October 12, 2010

MAKAN @ CHIM CHUM..


Dah lama rasanya aku tak bawak anak2 dan mak mai makan Chim Chum, sebulan masa puasa hari tu memang langsung tak mai...dan hari ni baru lah aku bawak dia org..dan dah banyak sangat perubahan yg dia org buat dari segi kedai..makanan dan sebagainya.Ni bila dah sampai kat sini ..yg wajib aku ambik adalah sotong..aku suka sangat makan sotong bakar ni.hurmmmmm best...makan sampai kenyang..kalau dah habis kat sini bleh pi tambah lagi.hurmmmm..makanlah sampai lebam ye..

Wah Kak Ngah diantara yg paling seronok skali kalau aku bagitau nak mai makan kat sini...ingatkan aku sorang je yg asyik sangat nak mai sini..rupa2nya anak2 ku juga sama..tapi tak bleh la nak mai makan setiap hari..sebulan 2 kali tu bolehlah...untuk anak2 punya pasal...

Dah ready utk makan ni...dan aku plak seperti biasala..sebelum nak makan, ambik gambar dulu la sebagai kenangan didalam Diaries ku ini.

Dik Ya ni nak makan apa ye..dia bukannya makan banyak sangat pun...tapi dia juga suka makan sotong cam aku.hurmmmm dan yg lain2nya dia hanya dok tolong ambikkan utk Kakak jelah.

Mak kesayanganku..

Masing2 nampaknya dah kenyang 'membutal' nampaknya ye...muka pun dah merah2 cam udang kena air panas.hehehe..time ni hanya dok erup sup je..hurmmm bestnya..bila la plak aku nak menyinggah mai makan kat sini lagi..

Alahai sayang betul Kakak kat mek ni..yelah mana nya mak aku tak sayangkan kat Kakak, aku ingat lagi masa aku dalam pantang bersalin anak kembar hari tu..mak aku lah yg ambik sorang dan letakkan dalam biliknya...dan sorang dalam bilik aku...kira cam bagi2 la..takkanla aku nak jaga sorang2..dah la aku operation...so mak aku memang banyak membantu dalam segala hal..dan sampai sekarang anak aku yg ni 'Kakak' tidur dgn mak aku..dan dia lebih rapat dgn mak aku daripada aku sendiri..

NI diciumnya mak aku coz dia cakap nanti masa mek nak pergi Makkah dia tak jumpa ..time tu dia ada kat sekolah, aku tak nak bawak dia org ke Airport..bukan apa..aku tak nak dia org nanti dok meraung kat dalam Airport tu ..

Alahai sayangnya dia kat nenek dia yg sorang ni....kakak ada nenek lain ke..hurmmmmmm kalau ada..semoga Allah bukakan pintu hati ..sebelum ALLAH menjemput...kenal la cucu dan adik beradiknya yg lain.insya'allah satu waktu dan satu ketika jikalau diizinkan oleh Yang Maha Kuasa..tiada siapa yg tahu kan.

Alahai cium lagi..bila la Kakak nak lepas kan mek nih.....habis tu aku nak bawak dia orh ke Airport....aku rasa bila tgk dia org meraung, aku takutnya dgn aku2 skali dok meraung sama kan naye dibuatnya.hehhehhee..so yg terbaik..baik aku hantar dia org pergi sekolah je dulu..lepas tu barulah aku hantar mak aku ke Airport plak.

Buah hati mek dan Kakak memang terlalu sayangkan mek..takde sape yg tak sayangkan mak aku...bagi aku , aku sungguh beruntung kerana Allah kurniakan aku seorang ibu yg terlalu memahami dan bukan mengurniakan aku seorang ibu yg suka memerintah.dia memang seorang ibu yg terlalu memahami anak2nya..dan juga seorang ibu yg terlalu penyanyang...

Perut pun dah kenyang nampaknya..so lepas ni aku akan terus balik ke rumah.yelah seharian asyik keluar je..badan pun dah penat yg amat sangat dan aku perlukan rest...balik umah aku nak terus tido....hurmmmm bestnya....Arghhhhh penat..


0 Comments: