October 18, 2010

MENGERJAKAN IBADAH HAJI..


14 October 2010



Seawal jam 7.00 pagi aku sekeluarga telah pun bersiap-siap utk menghantar ibuku ke Airport.Ibuku akan ke KL dan berkumpul di Kelana Jaya terlebih dahulu.Jam 1.00 pagi nanti ibu ku akan berangkat ke Madinah.Seminggu disana kemudian barulah akan berangkat ke Makkah.

Sebelum turun rumah, bapa saudara ku membacakan doa dan laungan azan kedengaran dr suara bapa saudaraku.Rasa cam sayu dan sedih plak..tiba2 je rasa diri ini cam kerdil sangat..siapalah kita..jgn lah kita bermegah-megah dgn kekayaan dunia..kerana satu hari kelak kain putih dan ketanah jua kita akan pergi..dan disana adalah kehidupan yg abadi selamanya.Tiba2 je aku rasa cam sayu tapi aku tahan je, aku kena kuatkan semangat ..walaupun air mata nak menitik..tapi aku kena tunjukkan yg diri aku ni kuat.

Anak2 tak kesekolah hari ni.mereka juga nak hantar nenek mereka.pada mulanya aku nak dia org pi sekolah je tapi disebabkan beberapa sebab yg tak dapat dielakkan..yelah anak2 pun nak jugak jumpa dgn neneknya sebelum neneknya berangkat.

Bila dah habis azan, barulah mak aku turun ...dan kini kami akan ke Airport...kat sana nanti nak kena ambik apa2 yg patut plak dgn Travel Agency nih..dia org memang dah check in awal2 lagi.sampai je semua dah disediakan.

Sampai je kat Airport , kenderaan dah penuh sesak dikiri kanan jalan.mak aku kena penerbangan yg awal.manakala ada diantara rakan2nya ada yg flight dia org tgh hari...kalau tak silap aku ada 3 peringkat kot.kalau semua skali berkumpul serentak mau sesaklah segalanya.ni pun dalam Airport dah penuh.sorang yg pergi tapi berpuluh-puluh org yg menghantarnya..hehhe termasuk juga dgn aku skali.

Mak aku belum makan apa2 lagi pagi ni..takde selera katanya.nak pi makan KFC kat atas ni rasa cam 'bersumbat' molek...so adik aku pi beli apa2 yg patut jelah..utk alas perut mak .

Adik beradik..anak2 dan cucu2nya tak nak lepaskan peluang utk bergambar dgn ibu tersayang.Dan ini adalah pertama kali kami berpisah.tapi adik beradik aku yg lain memang dah biasa coz dia org tak tinggal skali dgn mak.Bukan seperti aku, aku dari kecik sehinggalah beranak pinak..senantiasa bersama..dan hari ni dia plak yg tinggalkan aku..selalunya aku yg tinggalkan dia pi mana2..Terasa cam lain bebenor nak berpisah ni.

sebelum ini mak aku lah yg banyak menolong aku dalam segala hal..dia memang terlalu banyak berkorban utk aku.bila dia dah takde dalam sebulan lebih ni..segalanya akan aku uruskan seorang diri..insya'allah aku akan menjadi seorang ibu yg baik utk anak2 ku.

Sedih nak lepaskan mak aku pergi seorang diri..tapi inilah yg dapat aku berikan utk ibuku..semoga anak2 aku satu hari nanti akan menjaga aku sepertimana aku menjaga ibuku.Lepas hantar mak aku jap lagi..sudah pasti rumahku akan sunyi sepi..adik beradik yg lain pun akan pulang kerumah masing2.Dan aku plak..tinggalah bersama anak2 dan suami plak jarang2 je dapat jumpa.

Asyik berkepit je ni Dik Ya dgn mek.Nak nangis pun mcm tu lah...aku rasa sudah pasti setiap malam dia org semua akan menangis termasuk jugak aku.huhuhuhu.Lepas selesai hal ni..aku nak pi hantar Dik Ya sekolah plak.Dik Ya memang wajib kena pegi sekolah hari ni..coz hari ni dia ada latihan kat sekolahnya..Esok dia ada konsert kat River View tu pasal la nak tak nak memang dia kena hadir jugak ke sekolah hari ni.cuma anak2 kembar aku jelah yg cuti.

Mak aku plak memang tak nak berenggang langsung dgn cucu kesayangannya nih.yelah siang malam Dik Ya bersama mak aku.kalau kena marah dek aku..mak akulah tempat dia mengadu dan dia memang lebih manja dgn mak aku.dari kecik sampai sekarang dia tidur bersama mak aku...sudah pasti selepas ini setiap malam dia akan menangis..aku pasti..

Cousin aku juga turut mai sama.dalam dok bersedih nak berpisah ni..masih sempat lagi nak ketawa.yelah tak kan la nak masam muka je kerjanya.mak aku sememangnya sudah pasti tak sabar menunggu saat utk berangkat ke sana.Segala keperluan utknya sudah aku selesaikan.

Adik pi beli 'apong' buat alas perut mak.risau gak nanti kena gastrik..makanan dalam beg gantungnya tu dah ada sikit.yelah gastrik ni bleh menyerang bila2 masa je..baiklah aku bersiap sedia..kalau time aku ada takpe..apa2 pun Allah akan menjaga ibuku dan kita serahkan sahaja kepada Yang Maha Esa..semoga Allah melindungi ibuku daripada perkara2 yg tidak diingini hendaknya.

Bording Time...time ni memang sedih yg teramat sedih.dan aku memang tak dapat nak tahan dan control lagi dah..air mata sudah pasti akan menitis..sebelum mak meninggalkan aku utk masuk ketempat menunggu ni..aku sempat memohon ampun darinya diatas segala kesilapan lampau aku dari kecik sehinggalah aku besar..halalkan segala apa sahaja.

Dan time ni juga kami sama2 menangis..begitu juga dgn adik beradik aku yg lain..semuanya menangis.yelah nak lepaskan ibu pergi seorang diri..jauh plak tu..apa2 pun kita tawakal dan berserah sahajalah.kerana bila dah sampai disana , semuanya adalah ketentuannya..cuma aku sebagai anak..senantiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibuku.

Naik kat KFC jap..juz duduk2 je..org punyalah penuh...belum je mak aku naik pesawat..Dik Ya kat bawah ni dah sedih2...semuanya dok menangis katanya dia org rindukan mek.hurmmm sabar jelah ye sayang...mek gie bukannya lama hanya 46 hari je...

Lepas ni nak kena hantar Dik Ya sekolah plak..jgn sedih2 lagi ye.sedih je bila aku tgk wajah Dik Ya nih.sedih semacam je..


Aku balik rumah untuk kemaskan apa2 yg patut, manakala suami ku plak pi hantar Dik Ya sekolah.aku kat rumah memang banyak tugasan yg harus aku lakukan.kena kemas rumah bersih2..coz semuanya berkumpul kat umah...biasala kalau ramai2 nih ..mestilah berselerak..so tugas aku bersama bibiklah nak kena uruskan semuanya.hhehe..nak harapkan bibik sorang je yg buat..alamaknya sampai ke pagi esok lah kot..aku rasa aku yg lebih penat daripada dia.

Semoga Allah lindungi ibuku dari segala perkara2 yg tidak diingini.aku punyalah penat hari ni...memang dari pagi sampai ke petang dok mengemas umah.

Beginilah rupa suami dan adik aku dalam kepenatan.dia org tak sedar ke apa yg dia org baikk punya dok landing atas kerusi tu..tak sempat2 nak masuk bilik kot..penat sangat...apa yg penat aku pun tak tahulah...kalau aku ni penat..betul la jugak.hehhehehe.Tapi sempat gakla aku curik2 gambar nih.hehhehhee...kedua-duanya memang tidur dalam iman nampaknya...hehhee.

0 Comments: