December 22, 2010

PERSIAPAN UTK MAJLIS TAHLIL & KESYUKURAN...


Lepas je ambik mak di Airport tadi..terus balik umah dan settlekan hal2 kat umah dulu.petangnya plak aku dan adik bongsu aku tu pi kat GD EX plak coz ada barang yg mak aku kirimkan masa dari Makkah dulu baru sampai..huhuhu barang sampai sama dengan tuannya sedangkan pos nya dah lama kalau tak silap aku la.huhuhu.

So kena lah mai sini dulu ambik barang mak aku plak.selesaikan satu persatu.kan kalau tak terus ambik buatnya aku tak ingat plak ..naye..

ha nilah satu kotak besar yg dah sampai utk hari ni..sebelum ni satu kotak bersama dgn air zam2..dan ni kotak lain plak..apalah agaknya kat dalam ni ye.nampak cam berat bebenor masa adik aku angkat tadi.hehhe tak sabar plak rasanya aku nak tengok.huhuhu.

Singgah kat kedai pengantin jap.aku mai beli paper bag kecik2 ni..utk letak makanan malam nanti.Nanti malam kat umah ada buat Majlis kesyukuran dan doa tahlil.so segala apa yg nak diberikan kepada tetamu akan aku letakkan dalam ini paper bag jelah.

Ni lah dia adik bongsu lelaki aku nih.bila la agaknya dia ni nak khawin kan.huuhuhu dah bleh khawin dah tu..umur dah lebih maaa..tunggu apa lagi..khawin la cepat..

ni salah satu kuih muih tradisi Kelantan iaitu 'Lompat Tikam"..aku pun tak tahu dari mana datangnya nama kuih ni..mungkin org dulu2 tu dia lompat pastu dia tikam pastu dia buat kuih ni kot.muahahahhahha tak pastilah plak aku darimana datang namanya nih.Tapi kuih ni memang sedap..dah lama HB aku mengidam nak makan kuih nih..kesian sekarang ni dia tgh mengandung tapi tak tahu bila nak bersalinnya.kih kih kih..

Ha ni plak nama dia 'Nasi Tumpang' ..mcm2 kan nama makanan2 Kelantan nih.tapi walaupun mcm2 jenis nama..bila dimakan memang sedap..bila cuba skali pasti nak lagi.Nasi Tumpang ni plak ala2 cam Nasi Kapit la..anda tahu tak Nasi Kapit tu mcm mana plak.huhuhu..kalau anda tak tahu cuba anda tanya kat org Kelantan..mcm mana.hehhehehhee.

kuih muih semuanya dah dibeli utk hidangan ringan kepada tetamu malam nanti.ni aku mai singgah beli kat 'Padang Bas'.

Hah tak sabar rasanya aku nak tengok apa yg mak aku beli utk kali ni plak.hehhee.

huhuhuh sesuatu yg istimewa dari Makkah yg mak aku belikan utk aku iaitu Kacip Fatimah yg asli.hehhehe mak aku nak aku amalkan dan minum...adeiiiii pasti pahit dan kelat tak hengat kan.

Kakak sulong aku pun ada gak nih..dia lah tulang belakang kalau kat umah aku ni ada jamuan atau yg sewaktu dengannya.

Majlis Tahlil dan Majlis kesyukuran buat ibu tersayang dan juga buat arwah ayahnda tercinta.semoga roh arwah ditempatkan didalam golongan org2 yg beriman dan soleh hendaknya.amin..dan alhamdulillah kerana ibuku selamat kembali dan sihat semuanya.

Makan kuih muig tu dulu ye...nanti lepas ni bleh makan nasi plak.apa2 pun terima kasih aku ucapkan kepada org2 kampung aku yg sememangnya tak jemu2 utk datang ke rumah aku setiap kali aku adakan jamuan.terima kasih aku ucapkan.

Bila semua tetamu dah balik..inilah yg aku dok tunggu2 dari tadi lagi.dah lama rasanya tak makan mcm ni.....makan ramai2 anak beranak ni sedap weh..masing2 nak berebut nak itu dan nak ini..memang meriah dan sudah pasti makan pun tak hengat berapa kali tambah.hahhahhaa.

ni kami buat 2 hidangan..1 utk lelaki dan 1 lagi utk pompuan..hurmmmm best..tgklah lauk2 tu..aku suka makan nasi yg lauknya mcm ni..nak2 lagi kalau ada budu dan ulam ...fuhhhhhh..

Ha makan jangan tak makan...makan dengan anak2 plak..lagilah meriah..kalut dibuatnya dan huru hara gakla.hehhehee.anak2 pun makan banyak..Dik Ya tu siap bersila lagi.hehhehee

Ni lah gelang yg dipakai oleh mak aku selama sebulan lebih semasa dia berada di Makkah tempoh hari.gelang ni cam pengenalan diri dia la kot.tapi cantik gak..blehla buat kenangan.insya'allah kalau dimurahkan rezeki dan diberikan umur yg panjang nak sangat aku kesana sekeluarga.

Oh anak2 ku....malam ni nak pakaikan inai mekah kat jarinya..tapi aku ni bukannya kreatif sangat pun nak ukir bagai...tapi at least pakaikan jugak inai2 tu kat dia org.

2 Comments:

lily lotus said...

syukur semuanya dah selamat :)

DatinDiaries said...

Lily: alhamdulillah semuanya selamat