December 8, 2010

SELAMAT TINGGAL - SR KIDS..


Hari ni adalah hari terakhir anak bongsuku akan bersekolah kat Smart Reader Kids..dari anak kembar aku sehinggalah ke anak bongsuku..semuanya bersekolah disini pada awal usianya mereka 4 tahun sehinggalah 5 tahun....

Hari ni Dik Ya last day sekolah kat sini..lepas ni dah tak jumpa lagi dah mereka dgn cikgu2 mereka kat sini..kalau masih di Kelantan mungkin aku akan hantar anak2 tution kat sini..tapi kalau aku pindah kat KL memang dah tak akan jumpalah.sedih plak kan 4 tahun disini akhirnya semuanya sudah selesai dan perpisahan jua akan bakal berlaku..biasalah setiap pertemuan pun pasti akan menemui perpisahan gak kan.

Alhamdulillah Dik Ya memang seorang pelajar yg bijak dan cepat menerima sesuatu pembelajaran yg telah diajarkan.setiap tahun prestasinya meningkat walaupun kerap sangat cuti..tapi cikgunya senantiasa memujinya.cuma yg silap aku ialah Dik Ya banyak cuti sekolah.

Tahun depan Dik Ya dah berumur 6 tahun dan Dik Ya juga akan memasuki Tadika dimana tempat yg sama kakak2nya belajar iaitu sekolah cina gak.aku nak sangat anak2 aku pandai dan dapat menguasai banyak bahasa,semua itu adalah utk masa depan mereka jugak.

Alahai cutenya gambar anak mummy sorang nih, tapi kenapa cam susah je nak senyum ni Dik Ya weh.

Dik Ya bersama dengan rakan2 kelasnya...nanti bila dah besar bleh la cari mereka semua kat FB je..hehhehhee.

Tamat sudah pembelajaran Dik Ya di Smart Reader Kids..sampai ketemu lagi semuanya ye..

Dik Ya bersama guru kelasnya..dimana satu waktu dulu Teacher Ann ni adalah guru kelas anak kembar ku juga.

posing sakan nampaknya anak2 aku ni bersama dgn teacher2 kesayangan mereka...terima kasih buat semua tenaga pengajar di SRK Jalan Che Sue..kerana telah memdidik anak2 saya sehinggalah mereka menjadi seorang yg cerdik..bleh berbahasa Inggeris..berani..berdikari dan sebagainyalah.terima kasih buat semua..dan kenang daku dalam doa kalian ye.hehhehe

Bergambar lagi..nampaknya kali ni memang banyak sikitlah ambik gambar dgn cikgu mereka..yelah lepas ni tak tahu bila plak nak jumpa dgn mereka kan.terima kasih buat cikgu..

Bersama Zura iaitu salah seorang staff kat SRK..dan Selamat Pengantin Baru ye.hehhehe...pi la honeymoon mana2 ...cari tempat2 yg best dan romantik gitu.

aku bergambar kenangan bersama dengan guru kelas Dik Ya..lepas ni kita pasti akan jumpa lagilah.hehhe Kelantan ni bukannya besar sangat pun...sampai ketemu lagi ye..

Hasil kerja tangan Dik Ya selama dok sekolah kat sini..sungguh kreatif dan cantik2 semuanya.

wah ramai betul kawan2 Dik Ya nih...jom kita pakat2 ambik gambar sebagai kenangan..lepas ni memang tak tahu bila la plak Dik Ya akan jumpa dengan rakan2 Dik Ya nih.

Rapat je lelaki hensem tu dgn Dik Ya...tu salah sorang kawan baik Dik Ya la tu.huhuhuhu.

wah kemain lagi rakan2 Dik Ya nih..dok tgk gambar masing2 la tu..sampaikan tuan empunya gambar sendiri tu pun dibelakanginya.hehhehehhee.

Hah apa tu...cam terkejut je nih..Dik Ya dah nak ambik gambar dia..tapi kawan2nya masih tak nak bagi lagi.hehhehehhehhe..adeiiiii...

Hah tengok lagi..apa yg best sangat dia org dok perhatikan tu aku pun tak paham.hehehhehe..takpe layan jelah..lagipun ni last day Dik Ya jumpa dengan rakan2nya..

Alahai Dik Ya .....lelaki hensem ni namanya Ali...salah seorang rakan sekelas dgn Dik Ya lah ni..dan Dik Ya selalu cakap yg dia dgn Ali memang kawan baik kat dalam kelas.huhuhu....

Lepas je ambik Dik Ya..aku terus gerak ke KL...dengan Dik Ya pakai baju sekolah..dari rumah lagi aku dah sediakan apa2 yg patut..sebelum nak keluar pastikan rumah dalam keadaan yg bersih...siap segala keperluan barang2 dan terus pi ambik Dik Ya sekolah.

Dan kini dalam perjalanan ke KL bersama anak2...hurmmmm penat woo dan aku jugak bertolak agak lewat sedikit..yelah nak uruskan hal2 kat sekolah Dik Ya..tu pasal la lewat sikit aku bergerak hari ni..nasib baik aku terus bawak segala barang2 nak ke KL..kalau aku menyinggah balik umah plak..tak tahulah jam berapa agaknya aku akan bertolak ke KL..

0 Comments: