October 11, 2010

MENTERI BESAR KELANTAN..


Pertama kali didalam Diaries aku ni aku tulis berkaitan dgn Menteri Besar Kelantan.takde isu apa pun yg nak aku ulaskan disini..kerana aku tak nak Diaries kesayangan aku ini tercemar dgn hal2 politik..Bagi aku masing2 mempunyai hak dan masing2 mempunyai pandangan masing2..bagi aku, aku akan tetap menyokong parti dibawah pimpinan yg betul.nak kata tak hipokrit tu mana ada parti yg tak hipokrit..masing2 ada tujuan masing2..dan yg pasti tujuannya biarlah utk terus memajukan sesebuah Negara.

Ini cerita pasal Tuan Guru Nik Abdul Aziz, aku cuma nak berkongsi pengalaman je..2 hari lepas..semalam dan hari ni aku asyik terserempak a.k.a terjumpa dgn Tuan Guru je..tapi ikhlas aku cakapkan ..air wajahnya memang tenang dan jernih..senyum memang tak pernah lekang dari bibir dia...2 hari lepas aku berjumpa beliau semasa aku pergi melawat satu rumah dimana ada kematian disana dan Tuan Guru yg sembahyangkan jenazah itu.walaupun dia datang bertongkat dan nampak mcm kurang sihat je tapi beliau masih mampu turun padang utk berjumpa dgn rakyatnya..hurmmm bagus betul Tuan Guru ni ye..

Semalam sekali lagi aku berjumpa dengan Tuan Guru, dirumah org meninggal jugak..minggu ni memang ramai betul yg meninggal..yelah sama jugak dgn kita dari sehari ke sehari..masa kita nak sampai cuma kita je yg belum tahu bila dan waktunya akan menjemput kita plak.Kali ni aku berjumpa dgn dia dari jarak yg dekat.hanya selang 1 org je dari aku..teringin sangat aku nak berbual dgn Tuan Guru dan bertanyakan Tuan Guru beberapa perkara yg ingin sangat aku minta pandangannya, insya'allah satu masa satu ketika nak sangat aku bersua muka dengannya.

Hari ni plak aku bawak anak2 ke KB Mall kerana Dik Ya nak aku belikan dia stokin utk Konsertnya nanti..sekali lagi aku berjumpa dgn Tuan Guru..dan kali ni dia merasmikan Matta Fair kat KB Mall.kali ni dia datang tak bertongkat..tapi wajahnya memang sungguh tenang dan senantiasa tersenyum..

Cukplah ye..aku tak nak komen lebih2..kan tak pasal2 plak org salah faham dgn aku.huhuuhu...apa pun aku tetap aku...dan tempat aku mengundi sudah pasti dikawasan Tumpat....orang yg aku nak pangkah ni memang tak pernah berubah dari dulu..kini dan selamanya....masih tak berganjak dari kerusi asalku...hhhehee..

0 Comments: