December 22, 2010

BERTOLAK KE KL - CUTI SEKOLAH..


Hari ni aku dapat call dari Batuta Travel yg mana Travel Agency yg mak aku ke Makkah ari tu la.katanya beg mak aku dah sampai kat Tabung Haji.so kena pegi ambiklah beg tu, nasib baik gakla dia org call masa aku ada kat KB lagi..buatnya dia org call masa aku dah ke KL mcm mana..tak ke naya dibuatnya.hurmmm

Aku sampai je , takde org lagi yg mai ambik beg2 nih.selang beberapa minit je dah penuh ruangan nih.semuanya mai ambik beg masing2.aku plak cam biasalah sudah tentu ditemani suami terchenta lah.

lepas je ambik beg tu , kena sign dulu..isi nama dan ic skali..yelah buatnya beg tu hilang mcm mana..sape yg nak bertanggungjawab plak.guard kat sini mana tagu beg sape2 kan..so utk memudahkan kerjanya ..tulis je nama bagi yg dah ambik beg tu..so takdelah nanti timbulnya isu kehilangan ataupun kecurian beg tu.

Belah petang nya plak aku dan keluarga serta kawan aku konvoi ke KL bersama-sama.cuti sekolah ni biasalah..masing2 nak bawak anak2 pi bercuti.kali ni aku konvoi 3 buah kereta Perdana je..iaitu aku..HB aku dan sorang kawan.best gak konvoi mcm ni...santai je rasanya..takde nak terkejar-kejar sangat pun.

Sebelum tu aku menyinggah kat Kuala Krai dulu..cam biasala singgah beli daging dulu.sampaikan makcik ni pun dah mula senyum kat aku.aku tak keluar dari kereta lagi..dia dah kenal aku.hurmm aku ni kira cam customer tetap dia lah.

3 buah botak hitam akan berkonvoi ke KL..banyak plak tempat yg kami singgah nih..memang betul2 santailah.seronok dan tak memenatkan.anak2 cam biasala..senantiasa menemani aku.cuma kali ni mak aku bersama..dah lama rasanya mak aku tak bersama ikut konvoi nih.

singgah makan kat R&R Gua Musang dulu..isikan perut ni dulu sampai kenyang pastu sambung drive lagi..aku plak memang tak bleh nak gilir2 la dgn HB aku..coz HB aku pun bawak keretanya jugak.penat atau tak kena bawak sendiri..dan aku rasa tak tahulah jam berapa mau sampai coz kami asyik berhenti je nih...biasalah ada anak2 kan...kalau sepatutnya sampai pukul 1 pasti akan menganjak ke pukul 2.

makan jangan tak makan..uishhhhhhh aku ke ni...memang badan aku dah naik mendadak..agaknya bila lah aku nak diet aku pun tak tahulah..malas arr nak cakap bab2 diet nih..rasa cam lapok dek zaman je topic tu.huhuhuhu..


mana aku tak gemuk..tengoklah cara aku makan tu..punyalah berselera giler..hehhehhe aku kalau menyinggah kat R & R Gua Musang ni aku pasti akan makan Sup Tulang dan ulam2 ni ha...hurmmmmm sedap tak terhingga...makan plak nasi putih dgn Sup..pastu ada budu dan ulam la plak...nak2 kalau ulam tu ulam petai......habis diet aku yg takde nak dietnya nih.muahhahahhaha..

makan dulu..pasni nak terus gerak ke KL plak....

0 Comments: