October 21, 2010

MAKAN MALAM DULU ....


Sebelum nak balik...kami singgah makan kat satu gerai kat Kubang Kerian..dulu pernah la jgk mai makan kat sini, makanannya memang sedap..tapi malam ni mai makan...lain la plak rasanya.tak sesedap yg aku pernah makan mcm hari tu.mungkin tukang masak lain kot.

Semuanya dah kelaparan ni..yelah mai pasir tak hengat tadi kat Pantai..ni sebelum nak balik..baik makan dulu..takdelah sampai umah nak kena masak plak...huhuhu

Alahai Dik Ya gak suka sangat la minum air tea o.hehhehhe aku kalau boleh nak terapkan anak2 selalu minum air suam nih...nak cuba elakkan minum ais kalau boleh...kena step by step gak la..aku nak ianya menjadi kebiasaan..yelah blh jaga kesihatan jugak dan perut pun tak buncit nanti..

Alahai so cute..tangan kecil menyuapkan 1 sudu kecik kedalam mulut papa.hurmmm i like..

Dik Ya lebih rapat dengan suamiku a.k.a papa, terima kasih aku ucapkan kerana dgn ada dan hadirnya u dalam hidup kami..dapatlah anak2 menumpang kasih sayang seorang ayah yg mereka inginkan sejak lama lagi.walaupun setiap malam anak2 ku tak dapat nak berpeluk dgn PAPA tapi dapat peluk dgn mummy pun dah ok...insya'allah satu hari nanti..ingat ye wahai anak2 ku....Allah maha adil..satu hari dan satu ketika akan tiba lah jua kebahagiaan yg anak2 mummy inginkan selama ini...amin..

suka sangat bergurau la Dik Ya nih.hurmmmm kalau suami ku balik..dia org lebih selesa dgn suami aku....dan aku plak dia org tak akan hiraukan sangat.huhuhuhu.

Lain plak nampak muka Dik Ya time nih..ni cam matang sikit.hehhehhehee..apa2 pun minum tea o tu sampai habis ye.hehhee

Kakak ..mummy sayang kat Kakak jugak tau...

Kak Ngah yg sememangnya tak akan hiraukan sesiapa pun kalau dia nak makan.janji dia dapat makan dah cukup.heheeehh..tapi semenjak mak aku takde ni..aku dah banyak kawal dia makan..hurmmmmm harapnya dapatla anak aku yg sorang ni turunkan berat badannya..risau gak..kecik2 lagi badan dah montel.hehehee


Semua anak2 ku tidur dalam bilik skali dgn aku lah.dia org tak nak pi tidur dalam bilik mak aku yg kosong tu.hehhehhee..berderet 3 org tidur kat bawah...tapi kalau suami takde..dia org akan ikut turn lah tidur atas katil dgn aku..nak suruh pi tidur bilik lain..dia org tak nak.hurmmm...

Awal2 mcm ni biasalah, anak2 tak biasa tidur tanpa mak aku disisi...biasanya sebelum nak tidur mak aku akan ceritakan kisah nabi2 pada mereka..dan malam ni dia org mintak diceritakan kisah nabi sebelum nak tidur....so suami aku lah yg menjadi tukang cerita..kalau suami takde kat umah..takdelah plak dia org nak aku bercerita.hehhehehhhe.....dia org memahami kot.hehhehhe..


Gud Nite anak2 kesayangan mummy....

0 Comments: