November 11, 2010

SEKOLAH DAH NAK MULA CUTI...


Nampaknya sekolah hanya tinggal beberapa hari saja lagi...lepas ni sakan lah anak2 aku dok sepahkan barang2nya kat umah.huhu dan aku juga takde racangan nak bawak pi mana2..dok kat umah jelah..paling tidak pun cuti sekolah sebulan dok kat KL.Minggu ni adalah minggu terakhir anak2 sekolah...Tahun depan anak kembar ku dah Darjah 3 ..fuh cepat betul masa berlalu dan nampaknya makin besarlah anak2 ku ni..Dik Ya plak dah masuk Tadika .hurmmmm maka makin sibuklah hendaknya tugasku..Apa pun aku gembira dengan tugasku iaitu uruskan anak2..dan jadi driver utk anak2.

Hari ni aku mai ambik anak2 awal la plak..nasib baikla Dik Ya yg temankan aku..kebetulan masa sampai kat sekolah kembar ni..dia org dok berkumpul dalam Dewan..aku masuk jelah..dari dok dalam kereta 1 jam ..tak pasal2 plak..baik aku turun dan masuk Dewan je...tapi alahai..sepatah apa pun aku tak paham weh..semuanya dok cakap cina..manalah aku tahu....tercari-cari gakla mana anak kembar aku tu....tak jugak jumpa..naik berpinar bijik mata aku ni dok mencari dia org dalam beratus-ratus org murid tu ha.


Last skali jumpa gak..tu pun kawan Kakak yg bangun dan lambai2 tangan kat aku.huuh..kalau tak jenuh gakla aku dok mencarinya..Tapi Kak Ngah aku tak nampak sampai ke sudah..cuma last skali masa nak balik barulah nampak dia bangun..tapi tak sempat lah plak aku nak ngambik gambornya...masa ni dia org dok nyanyi lagu cina..tapi aku memang langsung tak faham apa2 lah..

0 Comments: