October 25, 2010

MUZIUM NEGERI KELANTAN..


Lepas ambik anak2 sekolah tadi..dia org ajak aku ke Muzium, hari tu dah mai ..kalau tak silap aku pasal Pesta Ular kot..dan kali ni pasal pameran yg zaman2 Eropah dahulu kala , barang2 untuk menyiksa pesalah atau penderaan.....aku sebenarnya tak nak bawak anak2 masuk..risau kalau dia org takut..tapi dia org yg beria-ia sangat nak tengok..dan apa salahnya kalau aku bawak masuk..dan biar dia org tahu sejarah zaman dahulu...mcm mana cara penderaan atau hukuman yg dilakukan kepada pesalah2.

Lepas je bayar tiket masuk..aku dan anak2 tak berani la plak nak masuk..hahhahha kali ni bukan anak je..tapi aku sendiri la plak..nak tak nak...duit dah bayar..kami masuk jelah dulu..tapi time aku mai..takde sorang pun pelawat...adeiiiiiiii..hanya kami berempat je yg ada dalam Muzium ni.so wat 2 do....nak tak nak.....mai kita tengok apa yg aku sempat ambik je...coz aku sendiri tak nak dok lama2 sangat kat dalam ni.hhehee.

Hanya beberapa keping gambar jelah ye yg dapat aku kongsikan...tak sanggup nak ambik semua la..lagipun faham2 jelah ye..hanya aku anak beranak je yg ada....

Benda alah ini dipanggil 'GAOLERS POLE ARMS' Dimana maksudnya ialah benda ini digunakan dipenjara tentera utk mengawal banduan yg penuh sesak.Alat ini mempunyai bulatan besar yg mempunyai perangkap terbuka berbentuk 'V' pada 2 meter terakhir dihujung tiang.sekiranya banduan cuba melarikan diri atau bersembunyi dikhalayak ramai, pihak tentera akan menjerat leher mereka dari jauh.

Ini plak dinamakan BESI PENANDA, iaitu alat ini digunakan untuk menanda pesalah.adeiii sakitkan ..kena besi2 panas mcm ni...mau tak meraung dibuatnya.

Biasanya tanda tersebut akan dikenakan ditulang belikat, pipi, ataupun dahi.Pesalah akan dikategorikan mengikut simbol2 tertentu.

Diantara gambar2 yg aku sempat ambik ye...ni mcm panggang manusialah nih...adeiiiii zaman dahulu punya penderaan teramat kejam skali ya.memang takde perikemanusiaan betul lah.

ini plak aku lupa apa kenamanya..dan apa sebab nak kena pakai topeng besi cam kuda ..keldai ke apa ntah....aku pun tak ingat..takde masa nak baca2 semua yg tertulis...nak baca mcm mana..dah la suasana ala2 suram..pastu hanya aku dan anak2 je...aduyai....faham2 jelah..ni pun ambik gambar dari jarak jauh.hahhahahaa.

Aku dan anak2 terus masuk kedalam lagi..Ya Allah..terperanjatlah dibuatnya..yelah gelap2 tiba2 je tertonjol depan mata mcm ni..mau tak terkejut..

Tapi aku dan anak2 memang terkejutlah bila tengok benda ni depan mata....aduyai....terus terundur dibuatnya.hehhehe..tapi sempat gakla aku ambik gambar ni dari jarak jauh..cuma zoom jelah.tak sanggup aku nak pi ambik dekat2 weh.

Alat ini digunakan utk pancung kepala manusia satu waktu dulu..dah org yg berjubah hitam itu adalah tukang yg menghukum pesalah...diharuskan memakai seperti ini supaya waris2 mangsa tidak akan mengenali mereka.

Bilik ni aku dan anak2 tak berani nak masuklah.hehhehhehe...ambik gambar dari jauh jelah ye...apa yg ada dalam bilik tu..tak tahulah aku..

ini plak dinamakan GERGAJI..hehhehe pasti semua org pun tahu kan..tak kan namanya KAPAK plak.hehhehe.

Gergaji ini digunakan untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan seperti homoseks dan juga lesbian.pesalah akan digantung terlebih dahulu secara terbalik.ia bertujuan utk memastikan darah dalam badan tidak hilang dengan begitu cepat. disamping itu ia bertujuan untuk memastikan darah yg membekalkan oksigen kebahagian kepala dapat bertahan lama dan keadaan ini akan melambatkan seseorang pesalah itu menemui maut...eiiiiii ngeri betul..

Apalah yg anak2 aku dok jeling menjeling nih..aku rasa bukan anak2 je yg menjeling-jeling...tapi aku jugak sama dgn mereka.hehehe.

aku dan anak2 kat depan pintu masuk.kat sini kami ada sedikit beranilah.hehhehhee..dan aku terus bawak anak2 keluar .bila je nak keluar..salah seorang pekerja Muzium bertanya kat aku..dah tengok semua skali ke tak..dan aku terus menjawab..huhuhu tak beranilah...coz hanya saya dan anak2 je yg ada....dan dia dgn rasa tanggungjawab kot..terus membawa kami sambil menceritakan apa saja barang yg dipamerkan.bila dah ada yg menemani kami..barulah aku rasa ada berani sikit la...

Staff Muzium tu sempatlah ambik gambar aku anak beranak.hehhehhe..diambiknya gambar aku kat kawasan yg mcm ni..sabar jelah..kalau bukan kerana dia yg temankan kami..jgn haraplah aku nak posing kat sini...mintak maah lah yo..

Kat bilik yg aku zoom dari jauh tadi...ha barulah aku bleh masuk..dan kawasan dalam ni ialah tempat penderaan pesalah jugak..dimana ada setiap katil didalam ni..diletaknya pesalah pastu digeleknya pesalah itu seperti rantai basikal tu..dimana katil2 ini dipenuhi oleh besi2 yg tajam....huhuhuhu....adeiiiiiiii aku dengar pun rasa cam dah sakit..dan dah dapat nak imagine mcm mana keadaan pesalah waktu itu.

wajah anak2 mummy pun dah lain mcm..termasuklah mummy..dia org bukannya apa..dia org takut nak bergambar dgn yg kat belakang dia org tu ha..mengikut penjaga muzium ni..biasanya dia org akan berpakaian seperti ini kalau mereka berada didalam..tapi nasib baiklah time aku masuk dia org tak pakai mcm ni..kalau dia org pakai camni..kepompom lah satu muzium ni pasti akan dengar suara aku anak beranak.hahhahahhaha...

Lepas ni anak2 pun dah bagitau aku..kalau ada pameran seperti ini..dia org dah tak nak masuk lagi..hurmmm tu kata dia org saat inilah..tapi anak2 aku ni memang berani....berani cam mummy gak la..hehhehe.


Lepas settle kat Muzium..aku dan anak2 pi singgah makan kat Tesco..kat tempat bas...yg bas Jalan Hamzah dipindahkan ke kawasan Tesco tu.aku makan kat situlah..hurmmmm makan Sup Perut...fuh sedap banget..nanti kalau kebetulan anda berada ditempat tu..bleh la singgah kat gerai 26....order je Nasi Sup Perut...huh sedap....hurmmmm yummy........

Esok nak pi makan lagi lah kat situ......teringat nak makan Nasi Sup Perut..hurmmm best....

0 Comments: