October 16, 2010

SEHARI SEBELUM IBU KETANAH SUCI..


13hb October 2010


Cepat betul masa berlalu,rasa cam cepat sangat masa sekarang ni.pejam celik..pejam celik esok pagi doh mak tersayang nak menunaikan ibadah Haji.Bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memakbulkan doa ku dan niatku utk aku menghantar ibu ku ke Tanah Suci.Rezeki datang daripadanya dan sudah pasti aku tidak menyangka semua ini.Aku bukannya seorang yg kaya raya dan berharta..tapi aku kaya dgn sikap sabar .Disini aku bukan nak menunjukkan aku ni seorang manusia yg baik..aku tidak sempurna..dan aku juga akui aku banyak dosa2 yg belum terhapus.Semoga Allah mengampuni segala dosa ku sebelum aku menutup mata dan meninggalkan dunia ini.Selagi aku hidup selagi itulah aku akan terus berkorban utk ibu dan anak2 aku..mereka umpama nyawaku.tanpa mereka hilanglah punca aku.

Dan aku juga bersyukur kehadrat ilahi kerana berikan aku seorang suami yg terlalu menyanyangi aku.walaupun kami bukan mewah dan kaya harta.tapi kami kaya dgn kasih sayang.begitu juga dgn ibu ku..dengan berkat kesabarannya ..akhirnya Allah menjemputnya dan memilih ibu ku utk menjadi tetamunya.Esok pagi2 lagi ibuku akan berangkat.terasa sedih yg amat sangat..kerana inilah pertama kali aku berpisah dengannya..sejak aku lahir sehinggalah sekarang..inilah hari dimana kami berpisah agak lama.

Hari ni seawal pagi, aku keluar menemani ibuku utk selesaikan apa2 yg patut.Hari ni nak kena settle semuanya ..coz esok memang dah tidak punyai masa lagi..Dik Ya plak tak ke sekolah hari ni.coz dia tak berapa sihat..manakala kembar cam biasalah memang takde cuti baginya kecuali hari Jumaat dan sabtulah...cuma esok mungkin dia org tak kesekolah..kerana esok nak kena hantar mak ke Airport..sebelum dia nak berangkat ke Tanah Suci nak lah sangat aku bagi anak2 jumpa dgn neneknya.

Singgah di Tabung Haji terlebih dahulu, check kot2 ada balance ke tak.hehhehe..kalau ada alhamdulillah..kalau takde pun alhamdulillah jugak..coz rezeki semuanya datang dari Allah.Hanya Allah saja lah yg mampu mengubah segalanya.betul tak.

Pastu aku singgah kat Batuta Travel jap..ada urusan disana.ianya utk kemudahan ibuku semasa disana nanti..yelah dah la ibu tersayang pi sorang2..risau jugak aku dibuatnya..apa2 hal sebelum ibu ku nak berangkat kesana..aku nak kena pastikan semuanya berjalan dgn baik dan segala keperluannya nanti diselesaikan.

Pastu singgah kat Azam Photo jap..bukan mai cuci gambar tapi mai tukar duit .tak tukar banyak pun..hanya cukup2 je..daripada takde langsung..baik ada sikit kat tangan tu walau RM1 atau RM2.00 kan..Nak tukar banyak2 tak termampu la plak den.hehhehe..

Balik umah setelah selesai segala hal..anak2 pun dah ambik kat sekolah.sebelum nak tukar baju..sempatlah aku ambik gambar aku sendiri jap.yelah dah takde sape nak ambik gambar aku sekarang ni.kena ambik sendirilah nampak gayanya.

Singgah kat Pasar jap..pi beli kulit popia..malam ni nak buat popia serunding nih..nak buat bekal utk mak tersayang.mak aku ada gastrik..makanan ringan nak kena ada senantiasa..so aku nak buat bekal utk mak...kalau aku kat sebelah takpe..ni dia sorang2..risau jugak.

bermulalah tugas utk buat kuih simpul..dan dlm satu plastik kecik yg lain plak..aku bekalkan serunding daging utk mak.aku packing dalam plastik yg kecik2...utk 40 hari punya stock..buat kecik2 ..kira cam skali makan sekali bukak la..kalau packing besar2..susah la plak..banyak hal..ni kalau buat kecik2 senang nak bawak dalam beg gantung nanti..



Sambal daging yg dah dipacking dalam plastik kecik dah pun selesai..nampak cam banyak je kan..tapi takdelah banyak sangat pun.blehla mak aku buat alas perut.huhuhu..walaupun makanan memang dah disediakan..makan 3..4 kali sehari..tapi aku akan pastikan jugak yg mak aku ni tetap ada makanan dalam beg keciknya.yelah risau gak kan...isnya'allah..semoga Allah melindungi ibuku daripada perkara2 yg tidak diingini..bila dah sampai disana..kita serahkan je pada Allah swt..hanya dia sahajalah yg mengetahui segalanya...

0 Comments: