October 4, 2010

RIBEN OH RIBEN...


Majlis Kesyukuran utk mak aku dah nak dekat nampaknya..pejam celik..pejam celik cepat je masa berlalu..sekarang ni kenapa la rasa cepat sangat masa berlalu ye.Aku memang bercadang nak buat Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat utk mak aku yg akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan ni.Segala persiapan dah pun aku buat satu persatu.manakala utk segala lauk pauk utk Majlis ni aku dan adik beradik yg lain memang dah sepakat utk keluarkan duit masing2..kira cam 'pakat2 la gitu' hehhee...masing2 nampaknya nak sponsor itu ..nak sponsor ini dalam bab nak buat makan2 nih..alhamdulillah ringanlah sikit rasanya kalau masing2 dah sepakat semuanya.

Hari ni aku keluar pi beli riben jap utk diletakkan diatas kotak kecik ( cam sisor telor lah ) ..takde apa yg nak diberikan kepada tetamu ..aku hanya sediakan yg simple2 jelah..apa dia"" nanti tunggu selepas ini lah aku akan postkan..cuma hari ni aku letak gambar riben jelah ye.


Ha dah siap sikit2...aku nak kena siapkan dalam 250 dahla....lagipun bukannya panggil org ramai sangat pun..takde panggil ribu riban pun..cuma cukuplah sanak saudara, adik beradik dan beberapa org kampung je yg aku jemput.

Segala persiapan masih jugak lagi dijalankan..banarng2 kelengkapan utk mak aku dibawa ke sanan nanti semuanya dah settle..cuma sekarang ni hanya sibuk nak buat persiapan utk Majlis Kesyukuran la plak.hurmmmm hari pun tinggal takdelah lama sangat..lagipun masa ni memang cepat je berlalu...oklah nak sambung buat riben la plak..kan nanti tak siap kerja aku ni plak..bab kerja ni memang takde sape yg tolong..semua ni aku buat sendiri ..

0 Comments: