October 16, 2010

MAJLIS KESYUKURAN - PART 4


Dapatla aku rehatkan diri jap..dan time ni lah aku baru bleh nak makan.tadi asyik dok layan tetamu je.sekarang tetamu pun dah kurang, mungkin lepas abis kerja jap lagi dia org mai umah..so baik aku makan dulu.

Apa2 pun aku sempat gakla bergambar dgn sepupu, 2 pupu , 3 pupu..banyak betul pupu2 nih ,nasib baik bukan kupu2.hehhehee.

Badan aku plak sekarang ni memang mantain je kembangnya.Baju biru tu sepupu aku yg banyak membantu aku hari ni.hehhe..datang je terus kena ikat kaki tangan dan suruh buat kerja.hehheh...tu pasal la buat makan kali ni aku rasa cam tak berapa penat sangat la..Kalau biasanya aku mesti penat bagai nak rak..tapi kali ni rasa cam biasa je.

Dan seperti biasala..suami ku juga mempunyai tugasnya sendiri.dan utk hari ni tugas rasminya adalah tukang 'pembuat' air.hehhehhee..asyik buat air je eksss...

Org kuat gak ni...suruh mai awal pagi...pagi mai tgh hari plak.hurmmmm...so dah alang2 sampai lewat..hah buatlah kerja tu...ni asyik dok senyum je nih.huhuhuu...cepat2 tambah gulai yg nak habis tu.huhuhuu

Suamiku bersama adik beradik ku..abang aku yg baju putih tu baru sampai dari Krabi, Thailand..dan yg lain2 tu dok Malaysia lah.hehhehee.jgn dok kat Bangla dah la..susahla plak aku nak menjengok kat sana nanti.

Shamil ( My Hubby lah ) bergambar kenangan bersama kakaknya yg tersayang dan abg iparnya.terima kasih kerana sudi datang ye.

Aku rasa baju aku yg nampak aku cam dah besar.muahahhahaa...semua kawan2 aku yg datang hari ni terkejut bapak beruk semuanya, yelah mana tak terkejutnya..bila tengok badan aku yg dah melampau2 tumbesarannya.hhehehe.

Memang jenis org yg tak bleh dok diam nampaknya aku nih..ada je yg nak dikemasnya.Family aku memang cukup memahami aku.dan suami ku juga banyak memahami aku dalam segala hal.Alhamdulillah syukur tetamu tak henti2 datang bertandang ke rumah.seronok bila melihat ramai org datang ke rumah.


Kalau tak silap nama haiwan ni 'Pok Kea' kot..sejenis cicak yg blh merawat penyakit AIDS...besar gakla..sama besar dgn lengan budak kecik...kalau nak beli mai la.hehhehhee..

Ni hanya iklan je ni semata-mata..tak nak bagi u all semua asyik dok tgk gambar Majlis je kerjanya...so sekarang ni tengok gambar cicak jap.hehhehe..

0 Comments: