Sepatutnya aku dah balik bersama dgn rakan2 konvoi yg aku datang bersama hari tu..tapi HB aku tak nak bagi aku balik lagi..yelah nak luangkan masa bersama lebih lama sikit.yelah minggu depan HB aku dah nak kena pegi 'offshore' kat Miri.so aku luangkan sedikit masa bersama dgn nya..lepas ni 2 minggu kami tak berjumpa...mesti rindu kan...yelah sorang ni je HB kesayangan aku nih..hehhehe..tak mcm lelaki..blh berkongsi2 gitu...kalau adil dan saksama takpe ..tak kisah..kalau terlebih mampu...jgn pulak bila dah ada yg baru..yg lama di lupakan dan di biarkan sesuka hati....
kebetulan hari tu aku memang dah settle semua kerja rumah aku..nak dok kat rumah je..mesti boring kan..yelah kalau dok kat rumah ..memang asyik tak nak keluar bilik je..aku lebih selesa dok dalam bilik sebenarnya..layan internet dan sebagainya..jarang sangat nak tgk TV ni...kecualilah kalau ada cerita2 yg menarik ke..baru aku tgk...so hari ni takde apa nak buat...aku ajak la HB aku menonton wayang..nak tgk citer PISAU CUKUR..huhuhu ..kemain ganas lagi kan tajuk tu..apa yg aku boleh ceritakan pasal cerita tu...adalah ianya memang berlaku pada masyarakat kita..dan ianya sememangnya cerita benar..takde manusia yg kat dunia ni tak nak hidup senang...so cara yg mudah adalah mencari suami org yg bergelar 'DATUK' utk cepat hidup senang.tak kisah kalau nak nak khawin sampai 5 sekalipun kalau benar2 mampu..cuma yg penting adalah adil..jgn pulak bila dah khawin...nak ceraikan isteri sesuka hati tanpa berbincang atau bersemuka.last skali anak2 yg terbiar...mcm cerita tu yg aku tgk la..masing2 nak berebut mencari jutawan...yg ada BF pun sanggup tinggalkan BF semata-mata nak meraih cinta si Datuk ..biasalah itu adalah lumrah dunia...takde siapa yg tak mahu senang....dan lakonan Fazura memang betul2 mencuit hati aku..lakonannya memang bersahaja dgn mimik muka dan ayat2 yg keluar dr mulutnya secara spontan memang menghiburkan hati aku utk menontonnya...bagi yg belum tgk tu....di persilakan tgk...memang best cerita ni....aku dan HB memang asyik dok tergelak kat Fazura je...sememangnya lakonan dia kali ni betul2 menjadi.
apa2 pun aku betul2 enjoylah dgn apa yg aku lakukan bersama HB aku...walaupun hanya menonton wayang..tapi ianya akan merapatkan lagi hubungan kami.kami bukannya berada di dalam golongan yg mewah tapi kami bahagia dgn cara seperti ini..yelah kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..itulah kehidupan aku kini......apa yg penting adalah nasib anak2 aku akan terjamin...akan aku lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak2...utk anak2 aku akan buat apa saja....jgn sampai anak2 aku menderita dan merana dah la....aku rasa anak2 aku insya'allah tak akan sampai ke tahap itu...dan aku mengharapkan agar hidup anak2 aku terjamin bila aku sudah tidak ada lagi..dan aku rasa papa nya tak akan biarkan anak2nya hidup susah .....alhamdulillah kerana ALLAH menjaga dan melindungi serta memberikan rezeki utk anak2ku..
0 Comments:
Post a Comment