ni aku dan family luangkan masa bersama rakan2 Kelab Perdana, dah lama rasanya aku tak join program yg dia org buat.nak buat mcm mana bukannya disengajakan tapi keadaan tak mengizinkan aku.aku banyak lagi perkara yg lebih penting yg harus aku selesaikan.Bila kebetulan masa tu free aku dan keluarga pasti akan sertai setiap program amal yg dianjurkan oleh Kelab Perdana.
Kali ni aku ke Janda Baik lagi skali.dan berkampung di Kobaik Chalet.Pada mulanya aku nak tido kat sini je.tapi bila difikir balik..malas plak aku nak tido..aku juz dtg memeriahkan suasana dan petang nanti nak naik Genting lah.cuaca pun tak menentu nih..kejap hujan kejap panas..kejap mendung..tengok keadaan dulu lah mcm mana.kalau hujan lebat yg teramat sangat mungkin tak naik Genting kot.Dik Ya dah kesejukan tu..kejap masuk dalam air..kejap mai kat aku..dan aku plak memang malas la nak mandi nih coz suami aku pun dok ada dalam air tu dengan anak2 so aku pantau dari atas jelah.Anak2 plak memang sakan dok mandi..tak puas mandi kolam kat umah ni mai mandi sungai plak kat Janda Baik..hurmmm bestnya kalau dapat mandi gak yer..
Kakak plak kesejukkan.dia nak suruh aku turun mandi dengannya..tapi aku tak nakla..coz malas nak pi tukar baju bagai.kalau dah mandi memang banyak hal plak.lainlah kalau aku ambik chalet kat situ..blehla aku tukar pakaian atau sebagainya kat situ..ni mai kejap je..malas la aku nak tukar itu dan ini.kalau dah mandi tu al maklum jelah kan..pompuan mcm mana..kalau tak bawak kelengkapan yg cukup mmg jgn harapla nak mandi2 nih.hehhehee
Alahai sayang mummy yg kecik nih..asyik pandang mummy je ni..pi la mandi tu..kan papa ada dalam air tu..nanti papa jaga la, mummy juz pantau dari atas jelah ye.
bersama anak bongsuku yg kesejukan..dah biru tangan dan bibir dia..tapi tak jugak2 serik..katanya dia nak naik jap..pastu nak turun plak...
wah seronoknya dia org dok main air..teringin plak aku nih..kalau aku masuk dalam air tu pun juz duduk atas batu jelah...nak mandi2 tu memang tak lah..kalau setakat nak sejukkan apa2 yg patut tu blehla..nak merasa mandi air bukit nih..best giler..kalau dapat manjing lagi best..pastu pi bakar buat BBQ plak..hurmmm bestnya..
wah sakan betul dia org dok main air ye..sampaikan tak hengat nak balik..katanya nak naik Genting ..tapi ni dah nak dekat pukul 6 petang..cuaca plak tak menentu..kejap hujan..kejap ok..pastu hujan lebat plak..pastu ok lah..mcm tu lah..
ok..jom naik..naik..tak habis tu kalau nak mandi....sampai ke sudahlah.....sampai ke malam pun takpe..air tu gerenti tak kering2 punya...adeiiii naik..naik...kita nak naik Genting plak nih....cepatla....nanti kang hujan plak..kalau hujan sure tak jadi punya...kalau naik time nih gerenti sejuk giler..coz baru je lepas hujan nih..
Selesailah sudah..akhirnya...adeiii ingatkan nak balik awal2 lagi..tapi suami aku plak tak nak..katanya dia nak habiskan ini program dulu..yelah support kawan punya program kan..nanti kawan kena support program aku plak..kih kih kih..
Kami dah sepakat nak naik Genting jap sebelum balik..dan ada yg terus balik KL..manakala yg nak naik Genting ni hanya 5 buah je kot..takpelah janji dapat jugaklah aku bawak anak2 aku nih naik Genting..main jelah apa yg sempat.keadaan cuaca time ni pun dah ok..tak hujan cam tadi..cuma jalan masih lagi basahla..aku takdelah risau sangat coz kami naik ramai2..kalau sorang2 memang pikir 2 kali gak la..al maklumlah hujan..jalan licin..nak pi mendaki plak kan..so kena hati2..
Ok lah umtuk setakat hari ni..lagipun buat masa sekarang aku takde masa sangat nak update Diaries kesayangan aku ni..apa2 pun aku akan cuba juga utk update dari masa ke semasa ye..semoga Diaries aku ini tak menjemukan anda utk membacanya...
December 29, 2010
JANDA BAIK...
Written By DatinDiaries at 2:08 AM 0 Comments
BERSAMA SAHABAT LAMA...
Dah lama janji dengan kawan2 aku nih..tapi hari ni baru dapat jumpa.
Maaflah ye rakan2 coz ini entry baru je aku dapat publishkan.semenjak 2 menjak nih aku memang bz tak hengat punya.memang banyak betul benda atau kerja yg harus aku selesaikan.Tapi malam ni aku luang gaklah masa aku bersama Diaries kesayangan aku nih.walaupun ini dah cerita lama tapi layan gaklah ye setiao hari dan setiap detik ku berlalu dan akan aku catitkan dalam Diaries kesayangan aku nih.
Lepas aku pi jumpa kawan2 lama aku kat Rumah Mc Donald kat Jalan Pahang .Kami naik satu keter jelah.keter dia org tinggal kat Stesen minyak Shell tu je..malas la nak pi 2 kereta..baik pi satu kereta je barulah best.lokasi kami ialah ke kedai makan Al Azmi kat Jalan apa ntah.tapi aku ingat la nak pegi kedai makan tu.
Setelah dok belek punya belek menu kat depan mata tu..kami pilih package jelah ..iaitu utk 4-5 org makan dan packagenya tu ada dalam itu menu lah.Yang paling bestnya kali ni ialah kami semua ni tak bawak laki masing2 lah..laki tinggal kat umah ni hanya utk mak2 org punya malam je.hehhehehe..Yang sampai memula tu Ikan Siakap Steam..tapi dalam package tu ikan 3 rasa..cuma aku mintak tukar ke Ikan Siakap Steam je.lagi best..tapi tak bleh la nak tukar banyak menu kan..cukuplah satu menu je tu pun nasib baik dia org bagi.kalau tak bagi makan jelah Ikan Siakap 3 rasa tu.Baby Kailan.hurmmmmm best..makanan kat sini memang semuanya best2 la..hurmmmm dan ini adalah kali pertama aku mai makan kat sini.tempat ni agak terperosok sikit.mmg susah gakla utk mai sini bagi yg tak pernah dtg..tapi bagi yg dah biasa tu senang je..paling senang dan mudah sangat nak ingat jalan tu.dan aku ni plak memang dah bukan org KL la katakan..so nama2 jalan ni sorry lah ye aku nak ingat malam2 buta nih.hehehhe..tapi kalau aku nak pi lagi..aku ingat la ucma hanya nama jalan je aku tak ingat.hehehhee.







suami pun asyik dok sms je ni...nk makan pun tak senang.hehehhee....kami tak kemana-mana pun.juz berkumpul utk bercerita hal lama2 dan makan2 je..
Written By DatinDiaries at 1:48 AM 1 Comments
December 28, 2010
CUTI SEKOLAH - BUKIT TINGGI
Kali ni dalam ini entry memang banyak bebenor gambar ye.aku dah malas nak buat entry sambung menyambung cam kilat nih.Lagipun aku juga tidak mempunyai masa sangat nak update Diaries kesayangan aku ni part demi part.So hari ni aku letak je semua gambar..tu pun ada yg aku tak letak gak.kalaulah letak semua skali mau juling bijik mata dok nengok gambar je kerjanya kan.hehehhee.
Hari ni memang special sikit la.Pagi2 lagi aku,HB, anak2 dan mak bangun.lepas makan pagi kat umah ( jimat sikit hehhee )..pagi2 lagi dah siap coz pada mulanya aku nak ke Nilai 3 pastu ke Melaka plak.Tapi setelah lama dok kat Nilai 3 tu pastu nampak langit cam mendung je nih...aku rasa cam malas la plak nak ke Melaka.dan nasib baiklah HB aku juga sependapat dengan aku time tu.Baik aku bawak anak2 pi tempat lain.coz Melaka dah banyak kali aku pergi..Tapi kempunan lah plak aku nak makan Asam Pedas Melaka yg aku makan ari tu.
Akhirnya aku kansel je ke Melaka dan aku bawak anak2 pi Bukit Tinggi.hurmm ni kali ke dua lah aku ke Bukit Tinggi nih.Tapi kali ni nak bawak mereka ke Colmar Tropicale.Kalau dulu juz pusing2 dan pi Rabbit Farm je.
Sekarang ni harga tiket bagi Dewasa dah turun sakan ye,kalau dulu tak silap aku ada lah dalam RM35 utk seorang kot tapi sekarang dah turun ke RM12.yelah mahal2 sangat sape nak naik..kalau dibuatnya anak2 10 org mcm mana...nak kena budget semua tu.Bagi yg berpendapatan rendah mcm aku..ni aku kena pikir semuanya tu..mana nak makan lagi..itu ..ini dan sebagainya lah.Tapi terkejut gak bila kali ni aku nak masuk sini harganya dah murah.so apa lagi..jom bawak anak2 masuk.Kalau dulu aku ke Paris takde bawak anak2..so masuk sini jelah dulu.Koya2 metar mana tahu ada rezeki lebih lepas ni bleh la bawak anak2 pi Paris plak.heh heh heh..Dah sampai..nampak je Castle ni anak2 aku dah bukan main bising lagi tanya aku itu dan ini.banyak betul soalan2 yg dia org ajukan .sampaikan malas aku nak melayannya.tapi kalau tak jawab akan ditanyanya jugak sampai aku kena jawab.so utk memudahkan cerita aku jawab jelah yg penting2 je.hhehhee.
1st time lah katakan aku sampai kat sini..nak2 plak HB aku lagilah.huhu..terus masuk je parking.kami parking kat atas skali so nampakla persekitarannya yg sungguh indah.waktu ni takdelah rasa sejuk sangat pun.
apa2 pun kita mai ambik gambar dulu ye.Kak Ngah tu kalau dah dok peluk badan mcm tu..merajuklah tu.adeiii tak bleh kena marah sikit je..tahu nak merajuk je kerjanya.hurmmm.
So kami turun lah parking kat bawah skali.senang sikit .coz takdelah mak aku nak kena jalan jauh sangat.sebelum nak pi menjelajah ke tempat lain.ambik gambar ni adalah acara yg wajib.Tapi kan kereta aku tadi ada bau hangit la plak.mungkin pasal naik bukit kot.huhuhu.
Anak2 dah xsited nak masuk dalam tu...aku nak masuk je aku terpandang kat bas yg bawak penumpang tu..dalam hati tertanya-tanya gakla kemana dia org mau bawak ini penumpang ye.so aku apa lagi terus suruh anak2 dan mak naik jugakla..sedangkan aku tak tanya pun nak pi mana2.hehhehe bagi aku dia org nak pi mana sangat pun alih2 dok pusing2 dalam Bukit ni je.
Kami terus naik jelah dan menunggu je kemana dia org nak bawak kami nih.hehheheee.sebelum tu acara bergambar dululah aku anak beranak nih.bas mini pun belum jalan lagi.kemana nak pergi aku pun tak tahulah.dia org gerenti tak bawak lari pun..kta tengok je kemana dia nak bawak kita..







