November 13, 2010

SEMBAHYANG HAJAT...


Malam ni seperti yg aku katakan tadi...aku akan adakah Sembahyang Hajat dan Bacaan Yassin..semuanya ni tak dirancang pun..last minit mak aku dari Mekah call aku tadi dan menyuruh aku panggil org2 surau jemput datang ke rumah utk bersembahyang hajat..Maka kalut gakla nak buat persiapan...tapi nasib baikla aku ni bukannya jenis manusia yg lembab ..Bila je dapat panggilan..aku terus bangun kemas umah dulu yg penting....sebelum nak pi ambik anak2 sekolah ni..rumah kena kemas dulu..pastu pi singgah umah abang aku..suruh dia jemput org2 surau datang umah lepas sembahyang isyak nanti...

Selepas semuanya selesai, sebelum aku nak balik umah..aku singgah kat Padang Bas jap..mai singgah beli kuih muih utk hidangan ringan kepada tetamu2 Surau yg datang ke umah aku malam nanti.Untuk makanan ringan ni aku hanya sempat sediakan beberapa jenis kuih bersama Tea O Panas je..Dan Nasi Ayam Hainam + Mineral water + Asam Jawa Coklat dan ....Biasanya kalau ada mak...dia org selalu makan kat umah je..tapi kali ni mak aku takde bersama nampak gayanya kena bagi nasi bungkus jelah.hehehhehe..

Nasi Bungkus plak ditaja oleh Kakak aku.terima kasih ye.hehheh..lain kali kena taja benda lain plak..Apa yg penting kat sini semoga Majlis malam ni berjalan dengan baik dan lancar seperti yg dah aku rancangkan.

Panggil takdelah ramai sangat, cukuplah hanya 15 org je malam ni.Panggil ramai2 pun bukannya dapat muat pun umah aku ni...tapi ni pun dah alhamdulillah syukur teramat sangat coz selalunya org yg datang sembayang hajat kat umah aku ni adalah org yg sama juga sejak 13 tahun yg lepas...

Kat dapur plak dok sibuk..dok masukkan Nasi Ayam dalam paper Bag ni ha....yelah senang nak bagi kat tetamu ni nanti.Masa dia org tgh dok solat..kita org dok kalut kat dapur la..buat persediaan apa2 yg patut...dan nasib baikla ada kakak dan adik ipar aku yg datang menolong aku malam tu...kalau tak datang..naye la aku dgn bibik je nak uruskan semuanya..

Sempat gakla aku candid gambar mereka ni..sebagai kenangan utk aku letak dalam Diaries kesayangan aku ni...setiap apa yg berlaku dan setiap apa jua aktiviti harianku akan aku abadikan disini...walaupun tidak semua..ada apa yg aku rasa perlu je la...

Ya Allah Ya Tuhan ku..kau lindungilah ibuku daripada perkara2 yg tidak diingini..jauhilah ibuku daripada perkara2 yg tak sepatutnya dan dugaanmu Ya Allah.Kau permudahkanlah segala urusan ibuku semasa di sana Ya Allah....Semoga ibuku mendapar Haji Mabrur...Kau panjangkanlah usianya dan berikanlah kesihatan keatas dirinya Ya Allah...Amin...

Lepas Sembahnyang Hajat, aku adakan Bacaan Yassin kat umah..semoga semuanya selamat dan semoga semuanya dilindungi...Amin..

Pemanis mulut dihidangkan buat tetamu yg datang...sekadar makanan ringan2 je..dan Nasi Ayam tu aku letak dalam paper Bag ..nanti dia org akan balik makan kat umah bersma anak isterilah ye..


Dalam ramai2 tetamu Surau yg senantiasa datang kerumah aku bila dijemput ni ..ada diantara salah seorang daripada mereka ialah seorang Pakcik yg tak nampak penglihatannya..aku ingat semasa Arwah ayah aku meninggal..dia lah yg datang mengaji kat umah .Al Quran tu dihafalnya ..yelah nak tengok dia tak nampak kan...so itulah kelebihan yg Allah kurniakan padanya..dan kali ni dia datang lagi kerumah aku....Alhamdulillah aku amat senang skali dgn kehadirannya...juga dengan kehadiran semua tetamu..aku berterima kasih sangat2 kepada mereka semua...Asal panggil je datang umah aku..pasti ramai yg datang..Alhamdulillah syukur...


Semoga aku terus dimurahkan rezeki..mudah2han aku bleh senantiasa membuat kebajikan tak kira dimana sahaja aku berada...dan juga smeoga hidup aku bersama anak2 terus diberkati dan berikanlah aku kesihatan yg baik untuk aku terus menjalankan tugasku dan tanggungjawab ku terhadap anak2 yg aku sayang..

Alhamdulillah, majlis malam ni berjalan dengan baik dan lancar skali...rumah pu n tak sampai 1 jam aku kemas....semuanya dah bersih..Seperti biasala aku mana bleh duduk dalam umah yg berselerak..lepas je tetamu turun..aku terus kemas umah..nasib baik waktu tu ada adik dan anak buah..dapatlah dia org tolong angkat kerusi dan sebagainya..tu yg cepat sangat malam ni aku kemas umah...bibim aku cam rilex je kerjanya hari ni.hanya cuci pinggan mangkuk je..manakala aku yg dok kalut dan sebagainya kat luar.hehhehhe..yelah kalau dia yg kemas pun mana aku puas hati.....aku lebih suka aku sendiri yg kemas rumah..kadang2 tu kalau dia kemas..aku mesti pi check satu persatu..kalau aku tak puashati..aku kemas sendiri la.plak.huhuhuhuhu....




0 Comments: