October 16, 2010

MAJLIS KESYUKURAN - PART 1


Hari ni Majlis Kesyukuran dirumah aku.Majlis ni utk mak tersayang yg akan menunaikan ibadah Haji.bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana telah menjemput mak tersayang menjadi tetamunya.Dan aku plak sangat2 bersyukur kehadrat ilahi kerana dalam kehidupan ku yg susah ni pun dapat juga aku menghantar ibuku kesana.inilah yg dikatakan Kekuasaan Allah kan.walau mcm mana keadaan kita sekalipun kalau Allah nak hantar atau Allah nak berikan..Allah akan tunaikan..aku bersyukur sangat2.

Apa yg penting aku doakan kesihatan ibuku semasa disana nanti.semoga ibuku mendapat Haji yg Mabrur.Ibuku adalah seorang ibu yg terlalu penyabar dan penyayang.

Hari ni aku bangun seawal pagi, aku kena hantar anak kembar aku kesekolah terlebih dulu.Dik Ya nampaknya tak ke sekolah hari ni...rasanya mcm tak sempat je nak hantar Dik Ya coz banyak urusan yg harus aku selesaikan.Lepas hantar anak2 kesekolah, aku terus mulakan tugas aku.aku kemaskan apa2 yg patut kat bawah ni.sebelum tengah hari aku nak kena pastikan semuanya dah siap.lagipun hari ni juga nak buat sembahyang hajat kat rumah.so nak kena buat persiapan awal.kaki tangan kat umah aku mana ada..nasib baiklah ada sepupu aku yg dok kat Kubang Batang ni sampai awal..dapatlah dia menolong aku apa2 yg patut.so takdelah aku ni nak kalut sangat nak kena buat atau uruskan sorang2.

Alhamdulillah nampaknya semua dah selesai..utk cantikkan meja ni..aku ambik segala bunga yg ada kat dalam umah ni bawak turun utk letak atas meja..so berserilah sikit kan ada bunga..takdelah kosong sangat.nak beli Fresh Flower ni nak kena pakai modal plak.so tak baik nak membazir duit mcm tu je..aku juz gunakan apa yg ada je..

Setiap meja adalah bunga yg berbeza..dan setiap meja juga mesti ada bunga..meja hanya ada 4 je..bukannya aku sewa banyak2 pun..buat apa banyak2..jgn membazir..gunakan apa yg ada je..ikut kemampuan dan ukur badan sendiri..tu je..cuma sekarang ni badan aku makin besar mcm mana eksss...hehhehe...nak kena beli kain lebih lah ni..baju yg lama2 dah tak muat lagi dah.

Suka sangat meja ni dengan bunga yg diletakkan ditengah2nya.hurmmmm nampak cam cute je.nasib baiklah aku ni peminat setia bunga..si dapatlah aku hiaskan segala meja yg ada dgn bunga2 yg sedia ada jugak.

Suami tersayang plak asyik benar dok 'apar' sejadah ni.takdela panggil ramai sangat pun..coz ruang umah bukannya besar sangat.hanya panggil org2 surau je..

Kat ruang belakang umah ni nampaknya begitu sibuk skali..masih dok buat persiapan lagi..dan kali ni kakak2 ku semua dah ada..so ringanlah sikit tugas aku...sekarang ni dia org dok tgh kalut buat persediaan..nak kena semuanya masak sebelum jam 1.00 tgh hari nanti, nasib baiklah semalam separuh kerja dah buat..so hari ni takdelah penat sangat nak kena buat sekaligus..hurmmm buat persediaan awal2 kan bagus..tak memenatkan sangat dan tak menyusahkan diri sendiri jugak.


sepupu aku ni dok tgh isi pulut kuning yg akan diberikan kepada mereka yg datang sembahyang hajat nanti..bukan bagi kat semua tetamu la..hanya bagi kat org2 yg sembahyang hajat je.

Manakala aku time ni plak..dah siap kemaskan badan ..tadi kemaskan umah.hehhee...so hanya tunggu tetamu2 yg datang jelah nanti.apa2 pun semoga Majlis ini berjalan dgn baik seperti yg aku dah rancangkan dan semoga Allah permudahkan segalanya.amin..

0 Comments: