December 22, 2010

MENUNGGU ORG TERSAYANG..


Hari yg amat mengembirakan aku adik beradik..dan aku rasa aku lah yg paling bahagia skali hari ni.mana tak nya..hari ni ibu tersayang akan balik.sebulan lebih aku berpisah dengan beliau.dan ini adalah kali pertama aku berpisah dengannya.saudara mara aku dari Thailand juga dah sampai dari semalam lagi kat umah aku ni .semata-mata nak menyambut ibuku yg baru pulang.adik beradik tak yah cakaplah..semuanya dah berkumpul kat Airport ni ha.kecualilah adik beradik aku yg jauh memang takdelah kat sini.

Saat seperti ini memang aku tunggu2 sangat.mengharapkan agar ibuku balik dalam keadaan yg sihat dan tak sabar rasanya aku nak tatap wajahnya.rindu sangat2.

hehhee cam pelarian pun ada gak aku anak beranak semuanya nih.hehhehe lama sangat dok menunggu...Flight delay la plak..adeiiii 1 jam plak kena tunggu kat sini..nak balik rasa cam tak berbaloi plak..nak naik makan KFC kat atas tu sure penuh giler..so aku dok tepi ni jelah.lagipun tempat aku dah kira strategik nih..dok muka depan pintu besar doh ni, senang nak nampak wajah mak aku keluar ni nanti.

Tak sabar betul nampaknya aku tu.asyik dok tengok kat dalam je nih.adeiii lamanya.naik lenguh kaki aku dan sebagainya nih.

hehhehe cam nak tengok konsert pun ada gak ni.kena dok luar pagar, sedang menunggu artis2 lalu depan mata.kih kih kih..lawak bodoh la plak aku ni pepagi buta.adeiii......tak sabar weh..nampaknya flight dah sampai..lagilah tak sabar aku dibuatnya nih..

Cakkkkk Dik Ya nih pun tak sabar gak dok tunggu mek dia balik.ni cucu kesayangan mak aku la nih.huhuhuhu bukan main happy la dia org semua ni bila aku cakap yg mek nak balik hari ni.Anak kembar aku siap tanda tarikh lagi tu kat kalendar..tak sabar nak mek balik.ingatkan aku je yg tak sabar rupa2nya anak2 aku juga sama.

Alahai berdebar la plak.tengok tu ramai betul org kat depan aku tu, nasib baik tak roboh je pagar tu.hehhehehhe..saat mcm ni lah yg paling mendebarkan aku.mana taknya aku betul2 tak sabar time ni nak tengok wajah mak aku.mcm mana la keadaan dia?? dan macam2 pertanyaan lagilah dalam kotak fikiran aku nih.yg penting aku mengharapkan agar ibu tersayang sihat tu je.

yeayyyy dah nampak kelibat mak tersayang.memakai jubah putih berjalan kearah aku setelah aku memanggil namanya dengan begitu kuat skali.hilang rindu aku setelah tatap wajahnya yg tersenyum je bila tengok kami semua.

Mak aku dah semakin dekat...rindunya...alhamdulillah nampaknya mak aku sihat dan nampak kurus dan putih sikit dari dulu...Alhamdulillah syukur semuanya baik2 ajer..alhamdulillah syukur skali lagi.

Mak aku dah tersenyum bila dia melihat ramai yg dok menunggunya.......inilah wajah org yg paling aku sayang dalam dunia ni.iaitu ibu yg melahirkan aku ke dunia ini....

Ni abang mak aku yg sampai semalam dari Thailand.nampaknya dia kena tahan 1 minggu lah kena dok umah aku.yelah mak aku baru balik..biasanya org2 tua cakap kalau org yg baru balik dari mekah memang tak digalakkan utk keluar umah selama seminggu ( yelah mana tau kan ada org2 nak dtg umah ke apa ke ) ..pastu dalam masa 1 minggu tu jugak mak aku digalakkan utk bersembahyang berjemaah bagi setiap waktu.

So bapa saudara akulah yg akan jadi imam dan tukang ajar mengaji kat umah nanti.bapa saudara aku ni ialah tok guru dari pondok kat Thailand sana tu.

Ibuku yg tersayang menitiskan air mata gembira bila melihat kami semua datang menjemputnya di Airport.jom kita balik..

bergambar jap..hurmmmm rindunya kat mak aku nih..sebulan lebih tak berjumpa dengannya.

sebelum nak balik rumah kami akan singgah kat Masjid Pengkalan Chepa jap..sebelum jejak kaki dirumah..bapa saudara aku menyuruh mak aku sembahyang sunat syukur di Masjid dan sembahyang berjemaah di masjid coz solat zohor pun dah tak lama.

kami sama2 bersembahyang berjemaah di Masjid PC.lepas ni kami akan terus balik ke rumah.kerana malam ni aku akan panggil beberapa org kampung utk buat Majlis Tahlil dan juga doa kesyukuran.

Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan baik.sekarang ni kami tgh berkemas segala barang utk terus balik ke rumah.tak sabar rasanya nak bawak mek balik umah.

sampai je kat umah.mak aku sempat gakla keluarkan barang2 yg telah dibelinya semasa dia disana.hurmmm cantik gakla barang2 hiasan nih.ni bekas celak mata nih..cantik dan klasik kan.boleh buat hiasan nih.

bekas perak yg bersize kecik.bekas ni aku gunakan utk letak air zam-zam.dan air zam-zam ni akan diberi minum utk tetamu yg datang nanti.tak kanlah nak bagi minum 1 gelas besar kan.heee..cukuplah dgn cawan cute nih..sebagai ambik syarat.

gelas minuman ni pun mak aku bawak balik.katanya ustaz yg bagi kat dia..hehehe takpe..janji semuanya bleh buat kenangan kan.lagipun gelas2 ni bukan ada kat sini.kalau ada sekalipun rasanya pasti lain bebenorkan..inikan gelas dari Makkah..sebagai kenangan semuanya nih.


Bekas air pun cute gak.tapi masih ada banyak lagi barang2 yg telah dibelinya semasa kat sana.mak pergi flight awal, so banyaklah masa dia utk menziarah kat mana2 tempat.

Apa2 pun alhamdulillah coz mak selamat dan sihat.syukur sangat2...hilang sudah kerinduan ini.Sayang aku utknya sememangnya tak akan pudar dan dialah segala-galanya bagi aku.tanpa dirinya tiadalah aku didunia ini.Selesailah sudah segalanya dan impian aku selama ni sudah pun menjadi kenyataan iaitu menghatar ibuku ke Tanah Suci dan lepas ni insya'allah semoga aku dimurahkan rezeki lagi coz aku berniat nak buat upah haji utk arwah ayahnda tercinta.dan doakanlah agar aku diberikan kesihatan yg baik dan dipanjangkan usia supaya aku terus dapat menjaga org2 yg tersayang disisi aku.Amin.

2 Comments:

269532 said...

kakyu, kim slm kat mek eh. Alhamdulillah mek slamat pegi dan selamat blk..

DatinDiaries said...

Amy: insya'allah nanti kak u sampaikan...