Ini memang takde dalam agenda aku dan aku tak pernah dengar pun pasal Kawah Putih..huhuhuhu...cuma Angga ( pemandu ) yg bagitau aku ..Kawah Putih ni cantik dan teramat cantik airnya...dan mungkin aku belum pernah tgk lagi air atau kawasan seperti itu sebelum ni..tapi nak ke sana memakan masa selama 2 jam dan anda akan melalui pelbagai onak dan duri jalan raya yg pecah2 dan sebagainya..hehhehee..mcm mana sukarnya nak kesana..aku akan pastikan Angga bawak kami dgn selamat dan yg penting kami akan sampai juga..hehhee..
10.00 pagi - Aku berada di Kawah Putih ianya terletak di Gunung Patuha.Gunung Patuha oleh masyarakat Ciwidey di anggap sebagai gunung yg tertua.dan ada lagilah pasal sejarah Kawah Putih ni..sampai je aku kat bawah atau area nak naik ke puncak gunung tu..Angga menyuruh aku diam..coz kalau cakap org Malaysia ada xtra charge kot..hehhehhe..so Angga bagitau kami ni asalnya dari Palembang..huhuhuhu....adeiiii..mcm2 la...tapi seronok..sekarang ni dah ada bayaran utk naik ke atas..kalau nak bawak naik kereta sendiri pun blh cuma atas bayarannya tertentu la..aku nak bagitau detail sangat pun ..aku tak paham apa yg dia org cakap..bahasa apa ntah...hehhehhehe..
- kami naik menggunakan kenderaan yg dah disediakan..kenderaannya plak ala2 kereta yg mcm dlm padang golf..huhuhuhu dah la naik bukit...seram sejuk aku dibuatnya...kan terpelanting ke bawah baru tau..hehhehhe.tapi dia memandu dgn baik la.sampai je aku kat atas tu terasa sejuk sangat2.tak sabar betul aku nak tgk apa yg menarik sangat kat Kawah Putih ni..bila aku turun ke bawah....Ya Allah hanya Allah je yg tahu..betapa cantiknya suasana di situ..dan inilah kejadian yg Allah ciptakan dan di perlihatkan oleh kita bagi mengkagumi ciptaannya.airnya memang cantik sangat2..warna hijau .....dasarnya colour putih kot..ianya disebabkan adanya sulfur yg terlalu kuat tu yg nampak air cam warna hijau tu...memang cantik sangat2.tapi jgn dok lama2 sangat kat situ nanti sakit dada ...kat situ memang mempunyai sulfur yg terlalu tinggi.aku memang tak lepaskan peluang bersama HB merakamkan gambar sebanyak yg mungkin ..pokok2 yg tumbuh di persekitaran Gunung itu memang begitu cantik skali..tak pernah aku lihat sebelum ini suasana yg begitu cantik.
- Aku tak duduk lama sangat kat situ...kejap je....juz ambik gambar dan tgk apa2 yg patut je....pastu aku keluar dari kawasan tu..tak tahan..nanti blh batuk2 tau...sampai je kat atas aku makan makanan yg belum pernah aku makan..nak cuba jugak makan yg belum pernah aku rasa ni..so aku cuba makan Ketan Bakar ( ianya adalah pulut, sambal lada dan kelapa parut manis ) pastu aku makan Pisang Bakar di campur dengan susu pekat..fuh sedap giler....tak terfikir aku makanan seperti itu...tapi memang sedap...dah settle bab2 makan benda2 alah tu aku nak ke tempat lain la plak..so kami turun dgn kenderaan yg lain plak..bila dah sampai kat atas tu..bila kita nak turun tak kisahlah nak naik kereta mana2 pun ...tak perlu nak kena tunggu kenderaan yg kita naik memula tu..naik kereta tu ok sikit cuma pemandu kereta kali ni bawak kereta cam pelesit..gila apa bawak kereta...dah la turun bukit bawak laju giler..blh tercampak ke bawah tak pasal2....huhuhuhu..dahla bunyi ekzos kereta dia cam bunyi lagi Crazy Frog je..hehhehhehee..akhirnya kami selamat juga sampai di bawah...Alhamdulillah...pastu Angga bagitau aku..lepas ni kita datang naik dgn kereta kita sendirilah..tak payahla naik dgn dia org ni..bawak kereta cam pelesit katanya..ingatkan aku je yg takut rupanya dia pun sama juga perasaannya dgn aku..
Satu pengalaman yg indah bagi aku hari ni...dan Kawah Putih adalah satu tempat yg begitu cantik skali..kalau anda ke Bandung ....anda diwajibkan datang atau singgah kat Kawah Putih tau..memang cantik tempatnya....cantik sangat..di ulangi...cantik sangat..hehehhee..
0 Comments:
Post a Comment