October 6, 2010

TAKLIMAT HAJI..

Cepat betul masa berlalu ye..sekarang dah masuk bulan 10, maka tak berapa hari lagi lah mak aku akan berangkat ke Tanah Suci..hurmmm pasti aku akan merinduinya..kerana beliaulah banyak yg membantu aku dalam segala hal..kasih sayang dan pengorbanannya memang tiada tandingannya.dia jugalah yg selalu membantu aku dalam menguruskan anak2..dan memang tenaganya tidak ternilai harganya..sebab tulah aku tak kedekut wang ringgit utk mak kesayangan aku...kerana apa yg dia telah korbankan utk aku terlalu banyak dan tidak ternilai dgn wang ringgit.

Hari ni hari sabtu..aku kena hantar mak aku pi Bangunan MARA , kerana ada taklimat Haji dan kena ambik segala jadual penerbangan dan mcm2 lagilah.Taklimat ni dari pagi sampai ke petang so kena berumahtangga kat sinilah nampak gayanya.

Aku seperti biasa la..ditugaskan utk menghantar mak aku kesana..disamping ditemani anak2 tersayanglah..aku tak akan tinggalkan anak2 aku kepada bibik dirumah..yelah risau gak kan..
Aku kena hantar mak aku sampai kedalam Dewan, yelah risau gak..kan kalau dia tak jumpa Dewan tu naya plak..lagipun ada beberapa perkara yg hendak aku tanyakan pada Ustaz tu nanti..



Sampai je kat dalam Dewan..begitu ramai skali bakal jemaah Haji yg akan berangkat sama dgn mak aku.alhamdulillah syukur .aku tengok semuanya baik2 je..dan aku juga doakan yg terbaik utk mak aku.aku memang agak risau kerana mak aku pergi seorang diri..tapi tak mengapa Allah akan sentiasa menjaga hamba2nya ..aku serahkan sahaja semuanya kepada Allah, yg penting mak aku dapat mengerjakan Haji dgn sempurna dan dapat beribadat dengan selesa.Bila dah sampai kat sana akan ada la tu pertolongan dari Allah yg maha esa utk umatnya.

Aku pada mulanya hanya nak hantar mak aku masuk Dewan je..tapi bila aku tanya staff kat luar ni..dia org cakap kalau nak masuk pun bleh...ao aku tak lepaskan peluang la utk dengar ceramah dan taklimat utk bakal2 Haji ni..yelah mana tahukan..kalau dipanjangkan usia dan diberikan rezeki satu hari nanti dapat aku menjejakkan kaki diTanah Suci..sekurang2nya dah ada sedikit ilmu yg aku ketahui.lagipun ilmu harus dituntut dan dipelajari...kebetulan plak Ustaz yg memberi ceramah ni memang bestla..pandai dia bercakap..takdelah aku rasa mengantok sangat..aku masuk jam 9.00 pagi dan keluar pada 2.00 tgh hari...aku balik jap..mak aku masih kat sinilah..aku bawak balik anak2 utk mandi dulu..pastu 2.30 aku nak kena datang balik..yelah nak dengar sambungan ceramah dari Ustaz tu tadi..

Macam2 yg dah aku pelajari utk hari ni..ilmu yg ada mesti dimanfaatkan...dan insya'allah ada rezeki satu hari nanti nak sangat aku ke sana.Taklimat ni selesai pada jam 5.00 petang..kira seharianlah aku kat sini...pada mulanya nak mai hantar je..tapi bila dah dengar ceramah ni rasa cam melekat plak...apa2 pun terima kasih buat Ustaz tu kerana memberi ilmu kepadaku..

0 Comments: