Hari ni kebetulan HB plak cuti..so kami akan mulakan Jalan2 Cari Makan jelah .Sepatutnya aku dan family ke Melaka hari ni.Tapi tiba2 je tak jadi la plak..kalau tak memang dah berada di Melaka lah aku petang ni.Rasa cam tak larat je.lagipun aku juga banyak urusan gak yg perlu aku selesaikan.Banyak perkara yg perlu aku buat list.
Lagipun mak aku belum pernah lagi sampai kat Nilai 3 nih.so yg program asal nak ke Melaka ,aku cancel kan je..kami pi Nilai 3 jelah.survey apa2 yg patut.nanti bila tiba masanya takdelah aku terkapai-kapai plak nak pi cari barang2.
Setelah banyak kedai yg aku dan HB masuk.so adalah jugak beberapa tempat yg menarik minat aku.tapi kami KIV je semuanya.Nanti bila dah settle dan kunci ada kat tangan aku..blehlah aku nak mulakannya sedikit demi sedikit.
Gambar pun takdelah banyak sangat aku ambik.Takde masa la plak nak ngambik banyak2 nih.kalau dah tengah kalut dan banyak benda yg dipikirkan mcm ni lah aku.Aku lebih suka bersendirian..diam kan diri je.kalau aku tensionla..
Singgah kat KK Home Deco jap..saje je nak bawak mak aku mai cuci2 mata kat dalam ni.Biasala kalau dah masuk tempat ni memang rambang bijik matalah jadinya.nak2 lagi kalau semuanya kaler putih, buatla aku lagi jadi nak naik sawan dibuatnya.huhuh..Kat dalam ni aku takde beli apa2 pun..juz datang survey2 je dulu, mana tahu satu hari dan bila semuanya dah settle..aku tahu kat mana yg patut aku mai cari.tak gitue..
Dik Ya memang tak habis2 lah nak posing je manjang ekss.dan aku plak cam risau pun ada gak..mana tak risau dalam ni mana bleh ambik gambar sangat pun.aku ambik pun sekeping 2 jelah ye.anak2 aku nak sangat ambik gambar dalam ni.katanya cantik dan semuanya putih..pasti mummy suka kan..anak2 dah tahu yg aku ni sememangnya peminat setia kaler putih.
Setelah segalanya selesai kat Nilai 3 nih..aku terus baliklah..Tapi kami tak terus balik umah la..aku nak bawak anak2 dan mak makan plak.Lokasi pilihan aku ialah sudah pasti kat Gombak Prima iaitu kat Sri Gombaklah.Makan dan minum apa2 yg patut sampai kenyang..pastu aku pusing2 jelah kawasan ni..mana tahu kan..kot2 ada kedai yg menarik perhatianku..sape tahu..kalau ada rezeki aku dan anak2..adalah tu..
Kat Gombak Prima ni ialah satu kawasan yg baru.Bangunan ni kalau tak silap aku baru je 3 bulan beroperasi.walaupun kawasan takdelah nak meriah lagi..tapi aku yakin kawasan ni pasti naik dan pasti memberi rezeki kepada mereka yg dok kat situ..
Amin......
December 24, 2010
JALAN2 DINILAI 3..
Written By DatinDiaries at 2:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment