October 6, 2010

BELI KAIN PELIKAT..LA..LA..LA


Sekarang ni dah jadi Mek Bunga la plak aku nih..asyik nak tengok bunga je nih..tapi bunga2 zaman sekarang ni tak mcm bunga2 mcm aku kecik2 dulu..sekarang ni punya bunga semuanya cantik2 dan mcm2 design yg ada.kalau dulu juz bunga plastik biasa2 je..

Aku singgah kat Kedai bunga yg cam ala2 SSF kat Jalan Sultan Ibrahim jap..kat situ pun mcm2 jenis bunga yg ada..cantik tu memang cantik gakla.bila aku naik tingat atas je kepala aku dah pening...bukan pening kepala coz sakit kepala..tapi pening kepala coz tengok segala bunga2 yg ada semuanya cantik2..nasib baik anak2 aku masih kecik lagi..kalau anak2 aku dah besar remaja..mau aku dok angan2 nak beli bunga2 utk dia org khawin kat sini...Wahhh jauh punya pikiran aku...semoga anak2 aku belajar rajin2 sehingga masuk U...dapat kerja..barulah bleh pikir nak bercinta cintun ye...takde kemananya kalau setakat sayang dan cinta je..kalau kerja takde...hidup sekarang ni semuanya perlukan $$$$, kasih sayang..cinta tu semua tak bleh makan...

Kalau tak kerana $$$ takdelah plak org sanggup nak merampas dan bahagia diatas kesengsaraan org lain..semuanya tu kerana $$$...oklah aku tak nak panjangkan hal ni..cukuplah setakat ni ye...lupa segala hal yg aku nak tulis tadi..back to the topic.

Wah cantik betul bunga2 lavender nih...yelah mau tak cantik..dah nama pun kedai bunga..kalau diletaknya hanya 1 je mana nak cantik....ni letak berpuluh2 jenis..barulah mata pening melihatnya...semuanya jadi cantiklah..sambil2 dok cuci mata..sambil2 tu jugaklah kepala aku dok koya...nak beli bunga dan hias cantik2 umah aku..tunggulah nanti ada $$$..hehhehee

Lepas je aku settle beli papaer bag kecik kat kedai tu tadi..aku terus ke Maiden plak...asyik Maiden je semenjak 2 menjak ni...sekarang ni segala barang2 dapur aku dah mai beli kat Maiden..bagi aku kat sini lebih murahla kalau nak dibandingkan kat Tesco.

So aku dah beralih arah mai kat Maiden Mall jelah utk beli barang2 dapur.lagipun kat sini memang banyak pilihan.mcm2 ada..kadang2 je aku pi Tesco sekarang ni..kalau nak beli udang segar..besar dan murah aku pi lah kat Tesco..

Kat Maiden Mall plak hari ni aku mai beli Kain Pelikat utk diberikan kepada tetamu yg bersembahyang hajat kat umah nanti.aku beli tak banyak..hanya 20 helai je..tu pun hanya utk diberikan kepada yg sembahyang hajat je..disamping bagi kain..aku akan bagi pulut kuning gakla.

Dik Ya sekarang ni plak asyik tak nak ikat rambut je..katanya kalau lepas rambut camni nampak lagi seksi katanya.huhuuhuhu...seksi apa mcm ni Dik Ya weh..mengerbang mcm Kuntilanak je mummy tengok nih.hehhehhee..dan katanya lagi dia nak tiru gaya Stacy..kan Stacy lepas rambut mcm ni..so dia nak ikutlah.adeiiii sabar jelah..

Suka sangat dok dalam troli..dan dia lah tukang susun segala barang yg ada dalam troli nih.hurmm cukup jelah ..hanya mai beli kain pelikat dan pembalut hadiah je..

Riben yg hendak diletakkan dikotak kecik utk tetamu semuanya dah siap..tunggu masa nak 'tepek' kat kotak je nanti..


Riben ni plak aku nak letak kat Paper Bag.hurmmmm segala barang yg aku buat ni semuanya ada dalam simpanan aku..so aku dah tak payah beli pun..semuanya dah ada..lebihan yg lama2 aku guna dulu..so sekarang blehla aku guna balik..kan jimat dan kreatif namanya tu.hhuhuhu..cuma ada jugak lah sesetengah barang yg aku baru beli..dan sesetengah barang yg aku guna ni..memang aku dah sedia ada..

Bab nak letak riben ni plak..nanti bila semuanya dah selesai..barulah aku bleh hiaskan kotak dan paper bag plak nanti...buat kerja satu persatu..jgn gelogoh..nanti semua kerja tak menjadi..

0 Comments: