October 13, 2010

PERSIAPAN UTK MAJLIS KESYUKURAN..


Petang ni kakak aku datang ke rumah, dia adalah Tukang Masak yg WAJIB ada kat umah aku setiap kali kalau aku buat makan2 kat umah la.Kakak aku kalau bab masak Gulai Kawah fuh memang the bestlah..kenduri kendara memang ramai yg ambik dia utk jadi tukang masak..kenapa aku takde bakat bab masak gulai2 ni ye.hurmmm.

Majlis Kesyukuran ni akan diadakan esok hari, dan hari ni kakak aku mai buat apa2 yg patut dulu.hurmm cam buat benda2 yg penting dululah..esok bleh terus masak terus je..kan senang.takdelah nak kalut nak kena buat semua skali dalam satu masa.jimat masa dan tenaga.Esok hari jemput org2 kampung dan saudara mara datang lepas Zohor.Apa2 hal skalipun nak kena siapakn segalanya sebelum jam 1.00 tgh hari.

Aku hanya buat apa2 yg patut jelah...lagipun aku tgh tunggu org mai pasang khemah kat umah...aku kena jaga coz aku nak kena bagitau nak letak kat mana dan sebagainya.aku nak dia org terus buat je senang..takdelah lepas dia org buat..aku plak nak terkial-kial buat sendiri.tu pasai la aku nak kena pantau segalanya...manakala mak dan kakak aku hanya pantau kat bahagian dapur je.


Diantara bahan2 yg akan digunakan dalam masakan nanti dan aku plak memang takde masa nak belajar dan tengok apa2 yg patut.yelah aku pun kalut dgn hal aku sendiri jugak.mana ada masa nak rilex dan sebagainya.lepas ni nak kena pi tempah santan plak..esok pagi senang..bleh terus pi ambik..tak payah nak menunggu lama2..

Segala persiapan utk memasak esok hari, kena selesaikan hari ni.esok hanya masak yg penting2 je.manakala basicnya kita akan buat hari ni.hurmmmmm.....penatttt..tapi puashati...aku seronok buat makan2 kat umah..tambah2 lagi utk mak tersayang..

Sesungguhnya aku betul2 bersyukur kerana mak tersayang diantara org2 yg terpilih utk menjadi tetamu Allah, semoga mak aku dilindungi oleh yg maha esa dan semoga dia juga mendapat Haji yg Mabrur..Amin..

2 Comments:

lily lotus said...

semoga ibu selamat pergi dan pulang :)

DatinDiaries said...

Lily: insya'allah..semoga semuanya selamat hendaknya..amin.