September 22, 2010

RAYA AIDILFITRI 2010 - PART 2


Mohon keampunan dari ibu tersayang..Terima kasih aku ucapkan buat ibu tersayang diatas segala pengorbanannya selama ini..Dugaan yg datang ditempuhinya dengan tenang dan ibuku juga adalah seorang ibu yg begitu penyabar dan seorang yg terlalu memahami akan perasaan anak2.Ibuku juga tidak pernah menghalang apa sahaja keputusan anak2..yg penting baginya iaitu dia mahu melihat anak2 hidup bahagia..dan ibuku juga tidak pernah mengatur hidup anak2nya..dia berikan sepenuh kepercayaan kepada anak2nya dalam membuat segala keputusan...terima kasih yg tak terhingga buat ibuku....

Semoga ibuku dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik..dan insya'allah tahun ni akan aku hadiahkan hadiah yg terlalu istimewa buat ibu tersayang..iaitu menghantarnya ke Tanah Suci Mekah...insya'allah semoga segalanya dipermudahkan...amin..

Dah 2 tahun nampaknya sama saja Raya nih..harapnya Raya tahun depan adalah perubahan.apa2 pun mohon ampun dan maaf dariku buat suami tersayang.Halalkan segala makan dan minumku selama ini..dan ampunkanlah segala dosa2 ku.

Kak Ngah yg senantiasa nak bersama mummy je ye.hurmmmmm..apa2 pun anak mesti diutamakan.mummy sayang kamu semua...

Sebelum budak2 datang berkunjung nih..baik aku bergambar sakan jap..yelah kenangan diHari yg mulia ini.semoga perjalanan hidupku lebih baik dari sebelumnya...insya'allah..

Bersama suami tersayang..

Noor Hikmah Binti DNZ..

Kak Ngah nak buat apa dgn Cup Cake tu ye.hehhehe..sementara Mummy plak..tak habis2 nak posing...tapi kan..Raya tahun ni budak2 tak ramai sangat la..mungkin budak2 yg datang beraya dulu2 tu dah besar kot.hurmmm..

My Lovely Hubby..semoga segala apa yg kita lalui akan mematangkan kita.

sebetulnya time ni aku dipaksa utk bukak mulut.huhuhuhu..

Dalam dok sibuk2 beraya..kelibat Dik Ya takde la plak..cari punya carik rupanya dia masuk tidur diam2 sorang diri dia dalam bilik.hehhehehhe..mengantok betul nih.kesian kat anak2 kerana di hari Raya yg mulia ni tak dapat berjumpa dgn seseorang yg bermakna dalam hidupnya..sedangkan org itu bersusah payah berjumpa sanak saudara ..sahabat handai..rakyat jelata..tapi anak sendiri....fikir2kanlah...hidup ini hanya sementara..harta dunia juga adalah sementara..suami..isteri juga hanyalah sementara , tapi keturunan akan kekal selamanya.


Semoga aku terus tabah utk hadapi segala dugaan dalam hidupku dan berikanlah aku kekuatan seperti ibuku..untuk melenting atau memaki hamun org sama skali bukan cara aku.Aku akan tetap terus bersabar dgn apa dugaan yg datang..kerana aku yakin dan pasti Allah akan tetap bersama aku dan bersama org yg bersabar.dan aku juga pasti dan yakin satu hari dan satu ketika kesabaran aku akan dibalas...insya'allah...

Selamat Hari Raya diucapkan dan ampun serta maaf sekiranya ada kata2 yg menguris perasaan sesiapa sahaja..

2 Comments:

yaya said...

wahhh..tahun ni ramai btul tema merah..hihihiii....cantek..cantekk..beseri2..:)

DatinDiaries said...

Yaya: ah a tahun ni rasa cam nak kaler merah je..tahun depan nak buat kaler biru plak lah..

Anonymous: terima kasih diatas nasihat dan kata2 anda itu..bagi sya..setiap manusia ada kelemahan dan kesilapan yg kita lakukan..setiap kesilapan jadikanlah pengajaran didalam hidup kita..dan berusaha agar kesilapan yg pernah kita lalui dalam hidup kita tidak akan berulang selamanya.
setiap apa yg diluahkan dah pun di'cerminkan'..segala apa yg diluahkan hanyalah utk perkongsian dan dijadikan pengajaran kepada sesiapa sahaja supaya jgn melakukan kesilapan walaupun hanya kesilapan yg kecil...