Aku pujuk skali je pastu aku diam la..bila dia org tgk aku diam..dia org pasti akan diam gak la.kalau tak diam jugak lagi mau satu kampung la bleh dengar suara aku.cam mak tiri pun ada gak aku ni kadang2.tapi kalau aku anak tiri mcm mana eksss.....nasib baiklah ...


Tapi aku plak suka bawak anak2 kalau nak kemana-mana.kecualilah kalau perlu tak bawak ..aku tak bawaklah.jom layan segala gambar bertulis yg sempat aku rakamkan semasa berada di Colmar minggu lepas ( citer lama nih tapi takde masa nak update je hehheheh )



















Baik betul staff kat Rabbit Farm nih..terima kasih ye kerana membenarkan anak2 akak ni masuk jgk walau hanya 5 minit.kesian kat budak2 je..masuk pun ambik syarat je.lepas pegang 2 ekor arnab kami terus blah.hehhee.



Suka betul aku tengok gambar Dik Ya time nih..cute sangat2 gambar dia dok pegang rabbit tu...nasib baik rabbit tu tak sama besar dengan Dik Ya ye.hehhee.Oklah nampaknya anak2 aku pun dah puashati..dapat gakla dia org masuk kat Rabbit Farm nih walau hanya sebentar je.
Next timelah kita mai plak ye.sekarang ni dah pukul 6.00 lebih cuaca pun mendung je nih.meh kita turun dulu sebelum hujan lebat plak.
Written By DatinDiaries at 2:17 AM 2 Comments