October 19, 2010

ANAK SULONGKU - KAKAK..


Hi Sayang...


Dah semakin besar nampaknya anak sulong mummy sorang ni.Kakak memang anak manja mak aku.dari kecik sehinggalah sekarang dia tidur dgn neneknya.Tapi sekarang setelah mak aku ke Tanah Suci semuanya dok berkumpul 1 bilik dgn aku lah.mereka tak nak tidur dalam bilik nenek mereka.Lagipun kalau ada anak2 dalam bilik takdelah aku bosan sangat.Takdelah nak rasa sunyi dan masa aku juga banyak aku habiskan bersama anak2 je.

Noor Hidayah Binti Noor Zahidi nama yg begitu indah skali, nama ini diberikan oleh papa kesayangan anak2 ku.Dilahirkan pada 8 tahun yg lepas dan kini sudah darjah 2.cepat betul masa berlalu ya.Kalau hendak aku huraikan disini memang panjang lebarlah hendaknya.suka duka yg anak2 aku lalui tak perlulah aku huraikan disini..cuma cukuplah aku katakan yg anak2 aku memerlukan kasih sayang yg secukupnya dari seorang yg bergelar IBU & AYAH..Insya'allah mummy akan menjadi seorang ibu yg baik utk anak2 mummy.Dan mummy tidak akan sesekali abaikan tanggungjawab mummy utk anak2 mummy.segala duka anak2 mummy..mummy ingin kongsi bersama..dan ketahuilah wahai anak2 mummy..sesusah mana sekalipun hidup kita, mummy akan terus dan mummy akan pastikan yg anak2 mummy tidak akan hidup menderita.

Setiap hari..setiap saat dan setiap detik aku diajukan soalan yg sama oleh anak2 ku sepanjang 4 tahun yg lalu sehinggalah sekarang, tapi apa yg harus aku lakukan??? apa yg harus katakan??? terlalu banyak soalan2 yg aku tak mampu menjawabnya dan soalan2 yg ditanya oleh anak2 aku ini boleh menitiskan air mataku..Sabarlah wahai anak2 aku..satu hari nanti mummy yakin Allah akan bukakan pintu hatinya utk anak2 mummy..dan mummy yakin Allah akan memberi kemenangan kepada org yg bersabar.Bersabarlah wahai anak2 ku..sesungguhnya mummy akan senantiasa bersamamu.tidak mengira masa dan waktu...sakit atau susah mcm mana sekalipun mummy..mummy akan senantiasa bersama anak2 mummy.

Segala persoalan yg mummy tak mampu menjawabnya secara jujur, maafkanlah mummy..kerana anak2 mummy belum memahami segalanya..mummy hanya mampu memberitahu yg org yg anak2 mummy sayangi terlalu sibuk mencari sesuap nasi..mencari rezeki utk anak2 mummy juga..dan mcm2 lagi persoalannya dan bersabarlah wahai puteri2 mummy..kerana sekali lagi mummy ingin ingatkan bahawa Allah senantiasa bersama kita dan bersabarlah.Pasti akan ada ganjaran yg Allah akan berikan kepada kita selagi kita bersabar...


Apa yg mummy inginkan agar Kakak dan adik2 yg lain belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan.Mummy ingin skali melihat anak2 mummy satu hari nanti menjadi org yg berjaya dan disegani seperti papa kamu.Dan jadikanlah papa kamu itu sebagai idola kamu semua..yg penting walau mcm mana keadaan sekalipun hormatlah mummy & papa walau dalam keadaan apa sekalipun..walau mcm mana keadaan sekalipun mummy ingin ingatkan kepada anak2 mummy...darah yg mengalir dalam tubuh 3 org puteri mummy ni adalah darah yg sama serta tiada bezanya diantara kamu..cuma kasih sayang saja yg membezakan..apa2 pun bersabarlah wahai anak2 ku..

ingat pesanan mummy, bersabarlah dalam apa hal sekali pun dan belajarlah bersungguh-sungguh...mummy tahu Kakak setiap hari membaca Diaries mummy...Kakak kena jaga adik2..dan kakak kena ingat kita bukan tergolong dlm golongan yg kaya raya..tapi mummy inginkan anak2 mummy penuh dgn adat dan sopan satu hari nanti.


ingatlah!! dan satu lagi hormatilah mummy dan papa..seburuk-buruk mana skalipun ..kita semua adalah sama dan darah yg mengalir dlm badan juga adalah daripada keturunan yg sama..

0 Comments: