December 28, 2010

CUTI SEKOLAH - BUKIT TINGGI


Kali ni dalam ini entry memang banyak bebenor gambar ye.aku dah malas nak buat entry sambung menyambung cam kilat nih.Lagipun aku juga tidak mempunyai masa sangat nak update Diaries kesayangan aku ni part demi part.So hari ni aku letak je semua gambar..tu pun ada yg aku tak letak gak.kalaulah letak semua skali mau juling bijik mata dok nengok gambar je kerjanya kan.hehehhee.

Hari ni memang special sikit la.Pagi2 lagi aku,HB, anak2 dan mak bangun.lepas makan pagi kat umah ( jimat sikit hehhee )..pagi2 lagi dah siap coz pada mulanya aku nak ke Nilai 3 pastu ke Melaka plak.Tapi setelah lama dok kat Nilai 3 tu pastu nampak langit cam mendung je nih...aku rasa cam malas la plak nak ke Melaka.dan nasib baiklah HB aku juga sependapat dengan aku time tu.Baik aku bawak anak2 pi tempat lain.coz Melaka dah banyak kali aku pergi..Tapi kempunan lah plak aku nak makan Asam Pedas Melaka yg aku makan ari tu.

Akhirnya aku kansel je ke Melaka dan aku bawak anak2 pi Bukit Tinggi.hurmm ni kali ke dua lah aku ke Bukit Tinggi nih.Tapi kali ni nak bawak mereka ke Colmar Tropicale.Kalau dulu juz pusing2 dan pi Rabbit Farm je.

Sekarang ni harga tiket bagi Dewasa dah turun sakan ye,kalau dulu tak silap aku ada lah dalam RM35 utk seorang kot tapi sekarang dah turun ke RM12.yelah mahal2 sangat sape nak naik..kalau dibuatnya anak2 10 org mcm mana...nak kena budget semua tu.Bagi yg berpendapatan rendah mcm aku..ni aku kena pikir semuanya tu..mana nak makan lagi..itu ..ini dan sebagainya lah.Tapi terkejut gak bila kali ni aku nak masuk sini harganya dah murah.so apa lagi..jom bawak anak2 masuk.Kalau dulu aku ke Paris takde bawak anak2..so masuk sini jelah dulu.Koya2 metar mana tahu ada rezeki lebih lepas ni bleh la bawak anak2 pi Paris plak.heh heh heh..

Dah sampai..nampak je Castle ni anak2 aku dah bukan main bising lagi tanya aku itu dan ini.banyak betul soalan2 yg dia org ajukan .sampaikan malas aku nak melayannya.tapi kalau tak jawab akan ditanyanya jugak sampai aku kena jawab.so utk memudahkan cerita aku jawab jelah yg penting2 je.hhehhee.

1st time lah katakan aku sampai kat sini..nak2 plak HB aku lagilah.huhu..terus masuk je parking.kami parking kat atas skali so nampakla persekitarannya yg sungguh indah.waktu ni takdelah rasa sejuk sangat pun.

apa2 pun kita mai ambik gambar dulu ye.Kak Ngah tu kalau dah dok peluk badan mcm tu..merajuklah tu.adeiii tak bleh kena marah sikit je..tahu nak merajuk je kerjanya.hurmmm.

So kami turun lah parking kat bawah skali.senang sikit .coz takdelah mak aku nak kena jalan jauh sangat.sebelum nak pi menjelajah ke tempat lain.ambik gambar ni adalah acara yg wajib.Tapi kan kereta aku tadi ada bau hangit la plak.mungkin pasal naik bukit kot.huhuhu.

Anak2 dah xsited nak masuk dalam tu...aku nak masuk je aku terpandang kat bas yg bawak penumpang tu..dalam hati tertanya-tanya gakla kemana dia org mau bawak ini penumpang ye.so aku apa lagi terus suruh anak2 dan mak naik jugakla..sedangkan aku tak tanya pun nak pi mana2.hehhehe bagi aku dia org nak pi mana sangat pun alih2 dok pusing2 dalam Bukit ni je.

Kami terus naik jelah dan menunggu je kemana dia org nak bawak kami nih.hehheheee.

sebelum tu acara bergambar dululah aku anak beranak nih.bas mini pun belum jalan lagi.kemana nak pergi aku pun tak tahulah.dia org gerenti tak bawak lari pun..kta tengok je kemana dia nak bawak kita..

Apa la agaknya yg Dik Ya dok pandang tu sambil teleng palo tu Dik Ya weh.

saje je nak dok sendiri..dan aku paksa gak dia pi duduk dgn papa kat belakang tu.hehhehe so dapatlah aku dok selesa sikit.bab2 anak ni aku serahkan pada dialah yg menjaganya.aku hanya lenggang kangkong je.hehhehee.

Oh rerupanya bas ni bawak kami pi naik ke Japanese Village.Fuh nasib baik aku naik bas mini nih..kalaulah aku naik guna kereta mau hangit satu kereta aku rasa.panjat punyalah tinggi sakan.adeiiiiiii dan nak parking kat bawah lagi kena tunggu bas yg lain plak datang ambik..ni naik terus bas mini daro Colmar tadi...dia terus ke Japanese Village nih.Nasib baik aku tak naik dengan kereta tadi..kalau tak memang naya la nak panjat bukit tinggi giler dah la jalan sempit.hurmmm..

Tatami Spa..takde nak 'menyepa' pun juz ambik gambar je..aku kalau nak spa2 nih aku lebih suk pilih yg Balinese punya stail.tenang je pikiran nih..tapi bila la agaknya aku nak pi manjakan diri kat spa ni ye...nanti ada masa lah...

Dalam dok gelak2 dan berlari sana sini..ha kan dah cakap...terjatuh la plak Dik Ya.tapi bukannya kena batu atau apa pun.juz punggungnya terhempas kat tanah je..tapi sakit gakla aku rasa.pada mulanya dia takdelah nak nangis pun..tapi dia tengok je kat muka aku...pastu aku senyum..bila aku senyum je terus dia menangis.huhuhuhu..ambik kesempatan betul lah Dik Ya nih kat aku.huhuhuhu.

Ha tukang yg 'gayo' Dik Ya tu cam biasala tak lain dan tak bukan iaitu papa lah.hehhehee..aku kalau anak2 nangis memang aku pass kat dia je..tu pun kalau dia rajin la.kalau dia malas dia pun buat derk je.huh.

Acara pujuk memujuk nampaknya masih lagi belum pulih seadanya.hehhee..susah la kalau Dik Ya ni nangis.memang susah nak makan pujuk weh lok.

Masih gak lagi dok nangis tu ha.bila la agaknya nak senyap nih.aku rasa lepas jumpa mak aku lepas ni senyap lah tu.huhuhu.aku kalau anak2 nangis lama sangat nih memang tak reti lah nak pujuk2..last skali aku buat derk jelah..pastu dia org senyap la.hurmmm..kan kalau pujuk2 tak dimakan pujuk aku plak nak marah..baik aku pujuk skali je pastu aku diam..dan setakat hari ni anak2 aku dah faham perangai mummy dia org nih.

Aku pujuk skali je pastu aku diam la..bila dia org tgk aku diam..dia org pasti akan diam gak la.kalau tak diam jugak lagi mau satu kampung la bleh dengar suara aku.cam mak tiri pun ada gak aku ni kadang2.tapi kalau aku anak tiri mcm mana eksss.....nasib baiklah ...

Dah menuruni bukit Japanese Village..nak tunggu bas mini datang ambik kami plak..pastu kita org akan ke Colmar tadilah.bila dah sampai ke sana barulah kami akan turun dan pi pusing2 utk lihat apa yg menarik sangat kat dalam tu ha.

Yeayyyy dah sampai.akhirnya dapat jugak aku bawak anak2 mai sini.Tapi aku tengok cam biasa je takde yg menarik sangat pun.cuma suasana jelah yg berlainan dengan bangunan2nya..tapi kalau mai couple aku rasa seronoklah..coz sejuk kan.hurmmm

Tapi aku plak suka bawak anak2 kalau nak kemana-mana.kecualilah kalau perlu tak bawak ..aku tak bawaklah.jom layan segala gambar bertulis yg sempat aku rakamkan semasa berada di Colmar minggu lepas ( citer lama nih tapi takde masa nak update je hehheheh )

Bergambar je ye..asyik gambar dia org je..tapi gambar aku takde pun.mana nak adanya ..aku ni kan ditugaskan sebagai camerawoman sejak dari dulu lagi.

Bangunan2 dikiri kanan yg sungguh klasik.seperti berada di France gitu.tak payah pi jauh2 meh pakat mai kat Colmar je.tempat pun sejuk..belanja pun tak banyak sangat digunakan.

Lapar..jom kita makan dulu ye anak2...pilihan kami ialah kat Restoran Pizza ni ha..hurmmm bau nya pun dah semerbak..tak tahan la nak tunggu lama2 nih..lapar tahap gaban suda.

Bersama anak bongsu ku yg tersayang....Dik Ya atau Noor Zaheera.

Kakak anak sulong mummy....sayang kat kakak...

Alohla Dik Ya nih..suka sangat ngambik gambar dia sorang nih weh.nurun la mok dia masa mudo2 suko ambik gambar nih.hehhehe.

Lambat betul makanan nak sampai nih.tak sabar rasanya aku anak beranak nih nak makan.kami semua ni dah lapar tahap gaban nampaknya nih.Tapi makan pizza nih bukannya kenyang sangat pun.aku rasa lepas ni..lepas turun je dari Bukit Tinggi ni pasti kami pi cari nasi plak.hehehhehe.

Hurmmm yummy pizza yg sungguh sedap...mushroom soup pun sedap giler..bleh mengigau malam aku dibuatnya nih..sedap yg teramat sangat.apa lah yg dia org ni letak agaknya ye...tapi memang best gilerlah.Kalau mai kat Colmar ni ..anda pi singgah makan kat kedai yg mula2 skali ( belah kanan) memang sedaplah.

Masuk Hotel jap..bukan nak check in tapi nak tumpang masuk toilet je.hehhe anak2 dah mula rasa sejuk..berulang alik ke tandas la gamaknya mereka nih.hehhee.memang suka posing betul.tgklah Dik Ya tu..dah la kecik kan..eiiii geram betul mummy tengok Dik Ya nih.

Nak pi mana tu..jangan tinggalkan daku wahai kanda dan wahai anak2ku.hehhehee.ramainya anak2 weh.hehehhehe yg baju hijau tu anak saudara aku kat KB.cuti sekolah ni aku ajak dia mai KL skali dgn aku dan anak2.dapatlah dia juga bercuti bersama-sama kami.takdelah dia dok kat umah je...

Ambik gambar lagi.lepas makan je kami terus keluar lah.jap lagi nak ke Rabbit Farm plak.sebelum tu meh kita ambik gambar kat angsa2 ni plak.

Apa yg Kak Ngah dok tersengih tunjuk kat atas tu.hehhehhe sayang anak2 mummy semua.mummy sangat2 dan tersangat sayang kat kamu semua tau.Dik Ya plak asyik posing je manjang ye.kakak pun dah nampak besar la..cepat betul anak2 aku ni membesar.tak sabar rasanya nk tengok anak2 ni meningkat dewasa.

ooooo rupa2nya mak aku dok pantau dari atas rupanya.hehhehhehe..

Apa la agaknya papa dok buat kat Dik Ya ye.hehhehe..ada2 je dia nak menyakat Dik Ya nih.tapi kalau Dik Ya nangis memang dia lah pemujuknya.hehhehhee.

aku ni plak bersungguh bebenor nak ngambik gambar mereka.walaupun gambar aku ni takdelah sangat.aku terus naik ke atas dan bagitau kat mereka jgn naik lagi coz aku nak ambik gambar dia org dr atas plak.Kak Ngah dan Maisarah dok syok tengok angsa tu lagi..manakala yg lain2 pla dok posing je manjang.

Jom naik..kita pi tempat lain plak..hari pun dah nak petang nih.kita pi kat Rabbit Farm plak.nanti kan tutup sia2 je mai sini tak menyinggah kat semua tempat plak.

Inilah dia wajah ibuku yg paling aku sayang..seorang ibu yg penyabar..bertanggungjawab dan segala-galanyalah ada pada dia.Ibuku memang tiada tandingannya.dia lah seorang ibu yg paling aku sayang.tanpa ibu ku sudah pasti aku tiada didunia ini..semoga ibuku diberikan kesihatan yg baik dan dipanjangkan usianya.Amin..

Jom semua kita balik...eh...eh..kita pi tempat lain plak..langit pun dah mendung semcam nih....jom.

Aikkkk sempat lagi..kali ni gambar aku la plak..asyik takde je gambar aku nih....

bergambar kenangan sebelum nak bertolak balik atau meninggalkan Colmar.

jom balik..hati2 ada kenderaan disana sini..sibuk betul la...biasala hari cuti2 sekolah camni..biasalah.ramai yg bawak anak2 jalan sana sini.

Uishhh aku kah ini..cam tak percaya plak rasanya.hehhehhee..

bersama mak tersayang.dimana saja aku berada dia pasti disisi aku senantiasa....Muahhhh

huhuhuhu lihatlah anak2 ku...sempat lagi tu posing..nak masuk dlm kereta pun sempat lagi.gambar ni bukan aku yg ngambik yor.hehhehee.

Adeiiii nasib baiklah tuan yg jaga kat kaunter tiket tu betul2 prihatin kalau tak kempunanlah anak2 aku nak masuk kat Rabbit Farm nih.kami sampai pun dah lewat.kalau tak silap aku la..kami sampai kat Rabbit Farm ni lebih kurang jam 5.30 petang...kaunter tiket pun dah tutup..tapi bila dia tengok anak2 aku datang ni..dia cakap..masuk jelah kak..kesian kat anak2 yg nak masuk..takpelah masuk kejap je...

Baik betul staff kat Rabbit Farm nih..terima kasih ye kerana membenarkan anak2 akak ni masuk jgk walau hanya 5 minit.kesian kat budak2 je..masuk pun ambik syarat je.lepas pegang 2 ekor arnab kami terus blah.hehhee.

Dik ya memang dah tak takut lagi nak pegang Rabbit2 nih.kalau dulu bukan main lagi takutnya nak masuk dekat pun takut.Tapi kakak2nya masih lagi mantain takutnya tu.huhuhuhu.

Berani ke kakak pegang tu..buatnya arnab2 tu bergerak mau lari lintang pukang...Kak Ngah time ni hanya tengok dan perhati dari jauh je.oklah anak2 ..jom kita balik..lagipun abang2 kat sini dah nak balik ni ha...jom kita balik..


Suka betul aku tengok gambar Dik Ya time nih..cute sangat2 gambar dia dok pegang rabbit tu...nasib baik rabbit tu tak sama besar dengan Dik Ya ye.hehhee.Oklah nampaknya anak2 aku pun dah puashati..dapat gakla dia org masuk kat Rabbit Farm nih walau hanya sebentar je.

Next timelah kita mai plak ye.sekarang ni dah pukul 6.00 lebih cuaca pun mendung je nih.meh kita turun dulu sebelum hujan lebat plak.

2 Comments:

lily lotus said...

tak pernah lg sampai. thanks for the review sis...

DatinDiaries said...

Lily: cuti sekolah nanti bleh bawak anak2 kesana